Monday, June 16, 2014

Fobia berpantang

Eceh kemain nama tajuk. Selalu orang cakap fobia bersalin tapi i terbalik. Memang, memang masa bersalin tu rasa fobia kejap (konon 5 tahun lagi baru next baby). Lepas tu dah rindu balik perut boyot. Tapi ni nak story pasal berpantang yang makan masa 44 hari tu. Tempoh 44 hari rasa macam 444 hari.

Walaupun orang berpantang dilayan bagai puteri (i mean takyah masak, takyah basuh baju, takyah mandikan baby, takyah mandi air sejuk, dsb), tapi tetap tak seronok. Satunya sebab hubby takda (kena la work pulak, takleh cuti lelama), jauh pulak tu!

Yang tak best, kena bangun awal awal bertungku. Tauuuuu bertungku penting. Tapi letih la, myb sebab bertungku sendiri kan (orang lain bakar). Dah la malam tu tak dapat tidur, sedar sedar eh dah azan? Bertungku sambil mata pejam lalu terlelap.

Lepas bertungku, kena berbarut pulak. Ketat ok demi pinggang yang ramping dan perut yang tak buncit. Ok la fine la, tapi i ngelat jugak. Lepas lunch i bukak barut letak belakang pintu. Tak selesa nak bergerak (kalau la mil tahu). Nakal menantu dia ni.

walaupun breakfast lunch dinner makanan dihantar ke bilik, menunya hari hari tetap sama. Masa tu i dah rindukan ayam goreng, rindu nak makan buah mangga, rindu mekdi (ah mengada) dan sebagainya.

The tak best part i takleh nak aktif. I takleh nak jalan laju (tapi mil cakap i jalan laju gak). I jenis manusia yang buat semua benda nak pantas nak cepat. So bila berpantang semua kena slow slow i stress! I tak sabar sabar nak balik ke pangkuan suami di mana i boleh jaga sendiri baby i dan uruskan suami. Perasaan rindukan suami masa tu betul betul membunuh. Tapi i kuatkan semangat demi baby. Nanti kalau i stress susu kurang pulak. Tak pun karang meroyan atau bentan.

Mahu tak mahu i kena ikut apa yang termaktub buat ibu berpantang demi kesihatan i. Demi kesejahteraan rahim juga keharmonian keluarga. Kalau pantang bebetul, i sihat baru boleh take care keluarga kan.

Fobia yang sangat fobia adalah bila nak buang air besar pertama selepas bersalin (i know ia nampak geli tapi ni realiti). Memang gila sembelit la plus rasa takut akan jahitan takut terbetas kan. Hmmm scary plak rasa bila diingat ingat semula.

Apapun, satu i bersyukur kena berpantang selepas kelahiran normal. I dapat tahu kalau bersalin czer lagi berganda siksanya. Semoga kelahiran zuriat suami i seterusnya juga i dapat bersalin normal.

Now i'm free! Dah lebih seratus hari!


0 - 3 bulan Farhad

Lama rasa tak update blog. Farhad pun dah lebih 100 hari (110 hari). Ini bermakna tempoh bepantang 100 hariku dah selesai, alhamdulillah. Kehidupan juga macam biasa, seperti ibu ibu lain yang sibuk menguruskan anak dan suami. Farhad dah tiga bulan setengah tau. Mama happy sangat tengok Farhad membesar. Sekarang Farhad pandai senyum + ketawa bila diagah. Tendangan farhad pun kuat. Paling best Farhad dah pandai sembang. Mama suka sangat sembang dengan Farhad. Mama cakap apa saja mesti Farhad respon. Hobi Farhad hisap jari (hisap penumbuk actually). Hisap jari tu sampai bunyi slurp slurp, pastu mesti papa tegur, amboi sedap sangat ke tu?

Setiap perkembangan Farhad adalah perkara istimewa buat mama dan papa. Kadang tak ingat bila Farhad start pandai tu pandai ni. Mama cuba nak catat tapi langkah terbaik adalah abadikan dalam blog ini supaya ia tetap kekal sehingga Farhad dewasa nanti.

0 - 1 bulan
Waktu ni mama betul mata panda. Tempoh berpantang betul betul sukar bagi mama lagi lagi without papa yang kena work lepas cuti maternity dah habis. Mama tak dapat tidur walaupun sewaktu Farhad tidur lena sebab mama fikir, nanti kalau Farhad nangis nak susu camne? Farhad muntah waktu mama tidur camne? Farhad nangis tak selesa sebab pampers penuh camne? walhal sebelum mama nak tidur mama tukar pampers Farhad, bagi susu, bedung, letak kelambu, still mama masih sukar tidur. Lebih rela tengok Farhad tidur lena dan tersedia untuk Farhad sepanjang masa. Sebab waktu ni Farhad kerap terkejut lalu menangis yang rupanya Farhad nak muntah. So setiap kali Farhad menangis tiba tiba masa tidur mama akan standby kain dan tinggikan kepala Farhad. Mesti Farhad akan jeluak. Mesti punya. Farhad tak sedap tekak mama rasa. Memang boleh kira singkat sangat waktu tidur mama. Takde langsung istilah tidur yang berkualiti. Bangun pagi lepas subuh dah kena bertungku, mandi air panas, berbarut, breakfast. Kadang mama curi curi tidur waktu lepas makan tengahari. Tu pun sekejap sangat tapi dah rasa nikmat gila.


1 - 2 bulan
Masa ni Farhad dah makin berisi sikit. Pipi dah mula nampak gebu. Dekat masuk 2 bulan, mama ajar Farhad tidur tiarap dan Farhad akan tidur dengan lena. Farhad pun mula practise angkat kepala, pusing ke kiri dan kanan. Misi mama berjaya.

Kalau sebelum ni Farhad tak pandai fokus lagi, masuk 2 bulan Farhad dah pandai tengok mama masa menyusu. Tengok dan fokus pada benda depan mata kalau mama gerakkannya. Tapi sembang tak pandai lagi. The saddest part masa cucuk dua bulan Farhad demam sikit. So tak aktif sangat. Mama keep on bagi susu badan banyak banyak sebab mama tak mau kasi ubat demam yang nurse provide.

2 - 3 bulan
Farhad dah pandai ketawa. Tidur waktu malam lenaaaa (mama pun), Bangun cuma mintak susu je. Masa ni jugak langsung Farhad tak nak dibedung. Lepas tu pandai main air liur, buat bubble bubble. Dan kerapppp muntah. Tak main dah jeluak sikit sikit, mesti banyak terus. Mama mandi muntah Farhad dah tak terkira banyaknya. Cucuk 3 bulan Farhad tak demam, ahamdulillah. And the best part Farhad good boy sangat tau. Papa bawak pergi mana pun Farhad tak meragam. Farhad lasak macam papa ni (ke mama?).











Thank you Farhad sebab menceriakan hidup mama dan papa.



Monday, May 5, 2014

Anak mama dah botak

Sehari sebelum Farhad kena cucuk dua bulan, papa botakkan kepala Farhad. Tu pun selepas berkali kali mama desak. Sebab mama tak sabar sabar nak tengok camne lah ghupa anak mama bila botak. Lagi satu senang, mama takyah nak syampu rambut Farhad hari hari dah.

Nak cukur awal awal, tak berani sebab Farhad masa tu kecik sangat lagi. Lepas tu ingatkan nak tunggu majlis aqiqah dan cukur jambul Farhad, tapi dah majlis postponed, papa pun postponed cukur rambut Farhad. Now dah dua bulan, Farhad dah debab, berani sikit nak cukur kasi botak. Anak sulung kan, takda pengalaman.

Mula tu sayang jugak nak botakkan sebab rambut Farhad cantik. Cacak cacak macam pergi salon youu. Kalah model brylcreem. Masa Farhad baru lahir, rambut kan basah lagi, so tak nampak cacak tu. Lepas lepas tu, fuyoh rambut cacak rupanya. Anak papa sangat nih!


Sebelum:
(rambut baru lahir)




Sebelum Farhad dibotakkan, papa gunting dulu rambut Farhad kasi rata supaya senang nak cukur. Macam ni,

(amboi gaya tidur, kemain)

Mencabar jugak masa nak botakkan Farhad. Macam macam posisi mama pegang Farhad. Sambil menyusu pun ada. Payah sebab tangan dan kaki Farhad gerak gerak. Last last mama bedung dan Farhad pun meraung (Farhad tak suka betul dibedung). Meraung meraung pun, sesi bercukur tetap berlansung.





 Selepas:








Maka bertambahlah panggilan papa kepada Farhad iaitu 'Debab Botak'.
Sabar jelah mama tawww.


Friday, April 25, 2014

Kehidupan selepas bertiga

Dengan hadirnya Farhad dalam kehidupan rumahtangga kami berdua, sememangnya kehidupan yang dahulunya berdua, berubah serta merta.

Di bawah i senaraikan perbezaan yang dialami sejak hadirnya Farhad dalam hidup kami. Dan senarai ini akan berubah dan bertambah selari dengan usia Farhad yang semakin menginjak nanti.

Ini apa yang berlaku pada i, dari pengalaman i yang baru bermula.

  1. Bertambah ceria dan bahagia semestinya dengan adanya dua hero dalam hidup i. Since bujang lagi i sangat idamkan anak lelaki. So, i rasa hidup i complete.
  2. Bertambahnya cinta suami sebab lahirkan zuriat dia. Kihkih (perasan je).
  3. Kurang tidur. Betul betul kurang tidur tapi rasa cergas je walau duk menguap sepanjang masa. Dapat curi tidur sekejap pun rasa nikmat gila (tapi bila pandang muka anak, tak tidur pun tak apa)
  4. Since Farhad kecik lagi ni, terpaksalah lupakan cerita cerita terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. 
  5. Tak boleh sukahati nak keluar rumah anytime. Waktu maghrib dan malam sangat sangat tak digalakkan. Ada baby kecik kannn.
  6. Jadual i bertambah padat. Nak uruskan suami lagi, anak lagi.
  7. Tiap tiap bulan ada temujanji di klinik ibu dan anak, untuk suntikan.
  8. Ada anak ni memang most of the time buat kita happy. Tapi cuba bila anak tak sihat? Sedih tak ingat wa cakap lu.
  9. Beli barang anak melebihi barang keperluan sendiri. 
  10. Perbelanjaan bertambah terutama susu dan pampers (mujur susu tak payah beli). Lagi lagi baby kecik, dia kerap kencing berak, so pampers cepat habis.
  11. Waktu malam, tiap jam kena bangun beri susu dan check pampers.
  12. Tak boleh bantai sukahati nak makan minum macam dulu, sebab sedang breastfeed, takut efek anak.
  13. Tangisan anak adalah alarm yang paling berkesan. Terus terjaga dan bangun tanpa berfikir panjang.
  14. Bertambah tambah tambah sensitif dengan berita pembuangan bayi, dera anak sebab dah rasa betapa susahnya mengandung dan bersalin.
  15. Dapat lihat adanya kerjasama antara suami isteri dalam menguruskan anak. Syukur suami banyak membantu.
  16. I punyalah jadi sensitif sampai nangis tiap kali tengok anak kena cucuk. Anak nangis, i pun nangis.
  17. Dapat cium baby sukahati banyak banyak kali sebab baby sendiri. Bau masam baby sendiri adalah paling wangi.
  18. Mula berangan nanti Farhad besar nak jadi apa. Papa dia nak sangat Farhad jadi pemain bolasepak ternama (mama nak Farhad jadi kapten, macam papa)
  19. Hari hari belajar jadi ibu. Melalui pembacaan dan melalui pengalaman orang lain yang dikongsikan.
  20. Mengajar kita jadi cekal, tabah, sabar dan bersyukur. Tak semua orang dikurniakan zuriat. Jadi bila dah dikurniakan zuriat, apasal nak mengeluh?


Kesayangan mama dunia akhirat


Dua lelaki aku sayang


Three of us


Mama & Farhad


Kepada Papa dan Farhad,

Walaupun kita hidup sederhana tapi mahligai kita sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan ria. Semoga kita akan selalu dekat bersama selamanya, sampai syurga. 

-Mama-
Pangkalan Udara Gong Kedak



Wednesday, April 23, 2014

Farhad dah debab

Harini my baby dah genap 55 hari. Tak sangka, cepat betul dia membesar. Sedar sedar pampers dah tak muat, sedar sedar baju yang dulu padanya besar now dah padan. Haritu pergi appointment kat Hospital Universiti Sains Malaysia tempat Farhad lahir untuk check up, berat Farhad kan,

4.5kg! Doktor pun cakap wow, membesar dengan gilang gemilang.
Berat Farhad masa lahir 2.04kg je (Farhad lahir awal minggu 35). Masa sebulan, 3.3kg. Agaknya masa kena cucuk dua bulan nanti, berapalah agaknya berat anak mama ni.

Alhamdulillah, semuanya sebab breastfeeding. Happy sangat dapat susukan Farhad sejak dari dia lahir dan insyaAllah akan diteruskan sampai Farhad 6 bulan, dan seterusnya (kalau Farhad tak dapat adik lagi) sampai lah ke 2 tahun.

Cakap pasal brastfeeding, dari mula susu i memang meriah. Sekarang sampai memancut mancut. Kadang sebab susu laju sangat, terbatuk batuk Farhad menelan. Tapi, sebelum Farhad lahir, i risau sangat kalau susu i sikit, tak dapat nak susukan dia sepenuhnya. Pastu i ingat cakap nurse, semua ini adalah mindset kita. Set kan pada diri kita bahawa susu kita pasti akan banyak, mesti boleh susukan baby sepenuhnya tanpa perlukan susu tepung. Pokoknya, harus jangan stress. Stress sangat bahaya sebab boleh ganggu pengurangan susu. Orang kata la.

Masa baru baru dapat Farhad, i pun tak terkecuali didugai dengan bengkak susu kemudian nipple melecet. Dua dua perkara ni sakit especially yang nipple sakit tu. Orang jugak kata kalau nipple sakit, lumurkan balik dengan air susu kita. Berkesan. Yang nipple sakit tu memang betul sakit, kadang sampai menitik air mata tahan sakit bila baby start hisapan dia. Takpe, demi Farhad mama rela.

Sekarang, setiap kali baby kenyang dan dapat tidur lena adalah perkara sangat membahagiakan. Waktu malam, bangun tiap tiap jam untuk susukan dia pun tak apa walau mata mengantuk gila. Kadang sampai tertidur i dibuatnya. Lagi pulak baby boy, lagi kuat menyusu dia.














Debab kan Farhad? Papa dia sekarang duk panggil Farhad budak debab. Beza banyak dari mula lahir dulu. Masa tu Farhad kecik je sampai mama tertanya, boleh ke anak mama ni jadi debab. Orang sekeliling semua motivate i cakap boleh, dengan susu ibu mesti boleh. See, terbukti.




12 days old: halus je anak mama masa ni


Farhad dahulu bukan Farhad yang sekarang. Terima kasih Allah di atas anugerah susu ibu ini. Semoga Farhad terus membesar dengan susu mama.


Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman bersalin minggu 35

I nak cerita tentang pengalaman bersalin yang jarang jarang berlaku (tak cukup bulan). I bersalinkan Farhad sewaktu kandungan berusia 35 minggu. Semuanya bermula dengan ketuban i yang leaking secara tiba tiba.

23 Feb 2014 (ahad)
7:45am
Pangkalan Udara Gong Kedak

I tersedar dari tidur apabila i rasa ada cecair keluar dari saluran kencing. Cecair tu keluar laju dan banyak. Dalam hati i waktu tu, confirm ni bukan kencing. Confirm ni ketuban! I kejut husband di sebelah. Lepastu i berlari masuk bilik air, semakin banyak air keluar. Cairan yang jernih dan tidak berbau.


Hospital Besut

 First time naik ambulans 

Siap siap mandi, husband cepat cepat bawak ke Hospital Besut. Pergi ke kaunter kecemasan, i inform ketuban i leaking (waktu tu minggu ke 34). Staff tu suruh i pergi ke wad bersalin. Sampai wad bersalin, nurse ambil urine dan check denyutan jantung baby. Nurse cakap minggu ke 34 dah boleh bersalin dah ni, terus i dapat suntikan untuk matangkan paru paru baby, kat montot. Sakit sangat wa cakap lu. Tapi mujur sakit dia tak berpanjangan. Doktor seluk bawah check bukaan, baru 1 cm.

Then nurse cakap i akan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Memang confirm i kena tahan kat wad sana. I tak bawak apa apa barang pun kecuali handbag dan buku pink tu saja. Nurse suruh husband i follow dari belakang. Tapi husband balik dulu ambil baju i, charger phone semua dulu.

Dalam ambulans, ada sorang akak yang terbaring sedang mengerang kesakitan nak bersalin. I cuak plus simpati dengan akak tersebut. Haritu first time i naik ambulans dan ianya sangat laju tapi seronok woo sebab bole langgar lampu isyarat dan kenderaan lain kena kasi laluan.


HUSM
First time kena tahan wad



Berkampung kat spital

 TQ darling husband for always being there

I dibawa ke wad bersalin. Doktor taruk alat untuk dengar jantung baby dan juga check bukaan. Time ni air ketuban tak henti henti mengalir sampai basah skirt i. I tak tau kenapa ketuban boleh leaking walhal i waktu tu sihat walafiat, takda demam, batuk, seselma semua. Mungkin sebab infection apa apa yang tidak i ketahui.

Haritu jugak i ditahan di wad sehinggalah ke satu tempoh yang i tak tahu. Hari hari doktor tanya ada deman tak, ada sakit contraction tak, air ketuban di pad ada tukar warna tak. I cuma berharap doktor kasi i pulang segera. Tapi malangnya tak. Hari hari jugak kena ambil darah, kena check jantung baby, kena makan antibiotik, kena tukar pad sebab ketuban makin banyak pulak keluar.

Hari hari jugak berdoa semoga bayi i baik baik saja di dalam dengan ketuban yang semakin berkurang.


26 Feb 2014

Beberapa minit sebelum ke labor room


Hari keempat di situ i mula rasa contraction yang sekejap sekejap tu. Ketuban di pad, i mula perasan ada kaler hijau hijau yang bermakna baby sudah berak dalam perut. Doktor kata baby i dah stress dan i harus bersalin segera. Doktor check bukaan, dah 4cm dan i kena siap siap untuk pergi labor room.

Kira kira pukul 10 malam, i ke labor room dengan debaran yang tak terkata. Sampai bilik i terus baring di katil, macam biasa nurse letak alat di perut untuk dengar jantung baby. Sumpah i tak tau rupanya i akan bersalin di bilik tu. I ingatkan nak dengar jantung baby je. Sebab bilik tu tak nampak macam bilik bersalin pun dan tak seperti bilik bersalin yang i bayangkan. Ada nurse masuk dia tulis tulis something kat dokumen. Lepas tu dia masukkan air melalui jarum ke badan i. I ingat air biasa, rupanya ubat air dan i telah diinduce!

Mula mula tak rasa sakit lagi cuma sakit contraction yang lima minit lima minit tu je. Lepas lebih kurang satu jam, i mula rasa sakit yang teramat di mana ubat tu dah mula nak buka rahim i. Tapi sakit hilang sekejap lepas tu datang semula. Ditambah dengan alat yang diletakkan atas perut tu lagi. Berat tau alat tu plus tengah sakit gila. I cuma mampu genggam tangan husband sambil dia baca doa sakit bersalin. Serius sakit gila contraction tu macam period pain tapi super duper berganda. Time tu i rasa nak cabut je jarum kat tangan i dan lari keluar sebab sakit sangat. At that time i rasa macam khayal sebab ubat tu mengantuk, nurse dah kasitau awal awal. Ok la mengantuk, sedar sedar je masa berlalu dengan pantas.

Kemudian i rasa nak terkencing sangat sangat. Nurse tu masuk terus i bagitau hajat i. I ingat nurse akan suruh i gi tandas rupanya tak. Dia siap siapkan alat semua lepastu dia suruh i kencing. I rasa macam puas sangat dapat kencing tapi i hairan apsal lama sangat kencing. Kemudia baru i syak, tu mesti air ketuban.

Lepas settle semua nurse tu keluar balik. Tinggal i ngan husband kat bilik. Sengsara sangat i rasa baring atas katil tu. Mujur husband kat sebelah untuk kasi i kekuatan. Dari bilik tu, i dengar dari bilik lain ada suara orang menjerit 'sakit! sakit!' Stress tak???? Potong stim i nak bersalin betul.

Bila nurse masuk semula, dia tanya ada rasa nak berak tak? I cakap ada! Ye, i nak berak. Check check alat yang kat perut i tu, bunyi jantung baby semakin ke bawah, tanda baby dah masuk laluan. Bila check bawah, dah nampak rambut baby, apa lagi terus la ke sessi yang ditunggu. Masa ni i tak ingat, serius i tak ingat apa nurse tu buat. I cuma ingat bila nurse arahkan untuk i teran.

Teran..teran.....

Maka pada 27 Feb, jam 2.50am lahirlah seorang khalifah di muka bumi ni. Nurse tunjuk anu baby pada i dan minta i sebut kuat jantina baby. I cakap 'boy!' Dan i terus lemah.

Baby di bawa keluar dan datang semula untuk diazankan oleh papa dia. Sejurus lepas kelahiran, i tak dapat pun peluk baby i, i sempat kiss je. Selesai azan, baby terus ke NICU. Esoknya baru i bole tengok baby i. Sedih kan.

Lepas tu sessi menjahit bahagian bawah. Macam terasa rasa lagi jarum mencucuk. Aaaa ngeriiiii walaupun dibius, tetap ngeri.

Ok, jom kita layan gambar!

......................................................................................

Baby i kecik kecik lagi dah pandai buat klako:

 Tangan tu

Kaki tu

 1 day old Farhad



Mama happy bila dapat bawak farhad pulang

We love you, son


Sedikit kesimpulan dari pengalaman i ni,

  • Bersedialah bila kandungan dah masuk 7 bulan. Betullah, anytime je boleh bersalin. Macam i, bersalin sewaktu kandungan 8 bulan, dan betul tak ready. Waktu ni barang baby jauh dan belum dibasuh! I terkilan sangat. Mujur ada sikit barang yang sempat i beli kat sini sebelum bersalin.
  • Ready je untuk bersalin di mana mana saja. Macam i, punyalah nak baby jadi warga Selangor, dan husband i nak anak dia jadi warga Pahang. Tup tup baby pilih Kelantan (tempat kerja papa dia, we ols bukan asal sini)
  • Syukur sangat husband dapat teman dari awal. Setengah tempat ada yang husband takleh teman. Tak patut betul. Husband lah sumber kekuatan pada si isteri untuk berjuang di labor room tau.
  • I rasa i la insan paling sabar gila malam nak bersalin tu. I diam je walau tengah menderita kesakitan yang teramat sangat. Trauma betul.
  • Empat hari lepas ketuban pecah, i bersalin.

Semoga dengan bersalin ini, Allah hapuskan dosa dosaku.


Monday, April 14, 2014

Kelahiran Farhad

Presenting....

Our bundle of joy,













       Farhad bin Muhd Hussairi
27 Feb 2014
2.50am
via normal delivery
2.04kg at 35 weeks
HUSM, Kubang Kerian

.........................................................................................................


Farhad sebulan: berat 3.3kg dan pipi makin tembam




Farhad selepas sebulan: aktif dan manja







Mama betul betul tak sangka Farhad akan lahir seawal itu (sebulan awal dari tarikh jangkaan) di kala persiapan menyambut Farhad belum pun lagi sempurna. Apa yang mama plan, berlainan dengan yang Tuhan atur. Betullah, kita cuma merancang tapi Allah yang tentukan. Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik baik perancang. Mama redha dan bersyukur sebab anak mama sihat sempurna dan cukup anggota. Plus mama kira, Farhad tak sabar sabar nak jumpa mama dan papa. Sehingga saat ini mama masih lagi fikir, pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik yang berlaku. Only Allah knows best. 

Terima kasih sayang, sebab hadir dalam hidup mama dan papa. 


Saturday, February 15, 2014

Persiapan barang baby dan mommy

Dengan kandungan yang almost masuk 8 bulan ni, sepatutnya barang barang baby semuanya dah ready, dah siap dicuci, dah dipacking ke dalam beg masing masing (beg i dan beg baby).  Tapi baju baby i belum basuh lagi memandangkan semuanya ada di rumah mertua di Kuantan walhal i berada di Trengganu. Asyik teringat teringat je pada barang baby, sebab takut juga in case terbersalin awal ke (hopefully tak la), maunya kelam kabut.

Barang baby yang kecil kecil macam set mandian, pampers, minyak telon, ketip kuku, cotton buds dan lain lain pun i tak cari lagi. Hujung bulan ni baru ingat nak cari sampai settle semuanya. Termasuk barang i sekali.

Berikut adalah senarai yang perlu ada semasa proses bersalin nanti, supaya i tak lupa dan sebagai rujukan pada hubby juga,

Ibu:

1) Buku pink
2) Kad pengenalan
3) Handphone
4) Baju / Blouse - 5 helai
5) Stokin - 2 pasang
6) Kain batik / Skirt labuh - 3 helai
7) Pakaian dalam - 5 pasang
8) Tudung - 2 helai
9) Alat mandian
10) Towel
11) Maternity pad - 1 kotak
12) Towel muka
13) Selipar
14) Air selusuh / Air zamzam
15) Minyk angin
16) Makanan & minuman
17) Termos air panas
18) Beg plastik
19) Baju sejuk
20) Sikat
21) Breast pad - 4
22) Nursing bra - 4


Baby:

1) Lampin pakai buang - 5 helai
2) Baju - 3 pasang
3) Minyak telon
4) Baby wipes
5) Towel mandi
6) Mitten & booties - 4 pasang
7) Alat mandian
8) Selimut / bedung
9) Barut - 5 helai
10) Topi


Tak sabar nak packing semua dan menunggu masanya tiba!

P/s: perancangan terbaru, ingat nak bersalin di Hosp Sg Buloh memandangkan dekat dengan rumah parents i dan orang kata situ okayyyyy juga. Tengoklah macammana :-)



Thursday, February 13, 2014

Sedikit fakta tentang pergerakan baby

Harini i nak story pasal tendangan / pergerakan / karate kicks baby! Sebab dalam pregnancy, saat merasai pergerakan baby adalah yang paling terindah. Rasa macam magic bila you lihat perut you bergerak sendiri.

Berikut adalah beberapa fakta tentang pergerakan baby dari pengalaman i sendiri. Mungkin tak sama dengan orang lain coz lain orang lain pengalaman kan.

1) Masa kandungan i 18 - 19 minggu, i tak rasa lagi pergerakan dia but i mula rasa getaran yang maha hebat di perut i. Tiap kali baring, i rasa badan bergetar. I fikir, itu mesti baby punya heartbeat. Kuat woo heartbeat dia. Bila baring mengiring, rasa vibration tu macam handphone yang you vibratekan pastu letak bawah perut you. In fact, i ada try taruk botol ubat yang kecil kat perut, dan botol tu pun turut bergegar sama. Perasaan masa tu happy sangat, sebab you tau baby you sedang bernafas dalam rahim you walaupun hanya getaran yang you rasakan.

2) Minggu ke 20 kehamilan (5 bulan), i start rasa pergerakan halus. Tapi i cuma rasa bila i duduk rehat diam diam. Kalau masa tengah buat kerja, takkan rasa. I syak mesti pergerakan baby ni. I tunggu tunggu dan i rasa lagi. Rasa dia macam ada angin dalam perut. Orang selalu kata macam ada butterfly dalam perut. Mungkin jugak kot.

3) Seminggu lepas tu, minggu ke 21, tendangan dia semakin kuat. Happy takyah cakap la kan. Setiap saat i nantikan pergerakan dia. Baby i banyak kasi tendangan belah kiri. Orang selalu cakap kalau banyak pergerakan belah kiri, baby girl. Kalau belah kanan, baby boy. Tapi i tak percaya pun sebab ada jugak orang yang berpengalaman sebaliknya.

4) Bulan keenam kehamilan, pergerakan dia haruslah lebih kerap tapi belum lagi sampai tahap perut you berombak tsunami. Dan pergerakan baby pun tak perlu untuk you catat lagi dalam buku pink. Kadang masa tengah masak tengah makan pun boleh rasa. Tapi bila i duduk diam rehat, lagi best nak rasa sebab masa buat kerja, kadang kadang tak perasan pun pergerakan dia.

5) Masuk 7 bulan, perut i mula senget senget. Baby at this time sangat aktif! Kerja i hari hari cuba untuk record pergerakan baby. Tapi selalunya bila i nak record, saja je buat buat tak aktif. Agak mencabar jugak la. Pandai ye baby sakat mommy.

6) Masa 7 bulan juga, kat perut i akan timbul bonjol bila baby bergerak. Bila rasa dengan tangan, dapat rasa bonjolan itu. Lutut dia agaknya. Geram aihhh mama, rasa nak gigit sangat.

7) Bila baby mula pandai buat pergerakan, i rasakan macam ianya satu hiburan. Bila i boring contoh macam time hubby pergi kerja ke, baby selalu teman i. Dia tahu, dengan pergerakan dia saja akan buat i happy. Lagi satu, bila baby diam je (tidur la tu), i saja goncangkan perut i atau tekan perlahan dan baby akan kasi respon. Mesti dia bengang i kacau tidur dia. "Baby bangun laa, mama boring ni".

8) Bila baby aktif bergerak, i tarik cepat cepat tangan hubby letak kat perut. Baby terus stop gerak. I cakap pada baby, "baby gerak la, ni papa ni". Nanti dia gerak balik. Kena lah biasakan dengan sentuhan papa dia juga, asyik mama jeee. Papa dia kata apa, "tak nak gerak ni, takut ngan papa ke?".

9) Bila kandungan dah semakin besar ni, kan ke posisi tidur cuma ada dua pilihan. Mengiring ke kiri atau ke kanan. So, tiap kali i mengiring, baby pun akan ikut mengiring. Dia akan berat ke arah tidur kita. Nampak la perut akan jadi senget. Lepas tu i rasa geli. Rasa macam bubble bubble yang terbang lepas tu dia 'pop'! Geli..betul geli.

10) Kalau i dan hubby tengok wayang, baby akan gerakkkkkk tak henti. I suspek mesti sebab bising sangat, so baby cant sleep. Heee sorry baby! Kalau cerita bosan, i layan tendangan baby je sambil pejam mata dan nyaris tertidur dalam wayang.

11) Baby normally gerak aktif juga selepas i  makan atau minum. Lagi lagi kalau dapat makan ayam, favourite mama dia.

12) Dengan kandungan yang hampir masuk 8 bulan ni, tendangan baby kadang sampai rasa nak terkencing. Dia tendang pundi kencing i ke hape agaknya.

13) Time nak tidur malam juga adalah waktu dia akan aktif. Waktu siang i berjaga ni, kerap pulak dia tidur. I mean tak seaktif waktu malam. Agaknya dia nak biasakan i untuk berjaga malam ni. Betul ke bohong, baby?

14) I sanggup untuk tahan mengantuk dan tak tidur demi melihat perut i bergerak waktu baby i aktif. I usap usap perut sampai lah i tertidur sendiri.

15) Masa i tengah taip posting ni, adalah sambil ditemani perut yang senget kejap ke kanan kejap ke kiri. Baby teman i mengupdate blog ni. Thank you baby.

16) Di bawah ni, sedikit pergerakan yang i sempat rakam. Itu pun sekejap je dapat.


video


video

17) Yang pasti, i akan merindui saat saat indah ini.


Saturday, February 8, 2014

Minggu ke 32 dahh

Since kandungan i dah memasuki minggu ke 32 ni, i mula rasa nervous. Mana taknya, kawan i punya wife ada dua orang lahirkan baby pada usia 32 dan 33 minggu. Sorang anak nombor dua, sorang nombor 3. Benda ni agak baru pada i memandangkan ni first baby dan i tak banyak info pasal kelahiran bayi pramatang. Dengan situasi i yang sedang sarat hamil (sarat la sangat) dan tertanya tanya bila baby i akan keluar, i kena ambil tahu pasal ni.

Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 37 lazimnya dikategorikan sebagai bayi pramatang. Kelahiran pramatang membuatkan bayi kurang masa untuk membesar di dalam rahim ibu sebelum menyesuaikan diri di luar rahim. Bayi pramatang terutamanya bagi mereka yang dilahirkan terlalu awal selalunya mempunyai komplikasi kesihatan bergantung pada berapa awal bayi dilahirkan. 

Pramatang: Minggu ke 34 - 37 kehamilan
Sangat pramatang: Kurang dari minggu ke 32 kehamilan
Terlalu awal pramatang: Kurang dari minggu ke 25 kehamilan

Yang i faham, waktu ni sistem imune dan organ organ bayi masih belum matang walaupun sudah sempurna tercipta. Berbalik pada kawan i, dia terpaksa berpisah sementara dengan baby dia sebab baby tu masih perlu berada di bawah pengawasan doktor dan diletakkan dalam inkubator. Kalau i kat tempat mereka, mesti i sedih sangat tak dapat peluk bayi i dan susukan dia. 


Pengantin baru 11 bulan 


Berbalik pada baby i pulak, wah! sangat aktif itu baby! Kadang kadang i rasa ada part yang baby i mengeras, tapi tak sakit. I cuma usap usap lembut kasi baby i relax semula (cewahh). Kadang waktu i tengah relax, tiba tiba pulak dia kasi tendangan padu, tanjat mama tawww. Bonjol bonjol perut i, entah siku ke lutut ke bahu ke atau montot dia ke. Geli pun ya tapi yang pasti takda rasa sakit langsung. Berbunga bunga lagi ada. I tertanya tanya, apalah yang baby i tengah buat kat dalam rahim ni sebenarnya. 

Dan kebahagiaan adalah apabila hubby mengusap lembut perut, cakap cakap dengan baby, baby pun kasi respon, you pandang hubby, hubby pandang you dan both of u laughing together. Rasa macam tak mahu saat tu berlalu. Ini adalah kebahagiaan yang sebenar dan kemuncak kebahagiaan ini bila tangisan pertama bayi you, you dengari.

Dalam usia kandungan menghampiri lapan bulan ni, macam biasa, kencing makin kerap. Cincin kahwin dan tunang dah tak muat. Baju yang dulu longgar tiba tiba jadi sendat. Nak sarung skirt labuh terkandas sampai peha je, takda dah ruang nak sarung sampai atas. I selalu rasa panas. Kaki tak membengkak, perut takda stretchmark. Pedih ulu hati kadang kadang. kaki tangan mudah kebas. Sakit pinggang sakit belakang sikit sikit.


Minggu ke 31


Barang baby ada sikit lagi i nak cari dan paling tak sabar nak basuh baju baby wangi wangi dan lipat dengan penuh kasih sayang susun dalam almari. Tiap kali tengok baju baby i rasa nak gigit baju tu sebab baju tu kecik dan comel sangat. 

Hope minggu ke 38-40 baby ready untuk jumpa mama dan papa. Tinggal 60 hari je lagi mama ada teman seerat dan serapat ni. 

Ok, mama dah mula emo. Bai


Monday, January 20, 2014

Kisah perut

Since pregnant ni, i suka ambil gambar perut. Kalau dulu perut la yang paling nak disorok bila ambil gambar sebab malas nak tahan nafas. Normal la tu buncit makan plus i bukan jenis yang kurus kering sampai perut pun tak nampak. Sekarang, time ambil gambar, wajib nampak perut ok (wajib nampak baby bump sebenarnya). Dalam tempoh sembilan bulan ni la kau boleh tunjukkan pada dunia bahawa kau mengandung. Buat apa nak sorok. I bangga apa nak dapat status ibu. Dulu masa bujang i suka tengok orang mengandung. Macam terpancar cahaya kebahagiaan gitu. Tambahan pula, lepas kahwin, mengandung adalah idaman setiap wanita (tapi tak semua berpeluang untuk menikmatinya). I nak enjoy myself dengan membawa baby dalam rahim ni.

Dalam handphone, berlambak lambak gambar baby bump terutama dari posisi tepi. Start dari awal mengandung lagi. Dari situ boleh lihat tumbesaran baby. Rakam pergerakan baby pun tak terkecuali, banyak jugak video pendek i record lagi lagi bila perut berombak tsunami. Punyalah susah nak record tendangan baby, time nak record, time tu lah dia tak nak tendang. Time tak record, aktif pulak. Haha clever boy. 

"Mama tak sabar sangat nak jumpa anak mama ni"

Seriously syahdu bila kita melahirkan rasa rindu menanti kelahirannya sambil mengusap lembut perut. Tempoh sembilan bulan sebenarnya tak lama pun. Sedar sedar eh perut dah besar? Baju dah tak muat? Tengok kalendar, due date dah dekat?

Bila tengok semula gambar scan 3D yang capture muka dia, jiwa i meronta nak kiss bibir comel tu, hidung comel tu, dagu comel tu, pipi comel tu dan dahi comel tu. Tengok baby orang lain, rasa cemburu nak dakap baby sendiri. Feeling ibu ibu sangat.

Macam mimpi bila i dan baby berjaya melewati fasa fasa kehamilan. Fun betul pengalaman nak jadi ibu and it will be the perfect ending to a perfect love story. Kan sayang?


2 bulan

4 bulan

6 bulan