Tuesday, August 14, 2012

Idaman Fyra.

I pernah bagitahu tunang i, lepas kahwin nanti i nak memiliki satu benda yang i harap dia akan tunaikan. I nak memiliki Dapur Idaman. I dah terbayang-bayang betapa i berkawan baik dengan dapur i nanti. Kat dapur i nanti, i boleh masak apa saja yang i suka, apa saja yang buah hati i nak makan. Beside i boleh cuba resipi-resipi baru terutama lepas menonton Asian Food Channel ataupun rancangan masakan Chef Wan (yang membuatkan jiwa i meronta-ronta nak try). Kat dapur i nanti i nak gantung frame kecil bertulis Mom's Kitchen (bajet bakal jadi mommy kepada anak-anak lelaki yang handsome). The most important thing, i nak oven besar (senang nak panggang ayam belanda). Fridge pun i nak besar. I nak isikan dengan makanan-makanan berkhasiat. Stok-stok makanan kering indah tersusun di rak kabinet.

I tau, it sounds like kelakar. Tapi tu memang idaman i, lebih dari rasa ingin memiliki kereta idaman mahupun kamar tidur idaman. Dapur idaman i tak perlu terlalu besar, asalkan complete dengan perkakas bagi semua jenis masakan. I suka masak walaupun sebenarnya tahap kehebatan i biasa-biasa saja. Sebab tu, hadiah hari jadi yang diingini adalah buku resipi. I nak ada rak untuk i taruk buku-buku resipi. I berangan pasal ni details sangat. Set susu garfu i nak semua sama. Begitu juga set cawan dan pinggan. Bayangkan sampai ke design pinggan pun i dah berangan. Biar selari dengan jiwa seni i.

Dan dengan adanya dapur idaman i nanti, i idam-idam nak masak best-best untuk i invite keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara i. Perasaan teruja memasak bagi manjamu selera orang adalah sesuatu yang indah pada i.

Untung laa Muhd Hussairi yang kuat makan tuuu. ok ok tak tak, tunang beliau yang kuat makan (nanti dia cancel pula nak beli oven besar untuk i)




Tuesday, July 10, 2012

Tak tahu taruk title apa.

Alaa macam tak jadi je nak kahwin 29/9 ni *kecewa sikit. Macam pantas sangat masa berlalu. Rasa macam baru bertunang semalam, tup tup dah bulan Julai. Nanti la update balik tarikh bila kad jemputan dah hantar printing. Banyak sangat lagi nak kena settle ni. Hehe.

Chow!

Saturday, April 28, 2012

Saya nak kahwin.

Sejak bertunang, orang kerap tanya, bila majlisnya? bila nak lansungnya? Jawapan i pendek je,

"Kalau boleh nak malam ni".

Gila jujur punya jawapan. I know it sounds gatal or whatever. I dont care sebab memang i nak kahwin sangat pun. Kah kah! Tak sanggup dah berjauhan sebab sejak bercinta tak pernah berdekatan. I nak dekat dengan dia, i nak jaga dia. I nak dia selalu depan mata i. Paling tak sabar, i nak masak masak masak banyak-banyak untuk dia since dia kalau makan kat kedai je selalu komplen tak sedap, selalu merengek nak i masakkan. I pun suka masak and memang passion i memasak. Untong laaa.

Persiapan kahwin la ni memang i tahap goyang kaki lagi. Dia pun jarang balik so takde nafsu pulak nak shopping barang kahwin sorang-sorang (sebenarnya lebih kepada nanti takde orang yang nak bawakkan barang-barang). So tunggu dia balik Kl seminggu (12 Mei) atas urusan kerja, boleh kita curi-curi masa pergi shopping barang kahwin. Yeay. Sayang balik cepat tau. I'm ready with the list.

Oh btw i love paper lantern. I want this for my wedding! I want this! I want this!




Cute. Bulat-bulat macam peyut sayang. And bulat-bulat macam pipi kite, sayang said.

So everybody, save the date. Our wedding insyaAllah will be held on 29/9/2012 (tertakluk kepada terma dan syarat). One day before sayang's birthday. Jimat nanti nak sambut Anniversary ngan Birthday sekali harung. HAHAHA.

My soldier come home soon. Hip hip horeyyyyyyyyyy!!!

Wednesday, March 14, 2012

Sword Barrel lagi.

I suka ikut tunang i pergi sword barrel (kawad pedang). Sebab masa tu dia akan pakai uniform (baju nombor berapa i tak ingat, askar ada baju 1-10) dan dia akan nampak segak. I memang batak sikit kalau tengok orang pakai uniform macam polis ke askar ke pilot ke. Segak kan nampak, rasa macam tak jemu je mata memandang (kalau i la lagi-lagi kalau yang i pandang tu tunang i sendiri). So haritu i follow lagi encik tunang ke sword barrel kat Teluk Kemang, N9. Seingat i ni kali ketiga yang i pergi dan kali pertama i pergi since bergelar tunang beliau. Best sebab masa kat sana skuad dia pun akan bawak girlfriend/tunang/wife masing-masing. So boleh kenal-kenal.


 Otw. 

 Diorang rehearsal sat.

 Rehearsal juga.

 Skuad encik tunang. 

 Semua dah jadi tunang orang pun.



I love weddings! and i am waiting for mine for all this times.


p/s:  I mungkin akan kahwin lepas raya. InsyaAllah. Wuwuwuwuuu.

Saturday, March 3, 2012

Mencari idea.

Wuu lamanya tak hapdet belog since bertunang haritu. Dah sebulan lebih bertunang dengan abang kapten. So far okey je, takde lagi gaduh teruk-teruk macam selalu orang kata dugaan bertunang. And the best part encik tunang kata i dah kurang merajuk dan lebih rasional (fewitt). Macammana nak merajuk kalau encik tunang sangat cool sangat sweet dan sangat comel dengan cara dia. Ahh.

Sekarang ni i busy dengan checklist macam orang lain selalu buat kalau nak kahwin. Panjangnyaaaaa. Kalau nak kahwin, checklist memang panjang eh? I nak prepare awal. Takde lah kata kitorang ni nak dekat kahwin sangat dah ni. InsyaAllah this year juga tapi tarikh masih lagi menjadi rahsia (pada yang tertanya-tanya la). Banyak kelebihan sebenarnya bila kita prepare awal. Macam i, i suka handmade thingy. Untuk doorgift, thank you tag, guest book deco i mampu lagi untuk buat sendiri (kot). Mujurlah ada sikit bakat yang Tuhan anugerahkan pada i (perasannn).

Sekarang ni i nak mencari idea untuk sesuatu yang kreatif semestinya. Dengan nada berlagak i cakap kat encik tunang, "doorgift semua kite nak buat sendiri. Nanti kita gi shopping kertas kaler-kaler, ribbon dan pen kaler-kaler juga ya!".

Kat bawah ni some of ideas yang i suka:






cup cakes. macam real woo.

thank you tag. cun gila. 

I sangat teruja!