Friday, August 2, 2013

I di awal kehamilan





Gambar atas ni masa mula mula tahu pregnant (empat hari sebelum period due). Dari nak buka puasa makan ikan bakar kat Kuala Besut terus tukar ke Pizza Hut, Jerteh. Sebab ikan bakar tu agak pedas. Ecece konon kan kalau pregnant tak bole makan pedas pedas. After solat maghrib dan berbuka makan biskut cicah teh o panas, baru kita pergi Pizza Hut. Hubby suka macam tu, biar pergi masa tak ramai orang. Time berbuka kan agak crowded gitu.

Masa ni dah mula ingatkan diri apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh. Bahaya juga sebab i jenis bedal apa saja. So i pesan pada hubby supaya pantau pemakanan i. Macam ada nenas kat atas pizza tu, hubby tak kasi makan (alert betul dengan nama nenas). Lepas tu sebab pilih pizza set, dapat pepsi. Mana boleh minum air bergas, so pilih ice lemon tea.

Since pregnant ni, banyak jugak la i telan air liur, terpaksa lupakan makanan dan minuman favourite macam air tebu (bulan puasa, air tebu sangat menggoda you know). Lagi pula, kat belakang rumah mertua buah durian bergantungan kat pokok woo. Lepas raya confirm durian tu gugur dan confirm i tak boleh makan punya (nangis). Confirm hubby akan habiskan bahagian i (nangis lagi kuat).

Selain dari corak pemakanan yang berubah, i banyak google info tentang kehamilan juga. Macamana perkembangan bayi setiap minggu, do's and don't's , tips tips dan sebagainya (anak first kot). Lepas berbuka i tak miss makan Asid folic dan lepas isya', i bancuh susu dumil mama segelas. Mujur i takda masalah dengan susu, bedal apa saja brand pun (tapi kakak ipar i cakap anmum perisa mango sedap, will try later)

Lagi, perubahan yang i dapat rasakan, i semakin sensitif. Sekecil kecil penolakan dari hubby pun bole buat i sedih. Mujur hubby bukan jenis suka marah atau tinggi suara tanpa sebab. Mujur hubby cool (belanja uncle bob ye, dah puji ni). I je yang kadang tinggi suara dan masam muka tanpa sedar (i'm so sorry, sayang. semua tu tindakan luar kawal, hehe). Bila dikira kira, perhatian hubby pada i dah cukup sempurna (tapi i nak lebih).

Lepas raya baru nak buat buku merah, kat Klinik Keluarga dalam base. 27/8 ni appoinment dengan doktor. Masa tu i dah 8-9 weeks gitu insyaAllah.



Bakal daddy - mommy 



Tuesday, July 30, 2013

Bahulu dapur arang di kampung

Cuti Nuzul Quran yang lepas kami pakat ramai ramai balik Kuantan. Kakak kakak ipar yang duk KL pun balik jugak memandangkan raya tahun ni diorang memasing raya rumah mertua. I sukalah sebab kalau ramai balik Kuantan, mak mertua i mesti masak best best. Dan hari ahad haritu mak mertua i buat bahulu. Bahulu bukan sebarang bahulu. Bahulu dari dapur arang wa cakap lu. Very tradisional sangat (dah very, sangat pula).

See, kocok ke kepok (tak tahu perkataan yang sesuai, kalau i, guna beat je, kat sana diorang sebut kepok) pun tak pakai mixer, pakai benda yang macam spring tu tapi size xxl (so far pernah jumpa yang comel comel one je). Mak mertua i tak mahu pakai mixer. Kakak ipar i yang punya tugas ni, i mengelat ayak tepung jer.



Telur + gula


Masuk acuan


See, tradisional sangat kannn


Panas panas keluar dari acuan


Ececececee


Yang hitam hitam camni lagi sodap


Dapatlah dalam satu periuk besar. Seriously meronta ronta sangat nak rasa panas panas. Mujur puasa. Kalau ikutkan i tak pregnant, dah period dah haritu. Takpelah, pregnant lagi best dari dapat rasa bahulu panas. Bau aroma bahulu yang lazat menusuk hidung. Pulak tu anak buah sorang sorang datang dapur mintak bahulu. Huii tergugat iman acikkk. 

Lepas berbuka kita semua pakat balik sarang masing masing dan bawa balik bahulu. Mak mertua i ajar bahulu ni cicah air teh o atau kopi o sedap oo. Betul sedapp. Best sangat dapat lihat sendiri pembikinan bahulu guna dapur arang ni. 

Zaman anak anak i nanti mesti tak jumpa dah semua ni. 


Sunday, July 28, 2013

Mommy to be

Check kalender di handphone, harini sepatutnya period i datang. Since dah pregnant ni, maka berpuasa penuhlah i tahun ni. Alhamdulillah. On the way balik dari rumah mertua tadi, i minta izin husband nak singgah Guardian sebab i nak beli lagi pregnancy test. Kalau sebelum ni line kabur i dapat, tapi harini i puas dapat lihat line yang pekat di strip tersebut. Kalau kakak i tau, bising dia kata i membazir. Best kot test urine sendiri bila line pada T laju je kelihatan.

Kalau lah baby i nanti tahu i banyak membazir alat ujian kehamilan dari mula kahwin, mesti dia terharu punya.




See see. Line pekat dah muncul kan! I rasa macam nampak baby i pada line tu. How teruja i am. Walau baby i kecil lagi (mungkin sebesar kacang waktu ni), bila i usap perut, i rasa terharu macam nak menangis. Tiap kali lepas solat, i doa agar Allah melindungi kandungan i dan dia membesar dengan sihat.






You know what, orang mengandung akan merasa diri sangat disayangi tau. Tak caya, cuba cakap teringin nak makan apa, mesti dapat. Abang ipar i di kampung siap cakap, kalau teringin apa apa yang berada di hutan, di sungai, dia akan dapatkan untuk i.

Wahhh!


Friday, July 26, 2013

My new phase

Syukur Alhamdulillah, selepas almost 4 month berumahtangga, i dan hubby dikurniakan berita gembira yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sempatlah menikmati hidup berdua dalam tempoh 4 bulan sebelum melewati fasa baru ke arah bertiga.

I cuma nak share pada yang dah berumahtangga dan sedang menanti berita gembira seperti ini juga. Semoga dapat memberi manfaat pada kita.

Sebelum i disahkan positive melalui Urine Pregnancy Test (UPT) ni, i banyak cari info (serius banyak) pasal,

'boleh ke detect kehamilan sebelum period due?'
'kalau boleh detect, berapa hari sebelum period due?'

Ada baiknya kita tahu bila kehamilan kita, at least kita akan lebih berjaga jaga. I baca banyak pengalaman mereka yang mencuba untuk hamil dan bagaimana mereka mengetahui berlakunya kehamilan. Macam macam cerita, yang kalau dibandingkan, seriously, lain orang lain cerita dia. Badan kita tak sama. I sendiri tertanya tanya badan i jenis macam mana? Susah detect kehamilan ke? Ke macam mana?

Sebelum due period, i nekad. I nak juga buat urine test dengan harapan miracle happen, bole detect awal (kalau betul i pregnant lah). Dan,

5 days before period due:


Masa mula celup dalam urine, i tunggu sampai 5 minit, then i kecewa sebab negative. Lepas tu i simpan balik dalam kotak dan letak dalam laci (i tak buang, kang hubby i nampak, kantoi la kan) Lepas lama sikit i lepak lepak tengok tv semua, tergerak hati nak check semula. Dalam keadaan yang kurang pencahayaan i nampak ada line kabur kat bahagian T tu. Berlari i kat tingkap, nak tengok bawah cahaya. Walau kat kotak tu kata, jangan baca result lepas 5 minit, pedulik hape. Ada line kot. I mula taruh harapan. Dengan harapan yang menggunung, i google pasal ni. I baca blog orang, forum bagai, semuanya tak menyenangkan hati i. Majority kata lepas 5 minit kalau baca result, itu dikira false positive sebab air kencing tu meruap dan kering maka terhasillah line tersebut. I tetap tak puas hati. I yakin yang masa tu i mengandung. Sebab sebelum sebelum ni, i buat UPT, tak pernah langsung ada line walau line kabur sekalipun.



Disebabkan i betul tak puas hati, i buat UPT guna ClearBlue digital. Orang kata brand CB ni very accurate. Sangat sensitif, boleh detect seawal 4 hari sebelum period due (tapi mahal siot). Mula mula i cadang nak test lagi 4 hari waktu period i sepatutnya datang. Well, mana tahan. I test waktu petang dalam pukul 5 gitu. Orang kata lebih elok test guna first urine lepas bangun tidur sebab masa tu hCG (Human chorionic gonadotropin) paling tinggi. Tapi kan puasa, so air kencing i takda lah cair sebab tak makan tak minum beberapa jam. Masa tu jiwa i memberontak sangat nak buat test ni memandangkan hubby tengah tidur selepas keletihan pulang dari kerja.

I buat dalam toilet (masa tu kat Mess). Terketar ketar tangan i nak celup alat tu dalam urine. Dalam hati, kalau keluar result NOT PREGNANT, confirm i akan kecewa gila dan i akan buang sorok sorok tanpa pengetahuan hubby. Ambil masa jugak lah nak tunggu dia baca keputusan. Kalau positive, i nak buat surprise kat hubby lepas dia bangun tidur nanti.

Alih alih, result keluar PREGNANT. Masa tu i rasa macam terbang di awangan. I jadi gelabah sebab terlalu excited dan i kejut hubby, i tunjuk pregnancy test tu pada dia (tadi konon nak surprise bagai). Hubby i masa tu tengah mamai lepas tu blur tengok amendalah yang i tunjuk kat dia tu. Sebab hubby blur, i cakap "kite mengandung". Hubby dan i senyum lebar sampai ke telinga, dalam hati tak putus putus ucap syukur di atas rezeki yang dikurnia.


Kalau kat kit tu cakap 1-2, means doktor akan anggar kandungan i dalam 3-4 minggu. I akan jumpa doktor selepas dah melewati period due. Doktor pun confirm suruh tunggu dulu. Hubby kata, nanti dia bawa i ke klinik keluarga yang dalam TUDM tu. Excitednyaa.

3 days before period due:


Yup, still kabur tapi jelas kalau tengok betul betul, bukan dalam gambar. Laju je line tu naik lepas i celup dalam urine. I kira, hormon pregnancy i agak tinggi juga, sampai bole detect awal sebelum period due. Setiap orang lain lain, ada yang dah lewat period seminggu pun still UPT tak boleh detect lagi, tapi boleh detect melalui scan atau blood test. Line yang kabur menandakan hCG dalam badan belum banyak lagi. Korang nanti fikir camnilah, asal ada line, even kabur, ada harapan lah tu. Test lagi selepas 2-3 hari.


Semoga Allah SWT melindungi kandungan i dan baby membesar dengan sihat di dalam rahim ini.



Wednesday, July 24, 2013

Hubby mengundi lagi

Sabtu lepas (20 July), hubby pergi mengundi buat kali kedua bagi Dun Kuala Besut berikutan Adun sebelumnya yang meninggal dunia akibat kanser. I yang takde kena mengena pun agak teruja merasai suasana hangat pilihanraya kecil yang berlangsung di sana. Sepanjang jalan ke Kuala Besut penuh dengan poster dan markas gerakan kedua dua parti. Tentera macam biasalah, kena mengundi awal. Lepas hubby balik je, cecepat i cari jari dia. Excited nak tengok dakwat. Hubby sakat nak korek hidung i dengan jari biru dia tu. I cakap, janganlah nanti taik hidung i tukar jadi kaler blue.



Dakwat kekal ni serius kekal, tak macam PRU lepas. Hubby kata lepas celup je, kalau kesat kat mana mana, tak effect. Basuh pun unless you tonyoh guna sabun, ada la kesan sikit. Hari keempat pun, dakwat stay camtu lagi. Patut PRU dulu SPR guna dawat camni, baru takde kontroversi. 


Hubby sebelum keluar mengundi


Pun sebelum mengundi, hubby dapat kain pelikat, gula dan minyak 
(i suka i suka! bole tambah stok dapur we ols)


Dah lima hari lepas hubby mengundi, jari dia macam takda tanda tanda nak pudar pun (kalau tengok betul betul, macam nak terhakis dakwat tu sebenarnya). I cakap pada hubby, "eee sampai ke tua lah jari sayang macam tu, eee semua orang jari normal, jari sayang dah tak cantik".

Lepas tu hubby nak cucuk hidung i guna jari dia. Lari lari, selamatkan diri.