I ingat lagi, masa i kecik kecik yang i berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan tentera. Sekarang Tuhan makbulkan doa dan impian i. Walaupun tu bukan kriteria utama untuk jadi suami i. Masa i kenal husband, dia belum masuk tentera pun. Cakap pasal masa kenal, ramai tak tahu yang i kenal husband i dari mana. Yes, dari laman social tapi bukan Facebook. Bukan Friendster. Apatah lagi Myspace.
Tapi TAGGED.
Walaupun tagged tu laman social yang pelik lagi mengarut yang i rasa bodohnya i boleh ada account tu, tapi situlah bermulanya perkenalan i dengan dia. Time tu pegang kukuh prinsip tak percaya perhubungan bermula dari internet. Konon. Sekarang i ketawakan diri sendiri. Masa tu dalam pertengahan 2009 if i'm not mistaken.
Dalam banyak banyak lelaki yang tegur i kat laman sosial tersebut, i paling tertarik dengan si A yang first impression dia buat i ketawa, bukan buat i feeling annoyed. Selalu kalau lelaki nak kenal pastu buat ayat gatal minta no telefon, mahu i rasa nak lempar kerusi (mujur bukan face to face). Dari tagged, kita beralih pula ke YM. So chatting chatting chatting ketawa ketawa ketawa kita pun jadi kawan. First time, i offer no telefon i kat dia. I offer ok, bukan dia mintak. I offer. I suka kawan dengan dia.
Dah dapat no, apa lagi, bergayut la tetiap malam (dia la call sampai duk topap sokmo, i kedekut). And then first pertemuan ialah masa di Gombak (masa bawa adik sedara i berubat kat pusat perubatan islam kat situ). Sanggup dia datang naik motor, ponteng kerja sekejap.
Eceh, masa jumpa ditemani adik sedara i tu, dia bagi i sebungkus plastik ada lolipop, kinder bueno dan coklat mars (dia tau fav i mars). I terus rasa macam i sekolah darjah 6. Yelah dah dapat coklat. Borak borak sikit dah dapat coklat semua, kita pun babai babai.
Bila dah kahwin ni, i tanya dia, apa first impression syg masa jumpa kita mula mula dulu (serius wa cakap wa comot selekeh kot time tu). Dia kata cute sangat. Oh! tipu nehhh.
Dalam setahun kita kawan, baru kita bercinta. Tapi dalam setahun tu banyak juga dugaan dan cabaran yang dia tempuhi. Tapi dia sabar dan sabar dan alhamdulillah jodoh kita kuat dan dah kahwin pun sekarang. Kesabaran dan kesungguhan dia sangat sangat memikat hati i (ecewahh).
Sekian kisah arnab dan kura kura.
p/s: lepas dah kenal rapat dengan bakal husband (masa tu), terus delete acc tagged. I ajar dia main facebook (time tu facebook baru nak popular)
Friday, June 14, 2013
Tuesday, June 11, 2013
Majlis betandang dan rumah baru
Perkara yang i impikan lepas berkahwin dah tercapai iaitu memiliki rumah dengan suami i (berdua sahaja). Baru privacy. Bahaha. Tapi itulah, duit banyak pulak habis untuk masuk rumah pertamaku ini. Rumah yang i sewa ni kita yang first masuk. So semua serba baru. Gambar bawah ni masa baru lepas cuci. Clean and clear. Lepastu barang pun beli ikut kemampuan, mana yang penting dulu. Barang lain tunggu next gaji.
Dalam masa yang sama, majlis sambut menantu i berlansung di Bukit Sagu, 2 Jun lepas. Genap 3 bulan pernikahan i. Majlis berlangsung sederhana tapi meriah. Alhamdulillah selesai sudah.
Dalam masa yang sama, majlis sambut menantu i berlansung di Bukit Sagu, 2 Jun lepas. Genap 3 bulan pernikahan i. Majlis berlangsung sederhana tapi meriah. Alhamdulillah selesai sudah.
Sayang, thank you so much sebab bersusah payah untuk rumah kita. Thank you sebab banyak habiskan tenaga, masa, dan wang demi keselesaan kita.
THANK YOU and I LOVE YOU.
Monday, June 10, 2013
My priority after Allah and Rasul
You know what i love the most about you?
..you always know how to cheer me up.
hugs and kisses,
fira faheera
kuantan, pahang
Thursday, May 16, 2013
Kuantan with love
Hari ni hubby dah lulus exam DCA Licence dia. I tak tanya lanjut lesen apa, yang i tau gaji dia dapat tambahan elaun RM600. Syukur alhamdulillah. I pun dah kerja di Kuantan hampir sebulan. Harapan, sebelum ada baby nanti ni, dapatlah berikan kehidupan yang sedikit selesa pada baby, dan pada kami sekeluarga. Lagi satu i syukur syukur sangat sebab we all dapat cari rumah dekat dengan tempat kerja i. Rumah baru pulak tu. Kira penyewa pertama woi, mana tak excited. Dekat kot nak drive ke office (rumah sendiri insyaAllah next year siap) Susah cari rumah di Kuantan ni walhal rumah kosong banyak tapi tak tahu siapa owner.
Lepas hari we all dapat rumah, esoknya hubby suruh i senaraikan barang nak beli untuk rumah baru kami. Excited hubby lagi ketara. Baru baru kahwin, ada rumah sendiri mau tak teruja. Dapat beli lesung batu nanti pun mungkin i rasa macam satu kejayaan besar.
The sad part, dengan lulusnya exam hubby i ni, dia harus kembali semula ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu WITHOUT me. I kira ni juga satu pengorbanan. Kat sana, kurang peluang pekerjaan. Kuantan ni dah kira tempat strategik untuk settle down. Since hubby pun dah beli rumah sendiri kat sini plus rumah mertua, rumah uncle, rumah kakak ipar ada area area Kuantan ni takda lah rasa kurang kasih sayang sangat nanti. Hubby tinggalkan kereta dia, so boleh i balik rumah mertua selalu selalu. Sayang nanti selalu selalu pulang sini juga, yaaa.
Dan yes, i semakin jatuh cinta dengan Kuantan.
Thursday, April 18, 2013
Be in love. Stay in love.
Kata Fynn Jamal, 'aku boleh kenyang cuma dengan kata kata cinta'. I pun boleh kenyang sebegitu plus ada additional lagi, i kenyang dengan pujian juga. Hubby suka memuji dan bila dipuji, i kembang semangkuk. I cakap, kite suka lah bila sayang puji, rasa macam di awang awangan. Hubby tanya balik, nak payung terjun tak? kang jatuh tersungkur kang.
Dan Fynn Jamal kata juga, lelaki suka wanita yang boleh buat dia ketawa. I boleh buat dia ketawa dengan syarat dia buat i ketawa mulanya, baru datang idea. Dan we keep on saling kena mengena to each other. Sumpah, bahagia.
Bila cium pipi, dahi, whatsoever, hubby suka kata i comelnyaaaa wanginyaaa manjanyaaa terus i kata 'nah seringgit sebab puji' (tapi tak bagi pun, konon je rasuah). Tak segan silu lagi untuk ucap i love you directly, dan berkali kali. Oh i love being loved everyday. I love being told i am loved everyday.
Setiap kali hubby bawa pergi makan, i akan cakap, 'thank you sayang for the lunch/dinner'. Tiap kali i minta tolong juga, i akan cakap thank you thank you thank you. I appreciate pertolongan dia walau sekecil mana. Dan i pasti dia akan rasa dihargai atas ucapan ringkas yang i beri.
Bila i luka kat jari macam haritu terkena pisau, i tunjuk kat hubby, 'sayang, sakitttt :(('. Hubby cium kat luka, hisap kat luka juga. I cakap, 'ok, baik dah :))' Macam tu jugalah bila setiap kali ada luka/sakit kat mana mana. Hubby respon/tiup/cium kat luka je i cakap, 'ok, baik dah'. Amboi manjanya.
Kalau bukan dengan suami sendiri nak jadi manja, dengan siapa lagi?
Satu, mungkin sebab pasal fizikal. Dengan hubby yang big size, tough dan tinggi, i rasa i baby sangat. I rasa macam jarak umur kami beza walaupun sebenarnya sebaya. Dua, mungkin sebab hubby nampak lebih matang dari segi rupa dan i dengan rupa yang masih keanak anakkan mungkin (hello! i am 27 years old ok!)
Sementara masih berdua ni, i harus guna peluang yang ada sebaiknya. Nanti dah bertiga, perhatian hubby harus dikongsi pula.
Cukuplah.
Mungkin aku tak menepati definisi dunia.
Cukuplah aku cantik di mata dia.
(Fynn Jamal kata)
Subscribe to:
Posts (Atom)











