Tuesday, July 26, 2011

Senyum sampai telinga.

Ahhhh ahhh i sangat teruja sebab i akan berjumpa dengan buah hati i jumaat sabtu ahad ni. Macam biasa lah, i akan cakap dah sepuluh tahun tak jumpa dia. Konon rindu sesangat sangat lah. Dia gelak je. Macam ni lah bila bercinta jarak jauh. Jarang-jarang dapat jumpa. Bila tak jumpa, rindu membara-bara. Ewah!

I sebenarnya kagum dengan diri i sendiri sebab 'boleh pun rupanya bercinta jauh-jauh'. Dulu i ingat i tak boleh. Awal-awal percintaan i dengan dia lagi i dah berjauhan dengan dia. Dan bila i ulang cakap "hmm jauhhhh dengan sayang.." pada dia, dia mesti akan balas "Ala, lepas ni kita kahwin dah tak jauh-jauh dah kan, dekat-dekat pulak kann". Baru lah i lega.

Kadang bila i cari gaduh, bila i rasa i nak menang juga, i akan remind dia; "berjauhan dengan sayang ni, kite kira pengorbanan kite buat sayang tau".

Sebab i berjauhan dan i setia. Mungkin pada gadis lain, bila bercinta jauh-jauh itulah tiket untuk cuba-cuba curang atau test market dengan orang lain. Tapi jujur, sepanjang hidup i ini kali pertama i betul punya setia tahap maksima. But, mungkin akan berubah dari masa ke semasa bila orang yang i setia tu tak setia pada i.

That's why, awal-awal i bagitahu pasangan i kalau nak buat sesuatu yang tak best belakang i, go ahead. Jangan kantoi sudah. Sebab bila dah kantoi, takkan ada peluang kedua dah. Memang, suspicious sentiasa ada   dan benda ni yang selalu jadi punca pergaduhan i dengan dia. Lastly i kena marah sebab asyik-asyik fikir negatif. Ala, sukahati kite lah. Sayang sibuk je.

Sekarang, i nak penuhkan kotak fikiran i dengan wajah dia, fikir nak pakai baju apa untuk jumaat sabtu dan ahad ni, teruja nak beli petai dua ikat kat pasar malam hari rabu ni and i'm gonna make sambal petai udang to my lovely baby, muhd hussairi.

Mm dap! dap!


Friday, July 1, 2011

Selamat tinggal.

Tak akan menulis lagi..
sehinggalah aku rasa mahu menulis kembali.

Tuesday, June 21, 2011

Upset.

Aku tak suka bila orang yang aku sayang berada jauh dengan aku. Kerana aku tahu, aku tak berada dalam fikiran dia sepanjang masa, dan he will give his attention to someone else dan dapat attention dari orang lain. It feels like you're the lowest level and kalau kau takda pun dalam hidup dia, he'll survive without even thinking about u.

Sebab when i say i love you, means aku betul-betul cinta. Dan aku tak boleh tahan tengok orang yang aku sayang dari jauh but i can't hold him in my arms. Dan aku juga tak boleh tahan having this feeling yang dia tak fikirkan aku di saat aku tengah betul rindukan dia.

*nangis

And the worst part when i start to feel that i'm the second priority bila ada yang lebih priority dari aku pada dia. I cannot stand thinking yang dia tak kisah pasal aku, dan boleh go on dengan hidup dia tanpa aku.

Tapi jujur, walau apapun yang aku rasa, aku cuma mahu dia happy dan bahagia dengan cara dia. *sigh.

Tuesday, June 14, 2011

Kenapa ha?

Kenapa LELAKI,
Bila dia berada di dalam zon selesa,
maksudnya bila dia punyai seorang kekasih,
yang sangat-sangat mencintai dia,

dia akan mulai,

take for granted hubungan.
Kerja dia jadi priority, girlfriend jadi second priority
Mula cuba-cuba nak playing around with other girls
Perasan yang saham dia tinggi; 'walaupun gua dah ada awek, gua masih laku derrr'

Kenapa?

Mungkin sebab dia tahu yang kekasih dia sayang gila vavi kat dia. So dia tak risau. Sebab dia berada di zon selesa.

Ya, zon selesa.

Kenapa ya?

Thanks fida, sebab menimbulkan isu ini dan ia buat kite terfikir, a'ahh la, memang betul.

Kenapa lelaki?

A very big question mark dalam kepala.

Sebab kalau perempuan,

'Whatever you give a women, she will make GREATER' Sama juga macam kau sayang gila vavi kat dia, dia akan sayang kau lapan belas kali lapan lebih dari kau sayang dia. She multiplies and enlarge what is given to her.

So, FIKIR.


Monday, June 13, 2011

Jangan hilang.

Mata tak mahu pejam-pejam. Lepas dah sms boyfriend, 'sayang, selamat malam', dan dia tak reply (mungkin dah tidur) i terfikir satu perkara. Dan satu perkara itu adalah tentang perhubungan i dengan kekasih i. Tiba-tiba i rasa takut.

Memang. Memang i takut akan kehilangan. Permulaan kehilangan memang perit. Tapi bak kata Leona Lewis, 'Better in Time' kan. Kadang i curi pandang muka kekasih i, lantas terdetik dalam hati, 'berjodohankah aku dengan kau, sayang?'. Masa tu juga hati i menangis, sebab i tak tahu apa akan jadi pada i kalau i kehilangan dia.

Tapi kena fikir juga, kehilangan atas dasar apa.

Orang ketiga? (bullshit)
Kematian?
Ketidakserasian?
Ketidakberjodohan?

Masa dia hantar i pulang tadi siang, kita sempat borak pendek pasal jodoh. Sebab ada kawan dia yang pernah bercinta, pernah putus (dengan orang yang sama), sambung kembali hubungan yang terputus, lantas mendirikan rumahtangga. Memang bila dah kahwin, alhamdulillah berjodohan jugak. Tapi part putus tu? Sumpah mesti perit tak ingat punya.

I pun kasi contoh pada dia, abang i sendiri bercinta dengan kakak ipar i masa sekolah, sambung bercinta sampai universiti, tapi masa dah kerja, mereka putus seketika, dan bila sambung semula, kahwin. Dah ada baby comel sorang pun sekarang.

I tak tahu kenapa masa tu perut i kecut dan i bersuara, 'kite tak nak ada part putus-putus. Kite nak bercinta dan terus kahwin dengan sayang. Sebab bila dah putus, tak kan boleh sambung-sambung semula'.

Dan i tak ingat dia balas apa tapi apa yang keluar dari mulut dia, buat i lega.

Seriously, he's really cool. Bila i panas, dia sejukkan. Semua kata-kata yang keluar dari mulut dia, buat i bahagia, buat i lega dan buat i ceria.

Mungkin sebab tu i tak boleh kehilangan dia. Sebab i mahukan lelaki sebegini untuk bimbing i, dan untuk jadi ayah kepada anak-anak i.

Tiba-tiba teringat kata-kata Adam dituju buat Nur Aminah,

"Ambillah apa saja, kecuali dia...kecuali dia."