Thursday, February 25, 2010

Kemalangan cinta

Sekadar berkongsi.
Puisi by Faisal Tehrani,
melalui novel 'Perempuan Politikus Melayu' nya.

Aku merenung diri sendiri di wad rasa
Kecemasan pada diri meninggi
Tak terbalut cedera
Tak mungkin terawat rasa
Dan para doktor pun berputus asa

Di katil hospital ini
Cintaku berlengas
Mengalir pekat dan laju
Rinduku pun bernanah-nanah
Meletus pekat dan laju

Asmaraku adalah bekas luka
Akibat kemalangan sepasang mata
Dari situ ku kenal dia
Ku kenal cinta

Di wad rasa di katil hospital ini
Betapa parahnya aku...

Sunday, February 21, 2010

i lebyu bola!


Wei, bak rokok sebatang! Ah, gua tensen..gua tensen! Apsal tak gol? Main macam cibai. Adik aku darjah dua lagi terer men bola. Asap rokok dah berkepul-kepul kat udara, mujur open air. Kalau kau duduk kat dalam bilik yang takde pintu ngan tingkap, dah bole mati sesak nafas! Pastu kalau kau berdiri depan aku pon aku tak boleh cam sebab asap menari-nari kat udara. Hah, boleh ke asap menari? Tu perumpamaan aku je.

Kadang aku rasa nak je masok dalam tv, gantikan pemain yang main macam haremmm tu. Aku nak sumbat gol, aku nak sume orang bersorak gara-gara keterelan aku. Tapi apa buleh buat. Aku bukan Owen, bukan Carrick, bukan Berbatov (yang hensem-hensem je aku ingat). Tolonglah jaringkan gol. Aku nak pulang dengan senyuman. Bukan dengan senyuman kambing ataupun senyuman paksa. Tapi senyuman sampai ke telinga yang bila aku bangun tido pon aku masih tersenyum. Hehe. Biarlah kalau orang kata aku kena sawan ke, hape ke, kn.


Kau tengok, di sebabkan kekalah kau, beri kesan kat aku sampai lusa! Nak wat apa-apa pon aku rasa tak semangat. Mujur bab makan aku masih bersemangat. Aku rasa macam putus cinta beb!
Kira cam aku bercinta dengan kau lah ni. Kau dah kecewakan aku. Banyak dosa aku malam ni sebab maki-maki kau. Ah, takpe. Bukan kau dengar pon aku maki kau kan.


Kau tau, kekecewaan yang kau hadiahkan kat aku ni beri kesan sampai ke tulang sum-sum aku.
Telinga aku pon panas doh dengar orang belakang aku sorak-sorak. Nak je aku baling kerusi kat seko-seko. Eh, sorang-sorang. Mujur aku profesional dalam hal-hal camni. Ah takpe, aku pegang kata-kata; hero memang lah kalah dulu!


So, next time..Jangan buat aku kecewa lagi! Pleshhh pleshhh. Takkan kau nak aku sediakan pom-pom girl keliling padang untok kasi kau semangat? Nanti konsentrasi kau lagi lari pastu aku makin kecewa! Oh tidak! Aku nak kau anggap aku ni kekasih kau supaya kau dapat tunjukkan yang kau terrer, then you can impress me sayang. Aww..gelinye!


Demikianlah kisah lelaki dan bola...........dan rokok...dan coke!

Saturday, February 20, 2010

Surat cinta gila

Kenapa saye susah sangat lupakan awak? Saye tau, saye penah ade kat hati awak and awak pon penah bertahta kat hati saye. Tapi tu dulu. Sekarang saye dah pon kehilangan awak. Bila awak tinggalkan saye terkial-kial camtu, saye rasa dunia saye gelap. Saye rasa cam nak je terjun dari tingkat 3 banggunan SACC Mall. Kadang-kadang saye terpk, saye ni tak cukop cantek ke untok awak? Hidung saye tak cukop mancung ke? Pipi saye tak gebu ke? Saye rase saye dah cukop dah sume tu. Mungkin gak sebab Siti Nurhaliza tu cantek sket dari saye, menjadi sebab awak tinggalkan saye. Hampeh la awak ni! Jangan la bandingkan saye ngan Siti Nurhaliza, bandingkan ngan Siti Sarah takpe la jugak (sebab saye lagi cantek dari dia) hehe.


Takpe..takpe. Pepatah kata ada ubi ada batas, mksudnya kalau harini awak wat saye camtu, esok lusa orang lain pulak yang buat kat awak camtu. Baru padan muka awak, rasa camne saye rasa masa awak buat saye dulu! Saye tak sabar nak tengok awak kena pulak. Time tu buleh la saye ketawa terbahak-bahak tengok muka kesian awak sambil pekena barli susu suam kat Hakim. Oh ya, beserta roti cheese! Awak tau tak, sebenarnya sampai sekarang saye tak mampu lupakan awak. Sebab tu Aizat wat lagu 'hanya kau yang mampu'. Maksudnya hanya awak yang mampu kembalikan senyuman kat wajah saye ni. Awak kena bertanggungjawab, cepat!


Ah, saye tak mampu nak wat ape-ape dah skang. Apa yang saye buleh buat hanyalah menunggu pintu hati saye tertutup selamanya buat awak. Sebab awak tak pernah menghargai saye dalam hidup awak. Agaknya kalau ada kain buruk ngan saye duk sebelah-sebelah, mesti awak pilih kain buruk dari saye kan. Yela, kain buruk boleh buat lap kalau-kalau ada air tumpah. Saye bukan buleh wat ape-ape pon selain menangisi air yang tumpah tu. Maklum la, mahal...air mangga gelas besar tu!

Thursday, February 18, 2010

Welcome cuti, bubye assignment!



Citer valentines day yg kempunan nak tengok!


Mam kenny rogers yang yummy! (and mahai!)


Harini masuk hari ke6 aku bercuti sempena raya. TAPI satu keje pon aku tak start lagi. Haduii....semalan pi berpoya2 lagi. Hari ahad nanti barulah menggelabah beruk, baru terkial-kial nak siapkan semua. Well, bukan aku lah kalau tak wat keje last minit! Haha...Huh, bila ingat pasal assignment, aku stress! tapi bila pikir pasal makan, pasal nak shopping, mula la senyum sampai ke telinga...wuuuu :-)


Hmm semalam pi Mid ngn kazen. Berpoya-poya lagi tanpa mempedulikan assignment yang dah pon setara ngan menara KLCC! Ada aku kesah? Haha...bila ingat assignment, hilang mood nak bersukaria tau tak. Sehari suntuk aku keluar, pastu masa balik je, kepala mula berdenyut-denyut. Rasa nak pecah, mujur ade panadol. Telan panadol then tido sampai tengahari. Aku camtulah. Kalau keluar pi mana-mana, balik je kepala mula buat hal.


Cadangnye pi Mid, nak tengok cite industan; my name is Khan. Sampai-sampai je, orang beratur kat wayang da cam bertawaf! Terus tak jadi. Agak frust la...So, we all pon amik keputusan pi jenjalan cuci-cuci mata je. Agak crowded aa di Mid Valley tu. Maklumlah, ada yang masih di dalam mood bercuti, budak-budak skolah pon cuti lagi. First thing sampai, terus nak pi melantak. Pi aa Kenny Rogers. Yummy2! Agak-agak perut da cam ngandung 4 bulan, we all pon beredar la dengan mengcover perut.


Gila! harini pon assignment masih tak terusik. Assignment! tolonglah bercinta dengan i...Pleshhh, pleshhhh!! Kan best kalo belajo je tanpa ade assignment. Lagi-lagi ngan academic writing, bley wat aku botak kepala! Adeh....Em, malas la pikir pasal assignment, baik men fesbuk ke, men ym ke...Aku tatau apesal sikap malas aku makin menjadi-jadi. Ade sesape jual ubat rajin tak? Nak beli boleh??


Arghhhh.....ok, ok, aku cuba jadi rajin. Nak start ngan keje cik Aida yang cun tu la dulu coz kena submit on monday. Chow!

Wednesday, February 17, 2010

Jangan berhenti mencinta!


Kenapa eh, aku suka sangat cakap pasal cinta? Ntah, aku pon tatau. Yang pasti aku sangat suka suka dan suka dengan topik ni. Ala, bukan aku je yang suka. Korang pon suka jugak kan? kan? Ha..tengok! Sume orang pon suka. Sebab apa tau, sebab cinta itu indah. Eh, indah ke bila cinta pon bisa wat kita merana? Oh tak tak...tu tak indah namanya. Tu perit...perit kat ulu hati bagai ditikam-tikam ngan pisau sebanyak 44 kali!


Nikmat cinta memang indah tapi azab kesakitan yang ditinggalkan cinta lebih maha hebat. I'm sure setiap orang tau camne rasa putus cinta, ye tak? Sebab tu kadang-kadang aku terpikir, lebih baik tatau camne rasa nikmat cinta kalau akhirnya kita rasa kepahitan dia. Maksud aku lebih baik tak yah bercinta la kalau akhirnya watkan diri kita menangis sampai mata bengkak, sampai tak bersemangat nak hidup, sampai rasa nak terjun banggunan dari tingkat 8, sampai macam-macamlah! Haha.

Aku teringat lagi time aku putus cinta dulu, malam time nak tido je, takde keje lain selain menangis. Pastu bila mata bengkak ke kelas and bila kawan-kawan tanya nape, jawapan standart aku kasi; alah, tak cukup tido, semalam tido lewat! Ala, cerita putus cinta aku tak hebat mana. Dalam seminggu...eh tak, semingu lebih sikit je, pastu aku da okey, da buleh hepi balik. Kira tak berapa nak agung sangat kot kisah cinta aku. Haha! Takdela, compare ngan orang lain punye kisah, mau sebulan lebih hidup bertemankan air mata! Ha...sape yang masuk dalam kategori ni, angkat tangan cepat! Ei jangan tau camni...nanti ganggu study kita, pastu efek dia sampai ke final. Eee jangan jangan.

Korang pernah tak dengar kata-kata yang berbunyi begini:

"True love is when you are willing to change everything about yourself to make that person happy but finding that they don't want you to change at all."

Pernah terbaca tak? Korang percaya ke? Maksud dia kira lebih kurang camni lah, dalam cinta, kita tak perlu ubah apa-apa pada diri kita. Konon-konon biar jadi diri kita yang sebenarlah. Ee sikit pon aku tak percaya pada kata-kata di atas. Sepatutnya bila bercinta, kita beri yang terbaik pada pasangan kita, kita baiki mana-mana kekurangan, kita tampal mana-mana yang koyak! Ni tak, bila pasangan kita tanya, kenapa dah seminggu tak call, tak sms? Jawapan yang dikasi "tu bukan cara i lah nak call, gayut berjam-jam kat talipon and i pon tak berapa suka nak main sms sangat, sorry ya."

Bodoh kan? Bukan lah aku kata kita kena ubah terus diri kita jadi apa yang pasangan kita nak. Tapi ubah sikit demi sikit apa salahnya. Takkan la kalau sebelum kapel, kita selekeh. Then lepas kapel pon kita selekeh gak. Tu pon kategori jadi diri sendiri jugak ke? Aku tak boleh terima lah mana-mana lelaki pon, kalau bercinta guna alasan busy bila dah lama tak call/sms awek dia. Kalau camtu lebih baik tak yah bercinta. Jadi kawan-kawan biasa je! Yela pada pandangan peribadi aku, tak yah bercinta kalau status 'in a relationship' tu setakat pada nama je tapi tak function pon. Woo woo jangan la marah! Tu pandangan peribadi aku je.

Sebab kalau kita tengok orang bercinta yang ada di sekeliling kita, mereka ni bagai hidup di alam mereka sendiri. Lagi-lagi perhubungan yang masih fresh. Kalau tepon diorang berbunyi je, sanggup berlari 100meter ke tepon; punyalah excited dapat mesej si boyfriendnya! Yeah, time hubungan paling best masa awal-awal bercinta. Kalau boleh, diorang nak umumkan kat satu dunia 'i'm in love with him/her!' Dasatkan cinta??

Tu masa awal-awal perhubungan la. Cuba tengok bila sampai klimaks perhubungan. Time tu da mula gaduh-gaduh sikit, dah mula berselisih pendapat, kalau dulu sms sehari berkali-kali, sekarang seminggu sekali. Perasaan sayang sikit-sikit hilang, perasaan jemu sikit-sikit datang. Pastu dah mula ada orang nak ganggu gugat hubungan. Wuuu mencabar gila kan? Itu lah yang dipanggil the game of love! Kalau kita sabar, kita bijak main game tu, kita berjaya. Kalau tak, bermakna kita tewas. Syok oo main game ni. Tak sama tau cam kita main PSP!

Walaumacammanapun, aku paling pantang kalau sesuatu hubungan tu rosak disebabkan pihak ketiga. Maksud aku aku paling benci ngan perampas. Kalau aku tengok cerekarama kat tv3 setiap hari sabtu tu, kalau ada adegan rampas-merampas orang punye, memang rasa cam nak je baling selipar kat kepala si perampas tu. Hehe, emo kn? Betul weh, aku tak suka orang ketiga. Aku rasa orang ketiga ni macam parasit. Nampak je cantik, tapi berbahaya. Kena hapuskan cepat ni.

Hmm, apapon dalam hidup ni kita jangan berhenti mencinta sebab bila mencinta, bercinta, dicintai, akan wujud rasa sayang, rasa kasihan dalam hati kepada orang lain. Perasaan halus ni yang buatkan rasa cinta kita bukan setakat pada manusia, tapi pada makhluk Tuhan yang lain. Sayang pada haiwan, pada tumbuhan, pada alam sekitar dan pada dunia! So, jangan berhenti mencinta k!