Friday, May 28, 2010

Luv it Luv it.

Sebagai penchenta haiwan, saye teringin sangat sangat sangat nak bela haiwan kat bawah ni. Yaa Racoon! Soooooooo cute kan.





Mana nak carik ha?

Perasaan yang menipu.

Macammana mudahnya kau bencikan seseorang, macam tu jugak mudahnya kau sukakan seseorang. Apa yang penting is kerjasama. Ok, tak kelakar. Apa yang penting is attraction. Kau tertarik pada dia sebab dia ada daya tarikan. Daya tarikan tu boleh jadi macam-macam. Kenapa ramai perempuan (termasuk aku) tergila-gilakan Fahrin Ahmad? Of cos sebab body dia tough selain dia memang dilahirkan kacak. Ok, malas la cakap pasal si Fahrin ni sebab dia memang dah serba serbi sempurna.

Kadang manusia ni mudah sangat tertarik pada benda yang tak nyata. Kadang dengan suara je kau dah boleh jatuh cinta. Kau chat tiga empat kali ngan si A, kau dah jatuh cinta. Kau berbalas-balas komen kat fesbuk, pun kau boleh jatuh cinta. Sebab tu aku cakap semua ni tak nyata melainkan kau lihat ngan mata kau sendiri, kau communicate ngan dia sambil mata kau bertemu mata dia.

Dan bila kau dah lalui camni, baru kau dikira berpijak di alam nyata dan perasaan kau tu pun makin terserlah kebenarannya.

Wednesday, May 26, 2010

Hati kau busuk tak?

Penah tak kau rasa menyampah kat someone padahal kau tak kenal pon dia. Tiba-tiba je wujud rasa tak suka kat hati kau kat dia. Tanpa sebab, tanpa alasan. Kejam kan? Kau judge dia tanpa kau kenali dia lagi. Itu normal sebab aku pon selalu camtu. Kalau-kalau nampak dia cam sombong sikit, secara automatik kau akan maki-maki dia. Tapi dalam hati lah.

Satu perkara yang paling aku takuti dari dulu sampai sekarang ialah bila orang tak suka kat aku. Tak kisah la dalam konteks classmate ke, housemate ke, even orang di sekeliling kau sekalipun. Er maksud aku, aku ngan sesama lelaki aku tak kisah. Ni dalam konteks sesama perempuan. Lagipun, mostly perempuan yang suka main busuk-busuk hati ni. Lelaki takde masa nak layan benda remeh-temeh camni. Yeah tu fakta yang aku sendiri harus akui.

Betul la..perempuan ni suka bertindak mengikut emosi. Sebab tu kuasa talak kat tangan lelaki. Aku rasa, kalau la kuasa talak tu ada kat tangan perempuan, dah berlambak-lambak dah lelaki yang 'janda' kat dunia nih.

Thursday, May 20, 2010

Mars and Venus.

Aku dah bosan dengan pepatah yang mengatakan bahawa cinta itu buta. Tak tau pulak yang cinta tu bermata. Kalau tak pun, ade accident yang membuatkan ia buta. Ok, maybe maksud kat sini cinta tu buta coz dia tak kenal harta, rupa paras, pangkat, darjat or whatever. Contoh terdekat, Kassim Selamat. Sebab cinta, dia buta. And dalam cerita Ibu Mertuaku sendiri dah menggambarkan betapa cinta tu buta sampai Sabariah sanggup tolak harta yang banyak tak hengat semata-mata demi abang Kassimnya. Kisah camtu pada aku dah tak releven dengan zaman moden yang serba canggih ni. Apa, ingat dengan cinta je kau dah boleh bahagia ke walaupun kehidupan kau ibarat kais pagi makan pagi? Berapa ramai pasangan yang bercerai berai akibat dari kewangan yang tak stabil? Oh i should make a research on this (tu tak termasuk kes artis yang kawen dato'-dato' sebab kewangan mereka yang sangatttttt stabil okeh).

Perempuan selalu dicop sebagai materialistik. Bila demand lebih sikit, mula lah dilabel sebagai itu, ini, dan bla bla bla. Kena lah faham. Perempuan nafsu 9. Termasuklah nafsu shopping, nafsu berbelanja benda yang ntahapehape, nafsu makan dan sebagainya. Sebab tu perempuan ni sangat complicated kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Lepas tu, bila ada perempuan yang single ataupun tak kawen-kawen even umur dah meningkat, lelaki akan cakap "memang la, maintenance tinggi sangat!". Kejam betul kan statement camtu.

Tiba-tiba teringat, someone pernah told me that perempuan ni suka dengan apa yang dia dapat and lelaki ni suka dengan apa yang dia lihat. Ok, for example dalam sesuatu hubungan, perempuan akan suka kalau pasangan dia always pay atention kat dia, romantik, bagi hadiah tu hadiah ni, belanja itu belanja ini. As long as apa yang dia dapat. Kontra dengan lelaki, mereka akan puas dengan apa yang mereka lihat. For example, cukup dengan pasangan dia pandai berhias, asalkan cantik pada pandangan mata dia. Apa yang dia lihat, dah cukup berbanding dengan apa yang dia dapat. Mungkin kebanyakkannya macam tu. Kalau ada yang tak agree pasal ni, sorry ok.

That's why men and women ni contra mentally and physically. Itu adalah supaya mereka saling lengkap-melengkapi and disebabkan itulah baru kenikmatan dunia dapat kau diperolehi.

p/s: nak sambung baca buku 'Men from Mars, Women from Venus'.

Friday, May 14, 2010

Dalam hati ada taman.

Macammana ntah tetiba je rasa macam nak layan lagu Safura; 'sedalam mana cintamu'.

Pastu,

Emosi mula la tak stabil. Mula la rasa resah, tak senang duduk. Mula la nak dengar ulang-ulang kali lagu tu (kesian safura kena nyanyi banyak-banyak kali untuk aku). Habis la, bila mood jiwang da menyelusup masuk kat sanubari, cerita-cerita lama yang dah basi and tak patut dikenang pun tertayang kat fikiran macam ada projektor.

Lagi sadis bila saat-saat macam ni, takde sape kat sisi. Takde orang untuk kita hantar sms nak cakap 'saye rindu awak'. Takde orang untuk caring pasal kita. Tak kisah la sama ada tanya da makan ke belum atau da mandi ke belum, kan. nak teringat kat sape pun tatau.

Pun sedih gak bila housemate semua keluar, tengok wayang ngan boyfren masing-masing. Masak untuk boyfren then picnic kat dataran berdua. So tinggal la sensorang kat rumah cam orang yang bosan.

Apa nak buat. It's not about memilih, cuma takde jatuh cinta kat sapa-sapa, buat masa ini. Itu faktanya.

Wednesday, May 12, 2010

Cukup!

Yeah, finally..
akhirnya sampai ke tahap ni.
Cepat benar masa berlalu.
Sedar-sedar masa dah pon sampai ke hujungnya.
I mean masa belajar.

I cant imagine camne alam pekerjaan nanti.
I just experience it ONCE..
Tu pun masa practical training time diploma dulu.
Yang aku tau, since tadika,
hidup aku cuma belajar belajar dan belajar.

Rasa takut nak berhadapan ngan semua tu.
Belajar benda baru, jumpa orang baru
and also praktikkan benda yang dah belajar.

Lepas dapat degree ni,
I'm gonna say bubye to belajar.
No master, apatah lagi PHD.
Cukup sampai sini.

Anyway, tetiba rasa cam baby baru lahir.

Monday, May 10, 2010

Fesbuk

Ada kekasih je, umum kat dunia via fesbuk. Terus tukar status 'in a relationship with....si polan.' Pastu kat profile picture tukar gambar ngan kekasih hati. Carik gambar yang paling cun and yang terpaling hensem. Eh mestila. Nak tayang kat kawan-kawan, mesti la yang the bes shoot kan. Ok, lepas tu lagi create satu album dengan pelbagai tajuk album yang kretif. He & She lah, Chenta hatiku, My Luv lah.. (jap, nak pi tengok lagi contoh-contoh tajuk album kat fesbuk kawan-kawan)..Ha, aku dan dia lah, My sunshine lah. Semuanya mostly ada MY MY. Yelah, Yours..ok? Gila bersemangat. Tak sabar nak bagitau kawan-kawan yang kau dah in a relationship. Harus lah bagitau. Tu menunjukan bahawa kau laku, macam goreng pisang panas. Kat status pulak, pon kreatif jiwang and tangkap leleh punya status. Kalau pasangan kau baca status tu, bole la hati dia berbunga riang. Bole la nak senyum sampai ke telinga.

Ok la tu, maksudnya kau nak kongsi kebahagiaan kau dengan orang lain. Mungkin ada orang yang akan bahagia dengan hanya melihat kau bahagia. Kan?

p/s: tetiba terpk, nanti bila dah ader boyfren, tajuk album ngan dia nak buh nama apa ye? ahaks!!

Thursday, May 6, 2010

Kau dan kekasih kau

Kau ingat tak sewaktu kau mula-mula dilamun cinta dulu? Hebatkan perasaan tu. Everyday u feels like ur life was full of love, full of romance. Rasa gila bersemangat kan nak hidup. Kalau bangun pagi-pagi tu, first thing yang kau buat mesti tengok handphone. Kot-kot la ada message 'gud morning'. Kalau tak pon, kau yang akan wish kat dia. Pastu, kalau kau yang dapat message dulu, terus senyum terukir kat bibir kau walaupun air liur basi bersepah kat tepi bibir.

Tapi tu masa mula-mula awal becinta je. Paling kurang pon, kalau bertahan sampai 6 bulan tu dah kira hebat la. Time tu ada je idea nak type kat sms, ada je idea nak reply. Pas da lama-lama sikit, eh lama-lama banyak, benda tu makin menjadi hambar dan hambar. Konon-kononnya dah takde idea nak type ape. Yelah dah macam-macam sangat berkongsi kot. Kau pon dah kenal dia sedalam-dalamnya. (dalam mana, ha..itu aku tatau)

Masa kau baru mula-mula bercinta dulu lain. Kau tak kenal pon dia sangat. Yang kau tau, kau jatoh cinta kat dia dari segi luaran. Tak kisah la sebab dia kacak ke, sebab dia lawa ke, baik ke, funny ke, kan. Sebab tu la kekasih kau sekarang ni, dulu kau tak kenal sangat pon. Kau kena slowly faham dia walaupon kadang-kadang kau akan compare yang dulu dan yang lama. That's normal. Sebab benda-benda baik yang orang wat kat kita memang kita akan ingat. Sebab tulah kita harus buat baik pada orang lain.

Bila relationship kau makin lama makin panjang usia dia, passion tu pon makin menghilang. Kau mula nak terokai yang baru and rasai pengalaman baru. Paling jahat pon, kau dah jumpa orang baru. Pastu layanan kau pada kekasih pon dah baru. Dah tak macam mula-mula kau dan dia bercinta. Oh this is not good okeh!

Tapi, kalau love life kau dan kekasih kau banyak surut dari pasang, ataupun asyik surut-surut je tak pasang-pasang, and kau buat keputusan nak babai dengan kekasih kau, baik kau pk lapan belas kali. Kau harus cari kat mana silapnya. Kalau semata-mata putus sebab 3rd person, rugila. Sebab kau akan gigit jari tengok 3rd person tu menjalin kasih ngan kekasih kau. Eh bekas kekasih kau. Sebab tu lebih baik putus sebab dah tak understanding daripada putus sebab 3rd person!

Oh i HATE 3rd person. Tak kisah la walaupun 3rd person dalam drama tv sekalipun.