Wednesday, January 9, 2013

Kahwin's matter

Kurang dua bulan lagi i akan menamatkan zaman bujang. Kira setahun lebih sikit la bertunang. Boleh tahan, ada juga la sikit-sikit dugaan yang lastly, tunang i mengalah. Kadang bila i rasa ego, tak nak mengalah, tak mahu mengaku salah, i fikir, hubungan ni lebih penting dari ego i kan, lantas i pohon sorry.  Benda paling susah dalam dunia adalah melawan ego. Seriously.

Jujur, tak mudah untuk i bergerak sendiri tanpa tunang di sisi. Tak boleh nak jumpa hari-hari. Discuss hal kahwin dengan mata bertemu mata susah sekali. Setiap kali expo pengantin, i hanya gigit jari. So, i akan listkan 'things to do' sebelum dia dapat cuti untuk pulang ke sini. Nak pergi mana-mana semuanya berdiri di atas kaki sendiri. *nangis jap aaa

Dan tiap kali nak bincang hal kahwin dalam telefon, tiap kali tu jugak gaduh pastu cool down pastu gaduh balik. Pastu esok dah buat-buat lupa, wish good morning macam biasa. Laa ni bila nak dekat-dekat tarikh kahwin ni, dah boleh rasional (soal masa depan maa). Ayat standart dia, sayang sabar laaa. Lagi satu, bila dalam phone, i tak boleh dengar dia cakap dia lapar. I cakap 'kalau ada kite ni, sayang tak sempat nak lapar tau'. Hari-hari i fikir, apalah agaknya dia makan harini. Minum air kosong cukup lapan gelas sehari tak. Bilik bersapu baju berbasuh tak. Hussairi ni badan je besar gajah tapi manja mengada-ngada. Anak bongsu katanyaaaa (kite gurau jeeeee).

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kita kahwin dengan Hussairi tercinta, dua haribulan tiga.


muka tak mandi pergi kerja



Semoga dipermudahkan segalanya.



Sunday, December 30, 2012

Dejavu di Bukit Sagu

Tiga belas haribulan Disember lepas, i ke Felda Bukit Sagu, Kuantan. Rumah family tunang i, I pergi sana follow kakak tunang yang tinggal kat kl sebab tunang i balik Kuantan dari tempat kerja dia (Jerteh). So tak boleh balik together gether dengan beliau, Bos beliau postpone cuti. Jahat. Dah plan dah nak balik Kuantan sama-sama dengan dia (sob sob).

Sebab lima belas haribulan wedding kakak dia, so i datang awal dua hari (tunang suruh datang awal, katanya mak suruh). Dalam perjalanan ke sana, i berdebar-debar gila walaupun ini kali kedua i ke sana. Sampai-sampai dalam pukul 1.30 pagi, i nampak kakak dia tengah lap-lap pinggan mangkuk. Nasib baik sampai-sampai, dah boleh nak rajin. Ada juga something i boleh tolong (first impression penting woo). Pastu i tido. Esoknya i bangun awal walaupun i cuti dari solat Subuh haritu (kalau kat rumah sendiri, jangan harap nak bangun awal kalau uzur). I mandi-mandi terus masuk dapur. Sempatlah i ramah mesra dengan mak long, mak ngah, mak su serta jiran tetangga yang tertanya-tanya siapakah i. Nanti mak tunang i yang jawab, Ni lah tunang Hussairi. I senyum je. Senyum. Senyum dan senyum (sampai rahang sakit).  Namun i mati kutu bila tunang i kata hari Jumaat petang nak ke malam baru dia dapat balik. Semua adik beradik dia dah tanya-tanya i bila adik diorang sampai. Bayangkan i berada di kalangan keluarga yang masih asing bagi i tanpa tunang i di sisi. Nak ambil hati bakal mertua lagi, bakal ipar duai lagi, bakal anak-anak buah lagi (nak korban tidur lagi). Since tunang i anak bongsu dari sebelas beradik, ramai lah kakak abang beliau serta anak-anak kepada kakak abang beliau. Nak dekat Maghrib, tunang i muncul dengan beg pakaian dia. I lega.

Seriously i happy sangat berada di sana. Diorang welcome kehadiran i. Anak-anak buah dia seramai dua puluh lima orang (agaknya) pun manja dengan i especially yang girls. Ada yang panggil i maksu, auntie fira, kak fira pun ada (mungkin sebab i tua dalam badan muda). I cakap, panggil auntie fira la, lepas dah kahwin dengan paksu nanti baru panggil maksu. Hehe. Gila manja diorang. I duduk je, ada yang letak kepala kat riba i, sandar kepala kat bahu i. Mujur i memang suka budak-budak. I buat mereka ketawa, i usik mereka. Part paling best, pakai inai sama-sama, susun goodies sama-sama. I bangun tidur pulak, tersusun anak buah dia yang perempuan lima orang tidur sebelah i. Mujur bukan paksu yang kat sebelah.















Lepas 4 hari 4 malam kat sana, i balik kl balik dengan tunang i, dia pun dah takda cuti dah, kena balik Pangkalan Udara Gong Kedak balik (tak best). Tapi moment kat sana best la, i jatuh cinta dengan family besar dia. I congrats kat diri i sendiri sebab i berjaya dan i usaha untuk pikat hati mereka (sayang kena belanja, tak kira). Masa nak balik dah salam salam peluk cium semua, kakak tunang i pesan, jangan gaduh-gaduh (cam tau je kitorang suka gaduh gaduh manja gitu). Kalau Hussairi buat hal, report je. Pastu thanks thanks i berkali kali sebab tolong (i tolong senang senang je kot) I pun cakap balik, thanks sudi terima (sambil buat muka comel). Diorang doakan giliran kitorang pula.

Sebab next wedding, will be ours.

Bilaaaaa?





Tunggu jelaaaa. Will announce soon. Bye.

Tuesday, August 14, 2012

Idaman Fyra.

I pernah bagitahu tunang i, lepas kahwin nanti i nak memiliki satu benda yang i harap dia akan tunaikan. I nak memiliki Dapur Idaman. I dah terbayang-bayang betapa i berkawan baik dengan dapur i nanti. Kat dapur i nanti, i boleh masak apa saja yang i suka, apa saja yang buah hati i nak makan. Beside i boleh cuba resipi-resipi baru terutama lepas menonton Asian Food Channel ataupun rancangan masakan Chef Wan (yang membuatkan jiwa i meronta-ronta nak try). Kat dapur i nanti i nak gantung frame kecil bertulis Mom's Kitchen (bajet bakal jadi mommy kepada anak-anak lelaki yang handsome). The most important thing, i nak oven besar (senang nak panggang ayam belanda). Fridge pun i nak besar. I nak isikan dengan makanan-makanan berkhasiat. Stok-stok makanan kering indah tersusun di rak kabinet.

I tau, it sounds like kelakar. Tapi tu memang idaman i, lebih dari rasa ingin memiliki kereta idaman mahupun kamar tidur idaman. Dapur idaman i tak perlu terlalu besar, asalkan complete dengan perkakas bagi semua jenis masakan. I suka masak walaupun sebenarnya tahap kehebatan i biasa-biasa saja. Sebab tu, hadiah hari jadi yang diingini adalah buku resipi. I nak ada rak untuk i taruk buku-buku resipi. I berangan pasal ni details sangat. Set susu garfu i nak semua sama. Begitu juga set cawan dan pinggan. Bayangkan sampai ke design pinggan pun i dah berangan. Biar selari dengan jiwa seni i.

Dan dengan adanya dapur idaman i nanti, i idam-idam nak masak best-best untuk i invite keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara i. Perasaan teruja memasak bagi manjamu selera orang adalah sesuatu yang indah pada i.

Untung laa Muhd Hussairi yang kuat makan tuuu. ok ok tak tak, tunang beliau yang kuat makan (nanti dia cancel pula nak beli oven besar untuk i)




Tuesday, July 10, 2012

Tak tahu taruk title apa.

Alaa macam tak jadi je nak kahwin 29/9 ni *kecewa sikit. Macam pantas sangat masa berlalu. Rasa macam baru bertunang semalam, tup tup dah bulan Julai. Nanti la update balik tarikh bila kad jemputan dah hantar printing. Banyak sangat lagi nak kena settle ni. Hehe.

Chow!

Saturday, April 28, 2012

Saya nak kahwin.

Sejak bertunang, orang kerap tanya, bila majlisnya? bila nak lansungnya? Jawapan i pendek je,

"Kalau boleh nak malam ni".

Gila jujur punya jawapan. I know it sounds gatal or whatever. I dont care sebab memang i nak kahwin sangat pun. Kah kah! Tak sanggup dah berjauhan sebab sejak bercinta tak pernah berdekatan. I nak dekat dengan dia, i nak jaga dia. I nak dia selalu depan mata i. Paling tak sabar, i nak masak masak masak banyak-banyak untuk dia since dia kalau makan kat kedai je selalu komplen tak sedap, selalu merengek nak i masakkan. I pun suka masak and memang passion i memasak. Untong laaa.

Persiapan kahwin la ni memang i tahap goyang kaki lagi. Dia pun jarang balik so takde nafsu pulak nak shopping barang kahwin sorang-sorang (sebenarnya lebih kepada nanti takde orang yang nak bawakkan barang-barang). So tunggu dia balik Kl seminggu (12 Mei) atas urusan kerja, boleh kita curi-curi masa pergi shopping barang kahwin. Yeay. Sayang balik cepat tau. I'm ready with the list.

Oh btw i love paper lantern. I want this for my wedding! I want this! I want this!




Cute. Bulat-bulat macam peyut sayang. And bulat-bulat macam pipi kite, sayang said.

So everybody, save the date. Our wedding insyaAllah will be held on 29/9/2012 (tertakluk kepada terma dan syarat). One day before sayang's birthday. Jimat nanti nak sambut Anniversary ngan Birthday sekali harung. HAHAHA.

My soldier come home soon. Hip hip horeyyyyyyyyyy!!!