Monday, November 7, 2011

Jumpa ponnnn.

Selepas dua bulan lebih sikit tak jumpa buah hati i gara-gara beliau berposting jauh, i bersua jugak dengan dia finally. Itupun sebab dia ada interview kat Mindef (Kementerian Pertahanan). So dua November dia dah boleh ke KL dan we met 3 hari berturut-turut! Urgh rindu gila.

Masa jumpa, i kasi list tuntutan pada dia. Semua list tu adalah janji-janji manis beliau untuk ditunaikan bila bersua . List yang i tulis tu siap ada kotak kecil belah kanan untuk di tick.

First and foremost, i tuntut birthday present tertunda i. I tak tahu dia nak kasi apa. Suspen juga tapi i malas nak tanya.  Masa pergi jalan kat KL Festival City Mall, tiba-tiba dia ajak masuk kedai jam. I pelik, dia kata tak suka pakai jam tapi beria-ia ajak masuk kedai jam. I pun layan.

Rupanya dia nak i pilih sendiri jam yang i nak! Ohh you're so sweet, honey.


I pilih Elle Studio je sebab i suka yang simple dan kecil (dan tak mahal sangat maybe). Next birthday bawak pilih handphone pulak kayyy. Dapat HTC pun cun jugak. Ke Samsung Galaxy ke. K k tak tak.

List-list lain yang ada banyak tu i tertinggalkan dalam kereta dia sebab ada beberapa lagi yang belum tertunai contoh macam makan durian sama-sama dan cari cincin. Eh.

It was sweet. Very. Really.

Saturday, November 5, 2011

Hari jadi ke 15 tambah 10.

Jujur cakap, last birthday adalah yang terbaik bagi i. I bukan jenis yang every year punya birthday pun mesti surprise, sambutan hangat dan ada kek. Tak. Sebab i tak kisah. Sambut birthday kawan-kawan selalu la, tapi birthday sendiri tak pernah berkesempatan. But 16 Oktober lepas bff i buat sambutan hari jadi untuk i. Itupun selepas i paksa beberapa bulan sebelum (kata tak kisah tapi paksa, apa kes?).

Itu sebab boyfriend jauh. Kalau tak, i paksa beliau je sambut hari jadi i. I akan mintak bunga, kek dengan hadiah. Walaupun beliau jauh, dia pos hadiah untuk i. Dia kasi i katak montel yang boleh dipeluk-peluk. Dan dia kata itu hadiah tipu-tipu je. Hadiah betul-betul bila jumpa nanti (dalam hati, besnya dapat dua!). Hadiah yang i terima dari pos laju dijamin sampai besok tu terus i buka dengan rakusnya dan kelihatanlah kad comel yang di sampulnya berbunyi:

Kepada: Fyra
Daripada: Orang jahat. 

(orang jahat? sabar jelahhhh)

Dan malam sebelum pukul 12 sebelum i masuk umur 25, we all ramai-ramai pergi makan kat Satay Station. Best sebab orang belanja walaupun secucuk seringgit. I makan satay paling banyak malam itu.




Hai rindunyeeeee lah kat korang kawan-kawan seUiTM. Tiga tahun yang terindah buat i. Dalam ramai-ramai dekat gambar nombor satu dan dua ni siapa yang akan kawen dulu? 


I harap i dulu. Ok ok i blah. 

Lepas kenyang melantak kat Satay Station, we all pergi Look Out Point kat Bukit Ampang. Ramai betul yang sambut hari jadi sama tarikh dengan i. Diorang ada kek. Dalam hati i, besnya kalau dapat kek. I tengok member-member i semua buat tak tau je, takde keluar kek sorok-sorok dari kereta pun. Ohh malam tu memang i perasan. Alih-alih lepas tu lepak kat Bukit Permai je. I sedar-sedar je diorang dah hidang makanan.  Pizza tiga pan yang large. Junk food sikit, ada air twister. Dalam hati i kembali berbunga-bunga walaupun tadi sedikit hampa sebab takde kek. Heh poyo!

Pastu Fida pun pura-pura tanya, "takpe ke takde kek awak?" i pun dengan muka konon-konon terharu , jawab, "eh tak kisahhh ler, ni pun dah best". (poyo kuasa dua pulak sebab padahal dia nak kek).

Tak lama pastu dari kejauhan i nampak Fida tatang kek dengan dua batang lilin yang menandakan umur i dua tahun. I pun terkejut badak la sekejap sebab ni first time i dapat kek (kasihan kannnn). 

Dan sepanjang malam tu i begitu excited dan sangat berterima kasih kat diorang semua: 






Thanks bff ! 




Sunday, September 11, 2011

Merindukan mu.

Lain la i rasa sekarang lepas raya ni. Lain dowh! Sebelum ni excited menghitung hari untuk berjumpa buah hati. Tapi sekarang i rasa mungkin tahun depan baru i dapat jumpa dia (tahun depan? OMG lamanyaaaa).

Takpela coz i kira itu pengorbanan i buat dia. Dan i selalu sedapkan hati i, biarlah jauh-jauh dulu, kang lepas ni dekat-dekat sangat pulak (dekat-dekat sangat tu bermaksud, i celik-celik mata dia ada sebelah i, nak tidur pun dia ada sebelah i). Ouch!

Since dia dah posting ke Kelantan ni, macam biasa la, dia ada orientasi juga. Tapi i suka lagi bahasakan bahawa mereka kena dera (jahatlah diorang ni, dera sayang i). I sms banyak-banyak pun, dia tak dapat nak reply. Tapi kalau sekali dia reply, seronoknyaaaaaa. I baca sms tu ulang-ulang. Pastu senyum sorang-sorang.

Sekarang ni, i kerap berhujung minggu di rumah. Selalu di rumah sorang-sorang akibat malas mengikuti mama ke mana-mana. Lepak atas katil sambil peluk penyu (yang dia kasi), layan perasaan, dengar muzik jiwang dan pejam mata sambil visualized dia kat fikiran.

Pun dah cukup indah buat i.

Please pulang cepat, kapt Muhd Hussairi coz i miss you a lot. A lot tau. Banyakkkkkk.

Wednesday, August 24, 2011

Berjauhan lagi.

I tak sedap hati. Sebab dalam masa beberapa hari lagi buah hati i akan meninggalkan Kuantan dan berhijrah ke Kelantan gara-gara berposting ke sana.

Dan hari-hari minggu i lepas ni, akan tak lagi bermakna.

*kesat air mata




Tuesday, August 16, 2011

Apa ada pada kad.

I baru first time dapat kad ucapan dari boyfriend i walaupun i rasa hampir selori kad ucapan yang i kasi pada dia terutama masa kitorang berjauhan waktu mula-mula bercinta dulu. Seronok tau main pos-pos ni sebab i akan excited tunggu reaksi dia bila terima kad dari i. Dan yang istimewanya kad-kad itu i bikin sendiri. I faham, dalam hal-hal macam ni biasanya girls yang akan monopoli; kasi hadiah, kasi kad ucapan, ingat tarikh-tarikh penting. Boys selalunya jarang ambil port sebab mereka ada banyak lagi benda-benda penting yang harus diingat. I tak tahu pasal apa, tapi kalau pasal masa depan kami, aww i sukaaa!

Kad yang i terima ni dikirimkan oleh dia dan disampaikan oleh pos laju dijamin sampai besok. Teruja gila bila posmen serahkan kat tangan i sampai menggigil-gigil nak bukak. Ahaks. Comel je kad dia tapi sangat bermakna pada i. Kad dah cantik tapi...


..tulisan dia tak berapa nak cantik. Haha.


I bagitahu dia, tulisan sayang tak cantik. Dan dia jawab 'ala tulis dalam kereta and nak cepat, memang lahh'. Sebab dia lelaki, so i tak kisah tulisan cantik atau tidak. Sebab kalau i sendiri, apa yang i kasi pada dia, adalah yang paling cantik dan perfect. Itu prinsip i.

Lepas dah baca sekali, i baca lagi untuk kali kedua, ketiga, keempat belas dan kedua puluh satu. Kemudia i selit kad tu bawah bantal i, senang nak baca lagi untuk kesekian kalinya. Maklumlah, teruja sangat.

Dan yang terbaru, i sedang mencari-cari idea untuk hasilkan kad raya istimewa buat dia yang jauh di mata.

Sayang tunggu ya!