Friday, January 17, 2014

Third trimester bermula

Harini kandungan i masuk 29 minggu. Perut macam makin besar tiba tiba ahakss. Makin lonjong ke depan tapi pinggang i tak effect pun. Kalau tengok cermin dari arah hadapan macam tak preggy pun. Dari belakang pun hubby cakap tak nampak lebar cam preggy. Agaknya betul la kot kalau mengandungkan baby boy cenggitu. Orang la cakap kalau baby girl dia melebar, nampak penuh di pinggang. Baby boy sebaliknya.


 at Jetty Kuala Besut


28 weeks pregnant


Emotional betul tengok perut sendiri bila memikirkan sudah berada di final trimester. Tak lama lagi baby akan keluar, perut i akan leper semula. Lalu kehidupan kami berdua akan berubah serta merta dengan schedule yang padat sebagai ibu dan bapa. Sekarang ni kena alert dengan gerakan baby. Masuk 7 bulan kena mula catit pergerakan dalam tempoh 12 jam sehari. Means kalau start kira dari pukul 9 pagi - 9 malam. Pergerakan baby mesti tak kurang dari 10 kali. Kalau kurang, better watch out, terus pergi ke hospital berdekatan. Swimmm baby swimmmm, mommy loves it.

Pregnancy ni betul betul sesuatu yang emotional. Emotional bila rasa baby's movement. Emotional bila shopping baby's stuff. Emotional bila tengok gambar scan 3D baby. Emotional bila memikirkan baby akan keluar tak lama lagi dan i tatap wajah dia untuk pertama kali. Emotional bila hubby usap usap perut cakap dengan baby. Amboi banyak betul nak emotional.

Masuk third trimester ni, i masih sihat lagi alhamdulillah. Takda sakit apa apa. Kaki pun takda membengkak, perut takda gatal gatal yang boleh menyebabkan stretchmarks. I mula minum susu kambing setiap hari dan masih amalkan minum air kosong yang banyak. Cuma pergerakan kena slow slow. Takleh dah nak aktif macam second trimester dulu. Nak bangun, nak pusing kena slowly atau minta tolong hubby. Kepala baby dah elok dah ke bawah ni. Hope baby mama maintain camni aa sampai bersalin nanti. Good boy, baby. Thank you sebab banyak mudahkan mama. 


Kaki maintain tak membengkak (lagi)

 Three of us




Tinggal 82 hari lagi.


Tuesday, January 14, 2014

Angan angan mama



I bet semua orang ada impian dan angan angan tersendiri untuk bagaimana membesarkan anak masing masing. Maksud i dalam konsep material, rohani, emotional, fizikal dan persekitaran. I pun tak terkecuali untuk ada angan angan tersendiri.

I suka hidup dalam bersederhana. I nak didik anak i juga hidup bersederhana. Mana rezeki yang ada, asal cukup makan kami bertiga. I mahu besarkan anak i dengan dua tangan i sendiri dan i yakin, suatu hari nanti suami i akan berterima kasih sebab memilih untuk jadi isteri dan ibu sepenuh masa. I nak bentuk syurga rumahtangga dengan kudrat yang ada dan biarlah anak anak i membesar depan mata tanpa campurtangan penjaga ketiga.

Ada perkara yang kadang i rasa tak setuju dengan cara sesetengah ibu bapa besarkan anak mereka lantas menyedari, i siapa? Setiap anak adalah hak mutlak ibu bapa mereka dan mereka berhak tentukan how they raised. Tak kisahlah, sebab i pun soon akan bergelar mama dan i will decide macammana nak besarkan zuriat sendiri. I sendiri pun tak suka kalau orang menyibuk, eh apsal macam tu, patut didik anak macamni bla bla bla etc etc. Tapi sometimes bila i jalan jalan uptown danau kota misalnya, ada parents yang bawa baby kecil (kalau tak baby pun, mungkin anak dalam setahun ke bawah) guna stroller / kendong di bahu, kadang sampai tertidur tidur anak tu berselimutkan embun dan kesejukan malam. Dalam hati, i simpati dan i cakap pada diri, anak aku nanti harus ada limit time pukul berapa untuk bawa keluar dan tak boleh bawa keluar. Mungkin sebab i dah terbiasa dengan persekitaran lepas maghrib, baby sangat tak digalakkan untuk bawa keluar. Apatah lagi nak pergi tempat sesak macam pasar malam / uptown. I tengok mama i buat macamtu kat adik adik waktu diorang budak lagi. Dan kakak i pun dia biasakan anak anak dia tidur awal. I setuju sangat macam ni.


Lagi satu, bab kasi tidur baby. I suka tengok baby yang kepala dia bentuk bulat cantik. Tempurung kepala baby kan soft. So, kadang position kita kasi tidur juga mempengaruhi. I ada terbaca, flat shape syndrome sering terjadi pada bayi bayi. Kesimpulan i sendiri, mungkin disebabkan si ibu yang always always dan always kasi baby dia tidur terlentang. Maksud i takda tidur meniarap atau tidur mengiring kiri kanan. I tak taulah, benda ni i rasa macam harus sangat beri penekanan untuk bakal baby i. I berangan sangat nak tengok baby i practise angkat kepala sendiri, kasi otot leher dia kuat. So, kena beri dia tidur meniarap. Pengalaman i jaga baby, kalau kasi tidur meniarap kan, baby akan tidur lena. Lepas tu kan kalau dia terjaga, dia akan pusing kepala dia dari kiri ke kanan, atau dari kanan ke kiri sendiri pastu sambung tidur semula. Mencari keselesaan kononnya. Baby tidur meniarap ni satu jela, kena awasi sentiasa. Pengalaman i juga, baby yang selalu kasi baring terlentang, otot leher dia tak berapa kuat. So that bila kita dukung, kepala dia macam lembik. Posture badan dia pun nampak lain. Bila kasi dia meniarap, kepala dia macam selalu nak tersembam,  dia nampak uncomfortable sangat juga sebab leher dia tak kuat. Ni kisah benar ok. I cuma ambil pengajaran sebagai persediaan.






Since i memang spesis yang cintakan seni, i excited sangat tunggu anak besar sikit (dalam 3-4 years) supaya i dapat hadiahkan dia bukan kereta control, bukan video game, bukan barbie atau lain lain mainan yang mahal mahal. Tapi crayon dan pensil colour. I nak ajar dia melukis. Lagi satu i nak buatkan dia homemade play doh supaya otak dia aktif berkembang. I nak buatkan rumah kecil dari kotak terpakai. I nak buat flash card sendiri untuk dia kenal ABC dan 123. Sabar fyra, sabar *urut dada*. Ni kes terikut ikut dengan cara kakak i kat Dubai tula beri hiburan pada anak anak dia. Semua nak homemade, semua more to nature, semua pun benda yang meransang sel sel otak. No wonder anak anak dia semua bijaksana macam dia.






Homemade play doh

Kreatif betul

Hanya oreo



Sensory play for babies

(source gambar: Meet: Afzan Maria)


I cuma mahu jadi mama yang kreatif.



Thursday, January 9, 2014

Kronologi kehamilan (1 - 6 month)

Bulan pertama:

Waktu mula mula tahu pregnant dalam 4-5 weeks, macam eksyen sikit konon takda pun alahan apa apa. Minum susu dumil mama hari hari tak pernah skip. Excited katanya. Terus makan dijaga, pergerakan pun sama. Kandungan waktu ni fragile sangat. Kena extra hati hati contoh macam ibu jari kaki, jangan la kasi tersepak apa apa. Ibu jari ada kaitan dengan peranakkan tau. Nafsu makan waktu ni bertambah sangat, mujur bulan puasa!


Bulan kedua:

Masuk bulan kedua i surrender. I mengalami batuk berkahak yang agak teruk. Tekak rasa perit. I tak amik ubat batuk, tapi i makan fishermans friend untuk legakan tekak ni. Untuk batuk, i minum air kosong yang sangat banyak sampai ulang alik ke toilet dan urine i sentiasa jernih. Seluruh badan i mula lenguh lenguh especially pinggang dan tulang punggung.


Bulan ketiga:

I dah mula ngelat minum susu. Sebab susu masa tu dah tak sedap. Kalau minum pun, akan keluar balik sebijik macam air terjun. Tiap kali makan pulak, ada selera tapi lepas makan, masa nak gosok gigi, confirm keluar balik makanan. Badi betul kalau masuk toilet, nampak mangkuk jamban, loya bukan main. But, lepas i muntah, i dah ok. Takda la kata badan lembik tak bermaya. Kalau bab bau bauan i takda alahan apa apa. Bau tumisan di dapur ke, bau hubby ke, bau perfume ke, semua i ok. Waktu ni jugak pedih ulu hati mula melanda. Pedih ulu hati is tak best ok. Baring tak kena, nak sujud waktu solat tak kena, perut kosong pun tak kena. Makan pedas lagilah tak kena. Trimester pertama betul betul menduga.


Bulan keempat:

Masuk trimester kedua, alahan semakin hilang. Hoorayyy. Selera makan yes sangat bertambah. Waktu ni dah rilex sikit. Tapi kalau lama lama travel duduk dalam kereta, perut i rasa cramp, macam angin yang taknak keluar keluar. Sangat tak selesa. Mungkin sebab duduk lama, posisi tu kan agak menekan baby.


Bulan kelima:

Ha, mula dah i alami perubahan di seluruh badan. Kat pelipat pelipat naik line gelap. Leher dan dada naik tompok gelap juga. Ah tak kisah pun sebab pakai tudung. Perut i naik garisan lurus bermula dari atas perut sampai ke bawah pusat. Itu sebagai persediaan untuk perut meregang bagi menampung baby. Dan bulan ni lah i mula rasa gerakan halus baby i (waktu 20 weeks). Super best!


Bulan keenam:

I tunggu jugak kalau kalau kaki i akan bengkak macam kawan i lain yang preggy tapi so far takda pun. Tangan pun takda menggemuk, muka pun takda kecuali double chin bertambah sikit (ahaks). Kakak i cakap dia preggy dulu kaki tak bengkak, mama i pun. So i buat kesimpulan, ikut keturunan agaknya. Strechmark kat perut pun i takda. Alhamdulillah, banyak i rasa mudah sepanjang preggy ni walaupun sedikit tak selesa di awal kehamilan. Macam biasa, tagline i, mama rela apa sahaja. Ketidakselesaan itu mama anggap sebagai sesuatu yang manis dan indah. Kesimpulannya, segalanya indah. Takda satu pun yang menghampakan. Bulan ni jugaklah baby i sangat aktif menendang. I tak pernah rasa sunyi sekarang ni since ada teman berborak dalam rahim ni.

But, dulu i susah tidur petang. Bulan keenam ni, letak kepala kat bantal je, terus terlena. Memang i nampak macam kuat, sihat. Tapi orang mengandung ni, tubuh otot semua berkerja keras tau. Adakala memang akan rasa letih dan lemah. Jadi apa salahnya kalau terlena seketika. Tak payah la cakap, jangan banyak tidur nanti baby jadi malas, baby jadi besar. Malam malam waktu nak tidur yang kita susah nak lelap sebab baby bermain bola, kaki jadi tak selesa, susah nak bernafas sebab baby menekan, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, mereka tak tahu.

So far, sampai ke bulan keenam ni, tiap kali check up i akan bernafas lega bila semuanya ok. urine ok, hb ok (hb i maintain cantik dari awal lagi), tekanan darah ok, kedudukan baby ok (tuari nurse check, kepala baby kat bawah, so normal), uri pun ok. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Tapi, cuma satu masalah. Haritu minum air gula, bacaan agak tinggi juga walhal i takda pun history keluarga yang kencing manis. Mungkin silap i, siang sebelum i kena puasa tu i banyak makan koko crunch, minum susu coklat, minum air kotak teh bunga, biskut bergula lagi. Akibatnya i kena cucuk ambil darah empat kali untuk BSP (Blood sugar profile). I kata kat hubby, kite rasa kan sayang, kite kena kencing manis ni mesti sebab kite manis sangat kan? kan? Betul ke bohong? Ok bai


Bulan ketujuh:

Ho ho baru nak menginjak ke bulan ketujuh. So, to be continue.

Final trimester begin. Laf you baby!



Thursday, January 2, 2014

Jantina baby i

Jeng jeng jeng, gender baby i dah diketahui lepas i dan hubby pergi scan 3D itu hari (masa week 25). Mula mula i fikir, buat 2D je pun takpa, asalkan nampak gender cukup ler. Hubby berkeras nak 3D juga. So, dari scan tu i nampak bibird baby i. It's a boy! Walaupun dia kepit kaki dia masa tu, still nampak juga 'telurnya'.

I macam tak percaya bila doktor cakap, confirm boy. Sebab i dah ready kalau kalau doktor cakap it's a girl. Dari awal lagi i tak nak confident sangat baby tu boy supaya tak la kecewa sangat nanti kalau tak dapat boy. Tapi hubby i betul confident baby boy sebab dia kata tanda tanda pada i banyak tanda baby lelaki. Masa menunggu tu, i cakap pada hubby, 'sayang jangan kecewa tau kalau bukan baby boy'. Hubby i balas, takda apa pun yang nak dikecewakan kalau bukan boy sekalipun.

Ni lah baby i. Dia tengah tidur tau masa doktor nak mulakan ultrasound. Agaknya sebab ada lighting, dia terjaga pastu menguap. So comel one. Ada la 2-3 kali dia menguap. Lagi satu, masa nak capture muka dia, tali pusat ada kat depan muka baby, so kena alihkan dulu baru bole capture gambar. Doktor tekan tekan perut i, pujuk baby suruh alihkan tali pusat tu. Dan akhirnya,

 Hello our lil' boy!


 Hidung papa sangat ni


Baby's development


Heloooo sapa dalam tuuuu


Baby i sekarang ni takyah cakap la kan tendangan manja dia tu, sepanjang masa. Kecuali time dia tidur. Bahagia sangat bila perut bergerak gerak. Emotional sangat rasa. Betapa...

So, lega la mama ngan papa. Dah bole shopping barang mengikut tema. Sebelum ni kan, mama shopping baju kaler putih je. Selamat! Unisex! Baru beberapa set pakaian je sebab mama tak tahan sangat. 




Since papa dah dapat bonus ni bole la shopping lagi. Papa pun dah asingkan peruntukan untuk mama shopping. 

Mama sukaaaaa.


Friday, November 22, 2013

Baby's first kick

Helo helo! Moment yang i tunggu tunggu dah pun berlaku. I rasa baby i punya first kick sewaktu genap minggu ke 20 (means 5 bulan). Mungkin awal lagi sebenarnya dia start tendang tapi i yang baru perasan. Siang tu i busy buat cream puff, lewat petang pulak i busy masak untuk mama buka puasa. Dan, malam tu masa i sandar kat sofa tengok tv, i rasa something kat perut. Macam ada butterfly tapi macam bubble pun ya juga. Kadang macam berombak. Suspen ni suspen ni. I tunggu lagi sambil usap perut. I rasa lagi sekali dan lagi dan lagi. "Ha ambik kau, nak rasa sangat kan," kata baby barangkali.

Betul la, bila you busy memang susah nak perasan benda ni. Bila you baring, you akan ketara rasa tendangan halus ni. Aww comelnya comelnya tendangan baby. Terus i terbayang baby tendang macam ni,

Heeeyahhhh! Rasakan mama! 


Memang waktu 4 month i ada rasa getaran di bahagian perut. Tapi itu heartbeat baby sahaja. Cakap pasal heartbeat, laju woo and then bila you baring you akan rasa ada vibration di seluruh badan. Even you duduk pun, you akan rasa vibration juga. Tak semua orang akan rasa vibration ni. Alhamdulillah i dapat rasa. Petanda baby sedang bernafas dalam rahim you. Mau tak happy gila.

So sekarang, waktu subuh bila i celik mata, tangan i capai perut dulu. Usap usap perut dan baby i akan respon dengan tendangan halus itu. Nak suruh mama bangun solat subuh la tu. Ok, jom kita pergi solat subuh, i cakap pada baby.


Gambaran baby pada minggu ke 20


Half way to go, baby!


Memandangkan i jauh dengan hubby waktu ni, perkara ni yang paling nak sangat i bagitahu pada hubby, tapi......