Ahhhh ahhh i sangat teruja sebab i akan berjumpa dengan buah hati i jumaat sabtu ahad ni. Macam biasa lah, i akan cakap dah sepuluh tahun tak jumpa dia. Konon rindu sesangat sangat lah. Dia gelak je. Macam ni lah bila bercinta jarak jauh. Jarang-jarang dapat jumpa. Bila tak jumpa, rindu membara-bara. Ewah!
I sebenarnya kagum dengan diri i sendiri sebab 'boleh pun rupanya bercinta jauh-jauh'. Dulu i ingat i tak boleh. Awal-awal percintaan i dengan dia lagi i dah berjauhan dengan dia. Dan bila i ulang cakap "hmm jauhhhh dengan sayang.." pada dia, dia mesti akan balas "Ala, lepas ni kita kahwin dah tak jauh-jauh dah kan, dekat-dekat pulak kann". Baru lah i lega.
Kadang bila i cari gaduh, bila i rasa i nak menang juga, i akan remind dia; "berjauhan dengan sayang ni, kite kira pengorbanan kite buat sayang tau".
Sebab i berjauhan dan i setia. Mungkin pada gadis lain, bila bercinta jauh-jauh itulah tiket untuk cuba-cuba curang atau test market dengan orang lain. Tapi jujur, sepanjang hidup i ini kali pertama i betul punya setia tahap maksima. But, mungkin akan berubah dari masa ke semasa bila orang yang i setia tu tak setia pada i.
That's why, awal-awal i bagitahu pasangan i kalau nak buat sesuatu yang tak best belakang i, go ahead. Jangan kantoi sudah. Sebab bila dah kantoi, takkan ada peluang kedua dah. Memang, suspicious sentiasa ada dan benda ni yang selalu jadi punca pergaduhan i dengan dia. Lastly i kena marah sebab asyik-asyik fikir negatif. Ala, sukahati kite lah. Sayang sibuk je.
Sekarang, i nak penuhkan kotak fikiran i dengan wajah dia, fikir nak pakai baju apa untuk jumaat sabtu dan ahad ni, teruja nak beli petai dua ikat kat pasar malam hari rabu ni and i'm gonna make sambal petai udang to my lovely baby, muhd hussairi.
Mm dap! dap!