Saturday, April 13, 2013

Perihal isteri pegawai tentera


Jadi isteri kepada seorang pegawai tentera bukan perkara mudah. Mental, fizikal, emosi semua kena ready. Sebelum i kahwin lagi orang dah ingatkan i, harus bersedia. Dan i dah bersedia, dah lama.

Pertamanya dari segi masa. Masa kerja memang tak tentu. Kadang pagi terus shot sampai ke malam. Terngangalah i sorang sorang kat rumah. Kejap kejap pandang pintu dengan harapan putera raja idaman hati cepat pulang membawa makanan (acah je, bawa diri je cukup). Kadang jugak weekend pun kerja. Padahal dah rancang awal awal weekend sekian sekian hari nak pergi situ sana sini. Macam kalau ada kenduri sedara mara kat area kl ke memang pergi sama naik kereta tapi sampai terminal bas jelah. Pastu i balik sorang. Tu belum masuk mereka pergi kursus berbulan lamanya lagi tu. Bilamana sabtu ahad yang dia tak payah kerja, i rasa dia milik i sepenuhnya.

Lepas tu pasal baju kerja. Uniform rutin diorang tu bukan boleh campak je dalam washing machine (i mean baju no 3). Kena berus tangan woi. Masa baru baru kahwin aritu i rendam pastu sental ala kadar je (sebab nampak bersih kot). Lepas dah siap iron taruk aksesori name tag semua, husband check kat kolar, lengan dengan ketiak. Hallamakkk berdaki. Malunya. Lepas kejadian tu, kat bahagian yang berdaki tu i cari dulu, i sental habis habis  *nangis sebab kasar dah tangan. Baju no. 1 diorang pulak butang punya banyak. Kena pasang butang ikut step, satu satu. Kadang i termiss tempat i tak taruk butang. Akak bukakkk balikkk pasang balikkkk.

I enjoy buat semua. Apa apa saja pasal husband, i gembira melakukannya. I wanna give the very best to him. Kalau mengemas, beri yang paling kemas dan bersih. Kalau masak, beri yang paling sedap (siap presentationnya yang menawan, bukan kata hidang cincai). Kalau berhias diri, berikan yang terpaling comel dan wangi. Hehe.

Pantang pada diri i, bila husband balik kerja, rumah tak kemas ke, bilik bersepah ke. I comot ke. Biar nak comot selekeh bersepah berselerak time dia pergi kerja tak apa. Tapi bukan waktu dia balik. Serius i pegang prinsip ni dah lama. InsyaAllah i akan cuba sampai bila bila.


Monday, April 1, 2013

New me.

Alhamdulillah, harini genap 1 month pernikahan i dengan kesayangan i. Dalam tempoh sebulan ni, i masih lagi cuba adapt dengan status isteri, bukan tunang atau girlfriend. Yang dulu masa tunang atau girlfriend boleh lagi nak meninggi ninggi suara, boleh lagi nak marah marah sukahati dan boleh lagi untuk tak fikir panjang bila keluarkan perkataan. Now, hoii tak boleh woiii sebab suami adalah syurga isteri, tiket untuk i masuk syurga. Sekarang, bila i rasa i tertinggi suara ke, termuka masam ke, terguriskan hati (even a small dot) pun, terus i minta maaf (mithali sangat). I pegang tangan dia, "sayang, sorry....... (muka nak nangis).

Tula, dulu masa belum kahwin, tak dengar cakap bakal suami. Everytime i buat perangai (masa bujang) dia tegur i, "nanti terbawa bawa masa dah kahwin nanti".
Dengan nada confident i jawab balik "takkan punya terbawa bawa, sekarang belum jadi isteri lagi, so takpelah (siap tambah buekkk). Nanti dah jadi isteri kite taulah, masa tu dah masuk stage lain, stage sayang syurga kite", (ceee pandai jawab tu).

Eh eh now i da ok k. Suami puji lagi i isteri solehah (lepas i bayar dia seringgit), pandai memasak, pandai membasuh, pandai mengemas, pandai urus suami (ok, yang ni i tambah).

Jauh lagi perjalanan hidup i bersama dia. Baru sebulan, alahaiii pengantin baruuu lagi. I tau, banyak yang i kena tempuh, onak duri ranjau berliku pancaroba pancaindera (ewah) dan sebagainya. Yang penting, how we gonna fix it, not throw it. Belum masuk ada baby lagi tu (part ni best, excited kot).

Cakap pasal baby, i makin buncit.

Buncit makan bukan buncit baby.


Friday, March 22, 2013

Kehidupan selepas perkahwinan

Wooo wooo seronoknya dah kahwin. Dah boleh berkepit 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Boleh kongsi suka duka, hilai tawa bersama sama, sepanjang masa. So far, kitorang yang masih dalam mood pengantin baru ni (ecewahh) asyik ketawa sepanjang masa bila berdua. Dia usik i, jangan harap la i tak usik dia balik kan.

Situasi paling best untuk kita saling kena mengena ialah bila dalam kereta, dia pandu while he singing lagu yang sedang keudara di radio.

i: sayang, lagu ni siapa nyanyi? (dah tau dah maroon five nyanyi, tapi saja je)
he: maroon five
i: bialah dia nyanyi. wahahaha
he: ciss.
i: yes! yes! satu kosong.

Kadang dia nak kenakan i balik, dia putar putar soalan masa i tengah feeling nyanyi lagu menadah gerimis.

he: lagu ni hetty sarlene nyanyi kan? (eleh, padahal lagu ziana zian)
i: bukanlah, takkan lah suara ziana zain pun tak kenal.
he: dah tu, biarlah dia nyanyi. (dia wahahaha kan i balik)

Sampai tahap i asyik kalah je, time dia nyanyi dan i tanya lagu tu artis sekian sekian nyanyi, dia tak nak jawab atau jawab main main, i anggukkan kepala dia masa dia tengah drive. Kira i menang la! Tak kira tak kira.

I bersyukur i dapat pasangan yang tak boring dan yang boleh buat i ketawa tiap masa. Kalau nak serius je sepanjang masa, i boleh mati. Nasib baik sayang sporting, sayang best, sayang kacak dan sayang handsome (sayang sila belanja ayam golek seekor).

The funny part, i masih lagi bahasakan diri i dengan dia, sayang - kita, kita - sayang. I tak tahu nak bahasakan diri i apa. Ala, dia pun sama, kita - sayang, kita - sayang juga. Terbiasa dah dari zaman bercinta dulu. Mungkin bila dah berbaby nanti, baru panggil mama - papa, papa - mama. Kot? Tapi, berkita kita, i rasa cute. Case closed.

And the best part, i dapat masak lazat lazat untuk menambahkan lagi lemak tepu di perut hubby i itu. Bila hubby request nak makan tu, nak makan ni, jiwa i melonjak lonjak tak sabar nak masakkan. Masak dengan penuh rasa kasih sayang ni lain tau. Dia pulak terlalu memuja i cakap i lah masak paling sedap sekali dalam dunia. Letih la nak kena bagi seringgit tiap kali dia puji.

 come with barbeque sause and coeslow

ayam roasted ala kenny rogers


I tak cerita pasal honeymoon sebab kita tak honeymoon lagi. Lepas kenduri 2 Mac (sabtu) haritu, isnin terus balik Gong Kedak, Terengganu sebab rabu hubby dah kursus kat Kuantan for two month. I ok je tak honeymoon jauh jauh romantik romantik macam pasangan lain yang baru berkahwin. I faham kerja dia yang tak tentu masa. I tak boleh expect lebih lebih dan yang indah indah saja. Dengan adanya dia di sisi i, cukuplah. Itu saja.




Itu saja i pinta



Wednesday, March 6, 2013

Mrs Hussairi

Finally finally finally SYUKUR alhamdulillah, i dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki yang sangat i cintai pada first march yang lepas. Sekarang pun i rasa macam mimpi lagi dah jadi isteri dia. Dah lama i tunggu saat ni dan sekarang i dah boleh tengok dia depan mata i hari hari. Dulu sebelum kahwin, dia selalu cakap "tak sabarnya nak kahwin ngan sayang, nak bahagiakan sayang". Now, bahagiaaaaa sangat i rasa. Pergi kedai makan pun, dia suka suap suap i, tak kasi i suap sendiri. How sweet! Mama lah yang paling happy sekali dapat menantu. Suka sangat dapat menantu askar. Dan i kira, doa dan impian masa i kecil kecil dulu nak bersuamikan askar, Tuhan makbulkan. So tiga malam lepas nikah tu, sayang i tidur kat rumah mama sebelum kitorang kena berangkat ke Jerteh, Terengganu sebab komitmen kerja encik sayang. Bestnya dapat pergi jauh jauh tinggalkan semua, mulakan hidup baru dengan dia. Sekali sekala boleh balik lepaskan rindu pada Kuala Lumpur, adik beradik dan kawan kawan. Tengah busy bercinta lah nak tulis entry panjang panjang. Jom layan gambar tak official dulu. Gambar dari official photographer siap lambat lagi.

Gambar di hari pernikahan, 1 Mac


muka ceria lepas dah sah

 i lagi

 my bestfriend. masa dia kahwin, i jadi pengapit 

 oh! my husband



On our reception, 2 Mac

 with member member KUIS

with member member UiTM

 sword barrel

potong cake



 segak segak

with bro ubai's family

thank you thank you thank you. i sukaaa semuaaaa

sedikit gambar dari OP:





Kapt Muhd Hussairi :-
Dia, tanpa aku tahu pada asalnya, adalah segalanya untuk aku.





Wednesday, January 9, 2013

Kahwin's matter

Kurang dua bulan lagi i akan menamatkan zaman bujang. Kira setahun lebih sikit la bertunang. Boleh tahan, ada juga la sikit-sikit dugaan yang lastly, tunang i mengalah. Kadang bila i rasa ego, tak nak mengalah, tak mahu mengaku salah, i fikir, hubungan ni lebih penting dari ego i kan, lantas i pohon sorry.  Benda paling susah dalam dunia adalah melawan ego. Seriously.

Jujur, tak mudah untuk i bergerak sendiri tanpa tunang di sisi. Tak boleh nak jumpa hari-hari. Discuss hal kahwin dengan mata bertemu mata susah sekali. Setiap kali expo pengantin, i hanya gigit jari. So, i akan listkan 'things to do' sebelum dia dapat cuti untuk pulang ke sini. Nak pergi mana-mana semuanya berdiri di atas kaki sendiri. *nangis jap aaa

Dan tiap kali nak bincang hal kahwin dalam telefon, tiap kali tu jugak gaduh pastu cool down pastu gaduh balik. Pastu esok dah buat-buat lupa, wish good morning macam biasa. Laa ni bila nak dekat-dekat tarikh kahwin ni, dah boleh rasional (soal masa depan maa). Ayat standart dia, sayang sabar laaa. Lagi satu, bila dalam phone, i tak boleh dengar dia cakap dia lapar. I cakap 'kalau ada kite ni, sayang tak sempat nak lapar tau'. Hari-hari i fikir, apalah agaknya dia makan harini. Minum air kosong cukup lapan gelas sehari tak. Bilik bersapu baju berbasuh tak. Hussairi ni badan je besar gajah tapi manja mengada-ngada. Anak bongsu katanyaaaa (kite gurau jeeeee).

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kita kahwin dengan Hussairi tercinta, dua haribulan tiga.


muka tak mandi pergi kerja



Semoga dipermudahkan segalanya.