Saturday, April 28, 2012

Saya nak kahwin.

Sejak bertunang, orang kerap tanya, bila majlisnya? bila nak lansungnya? Jawapan i pendek je,

"Kalau boleh nak malam ni".

Gila jujur punya jawapan. I know it sounds gatal or whatever. I dont care sebab memang i nak kahwin sangat pun. Kah kah! Tak sanggup dah berjauhan sebab sejak bercinta tak pernah berdekatan. I nak dekat dengan dia, i nak jaga dia. I nak dia selalu depan mata i. Paling tak sabar, i nak masak masak masak banyak-banyak untuk dia since dia kalau makan kat kedai je selalu komplen tak sedap, selalu merengek nak i masakkan. I pun suka masak and memang passion i memasak. Untong laaa.

Persiapan kahwin la ni memang i tahap goyang kaki lagi. Dia pun jarang balik so takde nafsu pulak nak shopping barang kahwin sorang-sorang (sebenarnya lebih kepada nanti takde orang yang nak bawakkan barang-barang). So tunggu dia balik Kl seminggu (12 Mei) atas urusan kerja, boleh kita curi-curi masa pergi shopping barang kahwin. Yeay. Sayang balik cepat tau. I'm ready with the list.

Oh btw i love paper lantern. I want this for my wedding! I want this! I want this!




Cute. Bulat-bulat macam peyut sayang. And bulat-bulat macam pipi kite, sayang said.

So everybody, save the date. Our wedding insyaAllah will be held on 29/9/2012 (tertakluk kepada terma dan syarat). One day before sayang's birthday. Jimat nanti nak sambut Anniversary ngan Birthday sekali harung. HAHAHA.

My soldier come home soon. Hip hip horeyyyyyyyyyy!!!

Wednesday, March 14, 2012

Sword Barrel lagi.

I suka ikut tunang i pergi sword barrel (kawad pedang). Sebab masa tu dia akan pakai uniform (baju nombor berapa i tak ingat, askar ada baju 1-10) dan dia akan nampak segak. I memang batak sikit kalau tengok orang pakai uniform macam polis ke askar ke pilot ke. Segak kan nampak, rasa macam tak jemu je mata memandang (kalau i la lagi-lagi kalau yang i pandang tu tunang i sendiri). So haritu i follow lagi encik tunang ke sword barrel kat Teluk Kemang, N9. Seingat i ni kali ketiga yang i pergi dan kali pertama i pergi since bergelar tunang beliau. Best sebab masa kat sana skuad dia pun akan bawak girlfriend/tunang/wife masing-masing. So boleh kenal-kenal.


 Otw. 

 Diorang rehearsal sat.

 Rehearsal juga.

 Skuad encik tunang. 

 Semua dah jadi tunang orang pun.



I love weddings! and i am waiting for mine for all this times.


p/s:  I mungkin akan kahwin lepas raya. InsyaAllah. Wuwuwuwuuu.

Saturday, March 3, 2012

Mencari idea.

Wuu lamanya tak hapdet belog since bertunang haritu. Dah sebulan lebih bertunang dengan abang kapten. So far okey je, takde lagi gaduh teruk-teruk macam selalu orang kata dugaan bertunang. And the best part encik tunang kata i dah kurang merajuk dan lebih rasional (fewitt). Macammana nak merajuk kalau encik tunang sangat cool sangat sweet dan sangat comel dengan cara dia. Ahh.

Sekarang ni i busy dengan checklist macam orang lain selalu buat kalau nak kahwin. Panjangnyaaaaa. Kalau nak kahwin, checklist memang panjang eh? I nak prepare awal. Takde lah kata kitorang ni nak dekat kahwin sangat dah ni. InsyaAllah this year juga tapi tarikh masih lagi menjadi rahsia (pada yang tertanya-tanya la). Banyak kelebihan sebenarnya bila kita prepare awal. Macam i, i suka handmade thingy. Untuk doorgift, thank you tag, guest book deco i mampu lagi untuk buat sendiri (kot). Mujurlah ada sikit bakat yang Tuhan anugerahkan pada i (perasannn).

Sekarang ni i nak mencari idea untuk sesuatu yang kreatif semestinya. Dengan nada berlagak i cakap kat encik tunang, "doorgift semua kite nak buat sendiri. Nanti kita gi shopping kertas kaler-kaler, ribbon dan pen kaler-kaler juga ya!".

Kat bawah ni some of ideas yang i suka:






cup cakes. macam real woo.

thank you tag. cun gila. 

I sangat teruja! 



Thursday, January 26, 2012

Tunang dahhhh.

23hb Januari 2012 - Officially engaged.

Hari yang i tunggu tunggu sekian lama. Hari yang buat i rasa sangat bahagia. Hari yang buatkan i one step closer untuk membina keluarga.

Perasaan bahagia yang i rasa adalah lain. Tak sama dengan perasaan nak keluar dating. Tak sama dengan perasaan masuk-masuk kereta dan dapat bunga. Sebab ini soal masa depan dan soal penyatuan dua keluarga. Dan alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun tangan i sejuk menggigil masa bakal ibu mertua sarung cincin. Masa salam-salam dengan family dia semua tegur tangan i sejuk. Ala duduk dalam bilik berair-cond mesti la sejuk. (ok, itu cover).

Dan i sangat simple hari itu. Dari make up ke baju semua pun sederhana sebab itu yang i nak. I suka tengok orang simple dan i nak orang tengok i bersederhana sepertimana yang i suka itu. i pegang kuat pada kata-kata Less is More. Tunang i pun cakap nanti make up simple je okey, sayang dah cantik dah. (ohhh i kembanggg sangat masa tu).


 my boyfriend, anak tentera juga. 

encik tunang's family

 *speechless.

with bakal kakak kakak ipar. chewahh.

with mak tiri.

hantaran untuk saya. 

niece, yusra hana. dah fly ke dubai pun. 

kek comel. kakak encik tunang bikin. 

love all of you, bff.


Tak boleh sabar lagi untuk bina hidup dengan lelaki yang dicintai.


Saturday, December 3, 2011

Sebab i perempuan.

I paling bengang bila i buat call, then voice mail yang akan jawab. Ataupun bila i call, tak ada orang pick up the phone di sebelah sana. Semalam i tunggu encik buah hati balik supaya kita sama-sama boleh bergayut di phone sebelum tidur (sebab i hanya mahu mendengar suaranya sebelum i tidur). I tahu dia tak suka call lama-lama kalau dia tengah kat luar especially bila bersama teman-teman beliau. Dia suka bila dah baring selesa-selesa kat katil baru cakap dengan i. Semalam tu i excited tunggu panggilan dari dia. Battery handphone dah cas penuh-penuh. I sms dia tak reply. I sms lagi, pun dia tak reply. I call, tak berangkat. I call, call, call dan call sampailah terlena sendiri. Lena dalam keadaan tak seronok. Padanlah tak bermimpi indah semalam.

Pagi-pagi i celik mata, dapat sms sorry dari dia (dia kata dia tertidur gara-gara keletihan). Dapat sms je without any missed call. I bengang lagi. I tak puas hati sebab i rasa dia macam tak ada rasa bersalah. Sekurang-kurangnya buat-buat lah missed call lapan belas kali ke, demi untuk kasi i puas hati.

I cakap kat dia i sakit hati. Dia call, i malas angkat sebab tak rajin. Bila dah rajin, i pick up phone terus marah-marah dia. Dan dia marah-marah i balik. I paling benci part ni. Part bila kena marah (i marah tak apa). I  tak boleh bila i marah, dia tambah-tambahkan marah i lagi. I cuma berharap bila i marah, dia redakan marah i dengan kasih-sayang supaya marah i berubah menjadi kelembutan.

Finally apa yang i harap, berlaku. Dia minta maaf dengan kelembutan. Masa tu i terus sejuk. Dah boleh cakap lembut-lembut balik. I bersyukur sebab dia bukan panas baran, yang suka-suka hati boleh mencarut pada i bila tengah marah. Fuh!

Jujur, i tak suka bila waktu nak dekat period. Emosi berubah-ubah. Kerap rasa nak marah. Suka nak start bergaduh walaupun benda tu kecik gila. Selalu akan rasa kurang kasih-sayang, kurang perhatian dan semua perkara yang negatif. Sumpah tak best.

Korang laki-laki, korang tak rasa, benda ni macam tindakan refleks iaitu gerak balas terhadap rangsangan yang tidak dipelajari yang berlaku secara automatik dan pantas.

Apa yang i merepek?

Sayang, i mohon sorry sebab marah-marah you tadi.