Saturday, February 15, 2014

Persiapan barang baby dan mommy

Dengan kandungan yang almost masuk 8 bulan ni, sepatutnya barang barang baby semuanya dah ready, dah siap dicuci, dah dipacking ke dalam beg masing masing (beg i dan beg baby).  Tapi baju baby i belum basuh lagi memandangkan semuanya ada di rumah mertua di Kuantan walhal i berada di Trengganu. Asyik teringat teringat je pada barang baby, sebab takut juga in case terbersalin awal ke (hopefully tak la), maunya kelam kabut.

Barang baby yang kecil kecil macam set mandian, pampers, minyak telon, ketip kuku, cotton buds dan lain lain pun i tak cari lagi. Hujung bulan ni baru ingat nak cari sampai settle semuanya. Termasuk barang i sekali.

Berikut adalah senarai yang perlu ada semasa proses bersalin nanti, supaya i tak lupa dan sebagai rujukan pada hubby juga,

Ibu:

1) Buku pink
2) Kad pengenalan
3) Handphone
4) Baju / Blouse - 5 helai
5) Stokin - 2 pasang
6) Kain batik / Skirt labuh - 3 helai
7) Pakaian dalam - 5 pasang
8) Tudung - 2 helai
9) Alat mandian
10) Towel
11) Maternity pad - 1 kotak
12) Towel muka
13) Selipar
14) Air selusuh / Air zamzam
15) Minyk angin
16) Makanan & minuman
17) Termos air panas
18) Beg plastik
19) Baju sejuk
20) Sikat
21) Breast pad - 4
22) Nursing bra - 4


Baby:

1) Lampin pakai buang - 5 helai
2) Baju - 3 pasang
3) Minyak telon
4) Baby wipes
5) Towel mandi
6) Mitten & booties - 4 pasang
7) Alat mandian
8) Selimut / bedung
9) Barut - 5 helai
10) Topi


Tak sabar nak packing semua dan menunggu masanya tiba!

P/s: perancangan terbaru, ingat nak bersalin di Hosp Sg Buloh memandangkan dekat dengan rumah parents i dan orang kata situ okayyyyy juga. Tengoklah macammana :-)



Thursday, February 13, 2014

Sedikit fakta tentang pergerakan baby

Harini i nak story pasal tendangan / pergerakan / karate kicks baby! Sebab dalam pregnancy, saat merasai pergerakan baby adalah yang paling terindah. Rasa macam magic bila you lihat perut you bergerak sendiri.

Berikut adalah beberapa fakta tentang pergerakan baby dari pengalaman i sendiri. Mungkin tak sama dengan orang lain coz lain orang lain pengalaman kan.

1) Masa kandungan i 18 - 19 minggu, i tak rasa lagi pergerakan dia but i mula rasa getaran yang maha hebat di perut i. Tiap kali baring, i rasa badan bergetar. I fikir, itu mesti baby punya heartbeat. Kuat woo heartbeat dia. Bila baring mengiring, rasa vibration tu macam handphone yang you vibratekan pastu letak bawah perut you. In fact, i ada try taruk botol ubat yang kecil kat perut, dan botol tu pun turut bergegar sama. Perasaan masa tu happy sangat, sebab you tau baby you sedang bernafas dalam rahim you walaupun hanya getaran yang you rasakan.

2) Minggu ke 20 kehamilan (5 bulan), i start rasa pergerakan halus. Tapi i cuma rasa bila i duduk rehat diam diam. Kalau masa tengah buat kerja, takkan rasa. I syak mesti pergerakan baby ni. I tunggu tunggu dan i rasa lagi. Rasa dia macam ada angin dalam perut. Orang selalu kata macam ada butterfly dalam perut. Mungkin jugak kot.

3) Seminggu lepas tu, minggu ke 21, tendangan dia semakin kuat. Happy takyah cakap la kan. Setiap saat i nantikan pergerakan dia. Baby i banyak kasi tendangan belah kiri. Orang selalu cakap kalau banyak pergerakan belah kiri, baby girl. Kalau belah kanan, baby boy. Tapi i tak percaya pun sebab ada jugak orang yang berpengalaman sebaliknya.

4) Bulan keenam kehamilan, pergerakan dia haruslah lebih kerap tapi belum lagi sampai tahap perut you berombak tsunami. Dan pergerakan baby pun tak perlu untuk you catat lagi dalam buku pink. Kadang masa tengah masak tengah makan pun boleh rasa. Tapi bila i duduk diam rehat, lagi best nak rasa sebab masa buat kerja, kadang kadang tak perasan pun pergerakan dia.

5) Masuk 7 bulan, perut i mula senget senget. Baby at this time sangat aktif! Kerja i hari hari cuba untuk record pergerakan baby. Tapi selalunya bila i nak record, saja je buat buat tak aktif. Agak mencabar jugak la. Pandai ye baby sakat mommy.

6) Masa 7 bulan juga, kat perut i akan timbul bonjol bila baby bergerak. Bila rasa dengan tangan, dapat rasa bonjolan itu. Lutut dia agaknya. Geram aihhh mama, rasa nak gigit sangat.

7) Bila baby mula pandai buat pergerakan, i rasakan macam ianya satu hiburan. Bila i boring contoh macam time hubby pergi kerja ke, baby selalu teman i. Dia tahu, dengan pergerakan dia saja akan buat i happy. Lagi satu, bila baby diam je (tidur la tu), i saja goncangkan perut i atau tekan perlahan dan baby akan kasi respon. Mesti dia bengang i kacau tidur dia. "Baby bangun laa, mama boring ni".

8) Bila baby aktif bergerak, i tarik cepat cepat tangan hubby letak kat perut. Baby terus stop gerak. I cakap pada baby, "baby gerak la, ni papa ni". Nanti dia gerak balik. Kena lah biasakan dengan sentuhan papa dia juga, asyik mama jeee. Papa dia kata apa, "tak nak gerak ni, takut ngan papa ke?".

9) Bila kandungan dah semakin besar ni, kan ke posisi tidur cuma ada dua pilihan. Mengiring ke kiri atau ke kanan. So, tiap kali i mengiring, baby pun akan ikut mengiring. Dia akan berat ke arah tidur kita. Nampak la perut akan jadi senget. Lepas tu i rasa geli. Rasa macam bubble bubble yang terbang lepas tu dia 'pop'! Geli..betul geli.

10) Kalau i dan hubby tengok wayang, baby akan gerakkkkkk tak henti. I suspek mesti sebab bising sangat, so baby cant sleep. Heee sorry baby! Kalau cerita bosan, i layan tendangan baby je sambil pejam mata dan nyaris tertidur dalam wayang.

11) Baby normally gerak aktif juga selepas i  makan atau minum. Lagi lagi kalau dapat makan ayam, favourite mama dia.

12) Dengan kandungan yang hampir masuk 8 bulan ni, tendangan baby kadang sampai rasa nak terkencing. Dia tendang pundi kencing i ke hape agaknya.

13) Time nak tidur malam juga adalah waktu dia akan aktif. Waktu siang i berjaga ni, kerap pulak dia tidur. I mean tak seaktif waktu malam. Agaknya dia nak biasakan i untuk berjaga malam ni. Betul ke bohong, baby?

14) I sanggup untuk tahan mengantuk dan tak tidur demi melihat perut i bergerak waktu baby i aktif. I usap usap perut sampai lah i tertidur sendiri.

15) Masa i tengah taip posting ni, adalah sambil ditemani perut yang senget kejap ke kanan kejap ke kiri. Baby teman i mengupdate blog ni. Thank you baby.

16) Di bawah ni, sedikit pergerakan yang i sempat rakam. Itu pun sekejap je dapat.


video


video

17) Yang pasti, i akan merindui saat saat indah ini.


Saturday, February 8, 2014

Minggu ke 32 dahh

Since kandungan i dah memasuki minggu ke 32 ni, i mula rasa nervous. Mana taknya, kawan i punya wife ada dua orang lahirkan baby pada usia 32 dan 33 minggu. Sorang anak nombor dua, sorang nombor 3. Benda ni agak baru pada i memandangkan ni first baby dan i tak banyak info pasal kelahiran bayi pramatang. Dengan situasi i yang sedang sarat hamil (sarat la sangat) dan tertanya tanya bila baby i akan keluar, i kena ambil tahu pasal ni.

Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 37 lazimnya dikategorikan sebagai bayi pramatang. Kelahiran pramatang membuatkan bayi kurang masa untuk membesar di dalam rahim ibu sebelum menyesuaikan diri di luar rahim. Bayi pramatang terutamanya bagi mereka yang dilahirkan terlalu awal selalunya mempunyai komplikasi kesihatan bergantung pada berapa awal bayi dilahirkan. 

Pramatang: Minggu ke 34 - 37 kehamilan
Sangat pramatang: Kurang dari minggu ke 32 kehamilan
Terlalu awal pramatang: Kurang dari minggu ke 25 kehamilan

Yang i faham, waktu ni sistem imune dan organ organ bayi masih belum matang walaupun sudah sempurna tercipta. Berbalik pada kawan i, dia terpaksa berpisah sementara dengan baby dia sebab baby tu masih perlu berada di bawah pengawasan doktor dan diletakkan dalam inkubator. Kalau i kat tempat mereka, mesti i sedih sangat tak dapat peluk bayi i dan susukan dia. 


Pengantin baru 11 bulan 


Berbalik pada baby i pulak, wah! sangat aktif itu baby! Kadang kadang i rasa ada part yang baby i mengeras, tapi tak sakit. I cuma usap usap lembut kasi baby i relax semula (cewahh). Kadang waktu i tengah relax, tiba tiba pulak dia kasi tendangan padu, tanjat mama tawww. Bonjol bonjol perut i, entah siku ke lutut ke bahu ke atau montot dia ke. Geli pun ya tapi yang pasti takda rasa sakit langsung. Berbunga bunga lagi ada. I tertanya tanya, apalah yang baby i tengah buat kat dalam rahim ni sebenarnya. 

Dan kebahagiaan adalah apabila hubby mengusap lembut perut, cakap cakap dengan baby, baby pun kasi respon, you pandang hubby, hubby pandang you dan both of u laughing together. Rasa macam tak mahu saat tu berlalu. Ini adalah kebahagiaan yang sebenar dan kemuncak kebahagiaan ini bila tangisan pertama bayi you, you dengari.

Dalam usia kandungan menghampiri lapan bulan ni, macam biasa, kencing makin kerap. Cincin kahwin dan tunang dah tak muat. Baju yang dulu longgar tiba tiba jadi sendat. Nak sarung skirt labuh terkandas sampai peha je, takda dah ruang nak sarung sampai atas. I selalu rasa panas. Kaki tak membengkak, perut takda stretchmark. Pedih ulu hati kadang kadang. kaki tangan mudah kebas. Sakit pinggang sakit belakang sikit sikit.


Minggu ke 31


Barang baby ada sikit lagi i nak cari dan paling tak sabar nak basuh baju baby wangi wangi dan lipat dengan penuh kasih sayang susun dalam almari. Tiap kali tengok baju baby i rasa nak gigit baju tu sebab baju tu kecik dan comel sangat. 

Hope minggu ke 38-40 baby ready untuk jumpa mama dan papa. Tinggal 60 hari je lagi mama ada teman seerat dan serapat ni. 

Ok, mama dah mula emo. Bai