Wednesday, December 29, 2010

Dedicated to Mr Boyfriend:


On a quiet night when I'm alone,
I think of you until break of dawn
I miss your face, I miss your smile
I haven't seen it in a while 

I close my eyes so I can see
The memories of you and me
The love and laughs that we have shared
And all the times that you have spared 

Then a surge of sadness from within
Can't stop the tears from rushing in
I miss the way you hold me tight
How I wish you are with me tonight 

Then I start to feel this pain inside
And no matter what I cannot hide
I always try, but I always fail
Can't help myself, my heart is frail 


p/s: i miss you.

Friday, December 17, 2010

Malam itu.

6 Disember dua ribu seploh pulak i gi Kedah coz menghadiri TUDM Mess Night aka Majlis Makan Malam Beradat TUDM. So i balik rumah atuk i kat Penang dulu, then 6 haribulan tu baru i naik bas ke Alor Star. Kat Alor Star, dia jemput dan terus check in hotel. Pukul 3 terus siap-siap ke hotel tempat majlis berlangsung nanti untuk rehearsal. Rehearsal pulak start lambat so masa untuk siap-siap macam tak cukup je. Balik-balik hotel, cepat-cepat mandi, iron baju, make up-make up.

Memang sangat pengalaman sebab dinner dia bukan sebarang dinner. Nama pun beradat! But it was really great. Rasa lucky sangat dapat berada kat situ pada malam tu!

Berikut adalah fakta-fakta menarik tentang Mess Night tersebut:

1) Jejak-jejak kaki kat lobby je, dapat setangkai bunga ros dari boyfriend (memang diorang wajib beri pada pasangan masing-masing).
2) Setiap pelatih harus perkenalkan pasangan masing-masing pada pegawai atasan. Contoh macam, "Tuan, ini pasangan saya dari Shah Alam..."
3) Lepas dah rasa kaki nak tercabut akibat berdiri lama sangat kat lobby, every pasangan pun berjalanlah menaiki tangga ke tingkat atas. Yang perempuan kena paut pada lengan si lelaki (ala, macam dalam cerita omputih tuuuu).
4) Sorang-sorang masuk dewan dengan diiringi alunan muzik yang begitu gemersik (ewahh).
5) Masa nak duduk kat kerusi, si lelaki akan tarikkan kerusi (first time!!).
6) Kat meja makan dah ada nama every pasangan.
7) Sebelum makan, ada 3 kali toast (pun yang macam dalam cerita omputih jugak).
8) No buffet-buffet. Makan semua ada orang yang akan hidang kat depan mata.
9) Ada 4 kali makan (termasuk dessert which is black forest cake).
10) Makan, pinggan takleh bunyik. Kena slow-slow.
11) Ohhh candle light dinner okayyyyy! (first time jugakkk). Makan comot-comot pon takde hal sebab takde orang perasan.
12) Pas habis makan, ada live band.
13) Majlis tamat around 1 a.m.
14) Pastu i dah lupa apa lagi yang menarik. Yang i cuma tau, i mengantukkkk dah time tu.

Ohh tapi pastu i gi lepak minum-minum pekena roti telur dulu kat mapley memandangkan boyfriend i kena masuk pukul 3a.m. Ahhh rindulah pulak tiba-tiba!




Dah, itu saja, Sekian.

3 haribulan doblas.

3rd December haritu i gi TUDM Subang coz boyfriend i ada majlis tamat latihan atau juga dikenali sebagai Passing Out Parade. Best sebab:

1) dia dah tak payah duk jauh-jauh sampai kat Kedah nun.
2) dapat jumpa dan kenal family plus anak buah dia (yang comel).
3) first time dapat pengalaman masuk tempat tentera.
4) dapat tengok dia dan kawan-kawan berkawad dengan jayanya.
5) i buat chocolate cake dan dia suka!


with his family

kek coklat comot

gempak! gempak!

Saturday, December 11, 2010

Big fake smile.

Sekuat-kuat kau, lemah dalam soal perasaan. Perang cinta betul-betul membunuh. Sebab tu ramai yang putus cinta, ambil jalan bunuh diri. Sebab bila kau visualized dia, hati kau kelihatan seperti ditoreh. Orang takkan tahu hati kau terluka sebab luka kau tu bukan seperti di jari, orang boleh nampak, boleh perasaan. Kau cover dengan senyuman palsu je, orang dah tertipu. Lain lah kalau kau memang tak pandai nak sorok atau kau suka hamburkan kesakitan kau tu pada orang lain. Misalnya melenting tak tentu pasal, marah-marah sampaikan effect orang sekeliling kau. Tapi bagi aku, lagi kau pandai sorokkan kesakitan tu, lagi hebat kau. Walaupun dengan pura-pura ketawa, tapi tetap orang tak dapat detect keadaan kau yang sedang parah. Kau menangis, tapi dalam hati. Jiwa kau meronta-ronta kesedihan, tapi kau dapat sembunyikan. Kau pendam kau pendam dan kau pendam. Sampai bila, itu aku tak tahu.

Semua orang pun mahukan kisah cinta yang indah. Tapi kau kena terima hakikat, fairy tales tak wujud. Kisah 'once upon a time' karut. Kau kena berpijak di bumi nyata dan terima apa jua halangan. Asalkan kau kuat,  kau dapat harungi semua rintangan sehinggalah kau temui cinta sejati (walaupun aku tak pasti wujud lagi atau tidak cinta sejati tu). 

Cuba kau pandang muka kekasih kau, dan kau ada this feeling yang sebenarnya kau tertanya-tanya berjodohankah kau dengan dia. Kau ada rasa sayang yang kuat sangat dengan dia dan kalau kau lepaskan, kau tak tahu apa yang akan jadi dekat kau. Kalau sebelum ni, dia inspiration kau, tapi sekarang, inspiration tu kian jauh. Kau rasa macam perlahan-lahan dia sedang bergerak untuk keluar dari hidup kau. Kau cuma rasa, tapi hakikatnya kau tertanya-tanya, kau tak tahu apa sebenarnya.

Aku sangat takut. I have this uneasy feeling. Everything seems not right. I'm lost and you're not here with me.

Wednesday, November 24, 2010

Oh kapten hussairi!

Kira-kira, lagi (bilang ngan jari) kurang seminggu boyfriend i nak tamat latihan kat Kedah. Oh God, i can't wait! Tak sabar sebab tak sabar nak tengok dia passing out dengan jayanya. Tumpang happy sebab segala susah-payah, penat-lelah, penderaan jiwa, mental dan fizikal dia berakhir. Tak suka sebenarnya bila dia kena 'dera' teruk-teruk macam tu (walaupun pada dia sebenarnya tak ada apa), masa rehat kurang, makanan kurang enak (menurut beliau), dan juga masa untuk i kurang (masa mandi kurang tak?). Tapi bila fikir balik, semua ni membentuk disiplin diri dia. Jauh di sudut hati, i'm absolutely proud of him.

Kita jumpa 3rd December nanti di Subang! ^^,

Sunday, November 21, 2010

Jikalau.



Suka sangat layan movie If Only ni coz mesej dia sampai kat jiwa aku dengan sangat berkesan (kalau tengok sampai nangis-nangis, bukan berkesan ke tu?). Memang bukan cerita baru, memang bukan cerita yang tengah tayang kat pawagam. Mungkin agak basi, tapi kisah cinta antara Samantha dengan Ian (ian, bukan L) ni memang sangat touching. Moral dia, don't take things for granted, learn to appreciate.

Rasa nak nangis bila scene Samantha bagitahu Ian kat restoran after her graduation concert;
"Ian, i know you have the best intentions, but i just feel like i'm a very high second priority for you. That hurts. And the worst part is, i'm starting to get used to it. That's what kills me."

Lagi satu, dalam diary, Samantha ada tulis dan Ian terbaca;
"They say, there is always someone in relationship who loves more. Oh God, i wish it wasn't me."
(i wish it wasn't me either)

Last-last scene pun terharu jugak bila Ian cakap kat Samantha (bila Ian dah sedar yang selama ni dia take for granted je perhubungan diorang);
"I have to tell you this and you need to hear it. I've loved you since i met you, but i wouldn't allow myself to truly feel it until today. I was always thinking ahead. making decision out of fear. Today, because of what i learned from you, every choice i made was different and my life has completely changed. And i've learned that if you do that, you're living your life fully. It doesn't matter if you have five minutes or fifty years. Samantha, if not for today, if not for you, i would never have known love at all. So thank you for being the person who taught me to love and to be loved."
--------------------------------------------------------------------------------------

how often do i say or you say 'i love you'? do you really mean it when you say 'i love you'? do you really feel it?

Appreciate those who loves you and who you love. Show them you really love them, because there is no way of knowing what would happen tomorrow.

Saturday, November 13, 2010

Meng - anggur.

Tak tahu nak gambarkan betapa seronoknya hati bila hari-hari boleh bangun pukul sepuluh pagi. Tapi takdelah sampai miss subuh okey. Terjaga pukul 6 lebih bila mama kejut lepas solat subuh terus raba-raba bawah bantal carik handphone dan dengan pantas wish good morning kat tersayang via sms. Dia reply, senyum lebar-lebar, tepuk-tepuk bantal, tarik selimut, tido balik!

10.00am
Terjaga terus bangun sebab teringat baju kotor banyakkkkkk belum basuh (adik-adik boy ramai maklum ler). Tengok dalam sink banyak pinggan kotor (adik-adik punya angkara juge) terus basuh, sapu-sapu rumah sikit. Kul 12.00 mandi terus siap-siap nak ke kedai abang. Sementara menganggur ni, tolong abang kat kedai dia, ada juga faedahnya. Dapat lah lepas topap nak sms-sms boyfriend. 

So, sape-sape teringin nak makan ketam boleh la singgah Mee Ketam yang terletak di seksyen 7, Shah Alam (belakang Unisel). Kami sedia memberi layanan istimewa. Hehe.




So, tunggu apa lagi, Jum!! ^^,


Saturday, October 30, 2010

Rindu lagi.

"Sayang, jumaat ni kite gi menembak, tak boleh bawak handphone kot".
"Hmm berapa hari?".
"Tiga hari". 
"Alaaaa.....".

Tak kisah dia nak pergi mana pun, tapi tang tak boleh bawak phone tu memang tak best. Tak best sangat-sangat. Penah satu hari tu i bising kat dia;

"Eee korang ni tak buleh ke duk diam-diam kat kem? sikit-sikit ada aktiviti luar." kata i dengan nada geram.

"Sabar lah sayang. dah nak habis training ni, memang busy." Jawab beliau.

Ok, i faham and i dah boleh accept yang i bercinta dengan tentera. Cuma i tak boleh terima bila dia ngadu dia kena 'dera' teruk-teruk (ngadu manje je senanyeeee). Pastu ayat biasa i setiap kali dia ngadu;

"Ala...sayang kan kuat". Padahal dalam hati menyumpah-nyumpah instructor dia.

Ok lah i dah rindu dia. Nak tengok gambar dia lama-lamaaaaaaaaaaaaa.


Buat terakhir kali.

Semalam, was my last day kat ofis sebagai seorang budak prektikal. Perasaan? Of cos sedey, sayu dan terharu (poyo). Sebab, semua kenangan di sini, manis-manis. Sebelum kembali semula pada keluarga, nak lepak dulu seminggu kat Tanjong Malim ni. Barang-barang malas lagi nak packing (i'm sure masa nak packing nanti, mesti nangis) Haha.

Lepas semalam punya makan tengahari, masa tengah busy buat kerja, bos i masuk ofis dengan sebijik kek secret recipe kat tangan kanan, dua pizza large kat tangan kiri dia. Pastu dia senyum-senyum kat i sambil berkata 'satgi kita makan kenyang-kenyang ye, untuk awak ni'. Aku pun melonjak keriangan sambil berkata wahh terharunyeeeeeee'. Tapi dalam hatilah.


 Bos i with chocolate mud cake kegemarannya

Terima kacehh Puan Faridah.

Masa tengah makan-makan tu, bos i cakap, 'gud luck to fyra'. Hehe..i pon jawab dengan malu-malu, 'terima kasih puannnn'. Sumpah rasa sangat terharu bcoz sepanjang intern kat marketing and sales office, she was very kind to me. Banyak benda i belajar dari dia. Banyak sangat-sangat.

Bub bye Proton City Development Corporation Sdn Bhd.
i'm gonna miss anda semua.

Wednesday, October 27, 2010

Gunting, gam dan kertas.

Buat tatapan kekanda yang jauh di mata (ewahh) :





Camni laa kalau boyfriend jauhh, kalau jarang-jarang dapat jumpe.
Kita kasi posmen buat kerja dia.

Tuesday, October 26, 2010

Hello convocation!

Horayyyy.
Dah submit report practical. So there's nothing left.
Rasa lega, rasa bebas dan rasa merdeka.

Tak sabar tunggu lagi 6 bulan (April next year, i'Allah), for convocation. Sebab boyfriend dah janji nak datang konvo i bawak bunga besor (bunga Rafflesia katanya).

Bub bye buku. Bub bye classroom. Bub bye assignment.
Ada jodoh, kita jumpa lagi.


i'm gonna miss you girls!!

Saturday, October 23, 2010

Kalau dia dekat.

70 bijik twinkle twinkle little star

 
Serius, i rindu boyfriend i sekarang ni. Tapi dia tak dapat dihubungi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Lagi lah membuak-buak rindu i pada dia. Dah seminggu i batuk-batuk. Tekak luka. Suara pun dah jadi tak sedap. Semalam sampai semalam punya semalam, i ngadu kat dia pasal batuk i. Sebab i suka bila dia concern. Kalau dekat ni, dah lama mintak dia suapkan ubat.

Tadi office i ada event. So banyak fresh flower i curik, er maksudnya ambik bawak balik. Cantik-cantik! Kalau boyfriend i dekat, i dah wrap lawa-lawa bunga tu kasi pada dia.

Report prektikal 30% lagi tak siap. Tak semangat langsung nak buat. i nak tunggu sampai dia tanya "report sayang dah berapa page?". Kalau dia dekat, kan best. Biar dia je siapkan report i. Pastu i belanja lah teh tarik secawan dua. Hehe (pembully)

Hari tu i beli kertas kaler-kaler untuk i buat bintang. Dah 70 bintang i buat. Dalam every bintang, i tulis kata-kata cinta i untuk dia. Bintang-bintang yang comel tu i taruk dalam balang kaca yang juga comel. Dalam fikiran, nak pos pada dia. Tapi check-check dalam purse, tak cukup pulak duit nak pos laju dijamin sampai besok (elaun pulak lambat masuk). Kalau dia dekat, kan senang. Kasi by hand je (sambil hadiahkan sekuntum senyuman yang paaaaaaling manis).

Hurm, rindu...
Sangat.

Saturday, October 16, 2010

Hello twenty-four!

Serius i terlupa besday i sampailah boyfriend i ingatkan. Macam biasalah. No cake, no celebration, no present (boyfriend pulak jauhh). Tapi dapat sms berbunyik begini:

"Faheerah, Selamat Hari Lahir cayang.
Kite doakan cayang panjang umur,  murah
rezeki and cepat-cepat kawen ngan kite ye.
Kite akan bahagiakan cayang dengan seluruhnye.
Cinta cayang sangat-sangat.
Sorry,  i'm not be with you right now...."

..ponnn dah cukup untuk mengukir senyuman sampai ke telinga. Tetiba teringat kat arwah Tok Ayah. Kalau masa dia ada, dia tak pernah lupa birthday cucu dia yang sorang ni. Masa sekolah dulu (masa dia masih sehat dan kuat), mesti dia akan pos kad hari jadi. Dan dalam kad tu ada duit RM50. For me..ONLY. Dia tak pernah lupa tarikh 16 Oktober. Pernah (masa sekolah rendah), dia hadiahkan buku kisah nabi-nabi. Kalau time birthday tu ada kat Penang time tu, dia beli asam, jeruk bagai then dia balut (he know what type of asam yang i suka), pastu masa nak balik KL, dia kasi. Setiap kali nak balik jugak, dia akan kiss kat dahi. Mana nak dapat atuk yang penyayang macam tu? Oh God, he is the best person in the world! Rasa lucky sangat dapat jadi cucu dia.

Tapi sekarang, dia dah takde...

p/s: rindu nak dengar suara dia, bila dia panggil "faheerahhhhhh".
pastu aku akan jawab, "ye tok ayahhhhh".

Wednesday, October 13, 2010

Dear Hussairi,

"i finally understood what true love meant.
Love meant  that you care about another person's
happiness more than your own,
no matter how painful the choices you face
might be."
                                            -John Tyree


Bila rindu buah hati jer, pun berulang-ulang kali lah layan cerita Dear John ni. Sebab konon-konon macam ada kena-mengena lah ngan kisah kita berdua. Pastu i pun perasan, Savannah tu i and John tu boyfriend i. Hey hey ada tau kena-mengena sikit-sikit. Moral of the story, i memang jatuh cinta! Sebab dialog dia, jalan cerita dia. And the best scene yang i suka ulang-ulang tengok ialah (walaupun banyak lagi babak romantik yang i sukeeeee) :

video 

To light the night
To help us grow
To help us grow
To help us grow

I love this place
But it's haunted without you
My tired heart
Is beating so slow

It is not said
I always know
I always know
I always know


p/s : i'll see you soon then.

Monday, October 11, 2010

Tanda soal.

Tertanya-tanya jugak, apa akan jadi pada aku selepas ni? Lepas habis internship plus extend sebulan di Tanjong Malim ni, officially aku bakal bergelar penganggur terhormat. Ingat nak relax-relax dulu sebulan dua. Tak mau lah terburu-buru cari kerja. Nak persiapkan diri dari segi mental dan fizikal dulu. Sebab semuanya aku akan mulakan dari zero. Aku akan rotate semula apa yang aku pelajari enam tahun lepas, and aplikasikan di alam pekerjaan nanti.

Tak tahulah. Buntu! Mujur ada terikat kontrak ngan JPA, mudah-mudahan aku segera dipanggil untuk berkhidmat (chewahh). Zaman sekarang ni, semua berebut-rebut nak kerja ngan government. Alhamdulillah aku dibuka sedikit peluang ke arah itu. Aku kira, itu tanda Tuhan sayangkan aku walaupun aku kerap lupa dan alpa padaNya. (*sigh)

Dalam fikiran sekarang, nak kerja dan kumpul duit untuk bina hidup berdua dengan dia. Sebab dalam jiwa, dah terlalu meronta-ronta.

Saturday, October 9, 2010

Mish dia.

Perasaan bila merindui ni tak tahulah nak gambarkan macam mana. Sebab ia sangat indah. Rasa macam ia menendang-nendang dada kau dan ia akan kembali normal bila orang yang kau rindu tu berdiri depan kau. Dan kau dapat tengok dengan mata, kau boleh sentuh dia (maksudnye bukan ilusi lahh), dan kau boleh cium dia (cium bau perfume yang dia pakai maksud aku).

Dan untuk kali yang ke lapan belas ratus kali lapan, i mish you lah muhd hussairi.

Friday, October 8, 2010

Heh.

Bila kau dah takde modal nak tarik perhatian kekasih kau, benda remeh-temeh
pun buat kau merajuk. Pastu, bila dah kembali okey (lepas doploh lapan kali boyfren kau pujuk)...

"Sayang jangan merajuk tak tentu pasal lagi tau". Kata boyfren kau.

"Alaa...dah lah kita duk jauh-jauh, jumpa sekali-sekali je. Nak merajuk tak tentu pasal pun tak boleh". Balas kau dengan nada suara manja ala-ala merajuk sikit-sikit.

"Okey..okey, boleh..boleh." Balas boyfren kau.

Dan kau tersenyum suka. 

Appreciate every single thing.

Every relationship ada ups and down. Lagi-lagi dengan dugaan yang maha hebat yang boleh berlaku tanpa kau duga. Pulak tu ada je yang busuk hati melihat kebahagiaan kau sebab dia sedang tak sebahagia kau. Kemudian bila all this stupid things berlaku, kau minta perpisahan. Aku tak percaya perpisahan adalah jalan terbaik untuk masalah yang remeh-temeh, unless kau memang childish dalam membuat keputusan. Tapi aku paling benci perpisahan atas sebab orang ketiga. Sebab orang ketiga ni macam parasit.

Sekarang ni, sementara bahagia sedang hadir dalam kehidupan cinta aku, whatever time left yang ada, i wanna use it wisely. Nak appreciate perkara-perkara penting dalam hidup. Terutama for the person i love.

Kerana tanpa dia, dah tak ada lagi cerita untuk membuat aku menulis.

Thursday, October 7, 2010

Untitled.




When a GIRL is quiet,
Milloon of things are running in her mind.

When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply.

When a GIRL looks at you with full of questions,
She is wondering how long you will be around.

When a GIRL answer "i'm fine" after a few second,
She is not at all fine.

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL says i love you,
She means it.

When a GIRL says that she can't live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a GIRL says i miss you,
No one in this world can miss you more than her.

Bila menjauh.

I don't really understand people yang tak boleh bercinta jarak jauh. Memang chances untuk curang ada, sebab kau tak nampak dia depan mata kau dan begitu sebaliknya. Distance tak make you far apart. Ok, mungkin jauh secara fizikal but not mentally. Memang, perasaan manusia ni suka berubah-ubah. Lagi-lagi kalau kau rasa kau lonely, kau pon mula nak curang sikit-sikit. Padahal kau dah ada komitmen dengan pasangan kau.

Sebab tu, being in a relationship adalah berdua punya hard work. Kau dan dia build it up together and make it stronger. He trust you, you trust him. Once kau/dia dah hilangkan rasa kepercayaan dalam perhubungan korang tu, sorry...tak kan ada dah 'kau percaya dia, dia percaya kau' kali kedua. Masing-masing curiga dan potensi untuk curang tu sangat ada.

Bagusnya berada dalam perhubungan ni (tak kisah la jarak jauh ke, dekat ke) sebenarnya dapat lihat kematangan kau terutama cara kau handle situasi. Pastu nya lagi, kau belajar untuk sabar (terutama dalam menghitung hari untuk jumpa kekasih kau). Kepercayaan dia pada kau, kau sehabis baik balas dengan kesetiaan yang tak berbelah bagi (chewahh).

Pastu korang pun sama-samalah jaga perhubungan tu sehinggalah saat korang disatukan sebagai suami isteri (bukan korang, lebih kepada diri aku sebenarnya).

So, just don't take things for granted. Learn to appreciate.

Wednesday, October 6, 2010

Oh ye?


Hahaha..sebab tu perempuan ni SANGAT COMPLICATED berbanding lelaki.

Friday, October 1, 2010

Jiwa aku biru.

Dah 3 hari boyfriend i senyap. Langsung tak contact. Langsung tak sms.
Apatah lagi nak mms. Hidup rasa kosong gila. Handphone pon dah 3 hari
tak penting pada i. Sukati dia lah nak habis bateri ke,nak terlupa bawak ke
office ke, sukahatilah. Dah tak peduli.

Tu maksudnya incik boyfriend sedang berada dalam hutan sekarang neh.
Kenapa? Sebab dia sedang melawan komunis. Ah, sumpah tipu!

Dia training ah dalam hutan. Hutan mana, lupa lak i nak tanya. Yang pasti
bukan hutan simpan FRIM tu. Bukan jugak hutan paya bakau atau
hutan hujan tropika ataupun hutan amazon. Ah nantilah i tanya dia balik.

Rindu, memang ah rindu. Tapi nak wat camne kan.
Kena lah pura-pura cekal dan tabah.

Ah, never mind. My soldier come home soon!

Thursday, September 30, 2010

On his birthday.


With lots of love, today and everyday.

Baby memang comel.

28 September 2010.
i dapat anak buah baru and she's a girl.
Anak kakak i. Coming soon anak abang puleee.
So i bakal jadi makcik kepada empat orang si kecik yang comel.

Tadaaaa. Ni dia.....

Krohhhh..krohhhhh..

"Assalamualaikum. Nama saya Yusra Hana bt Riaz Fazral"

p/s: Suka ngan bau baby.

Monday, September 27, 2010

When September ends.


Gigih siapkan besday kad di ofis, walaupun keje berlambak!


Ok, siap untuk di pos ke Kedah. (Isinya..jeng jeng jeng)


30hb September ni besday sayang i yang ke 42.
Eh silap, 24.
Kalau lah dapat surprise kan dia.
Kalau lah dapat baling tepung kat muka dia.
Kalau lah dapat baling dua tiga biji telur kat kepala dia.
Kalau lah dapat nyanyikan lagu selamat hari jadi kat dia.

Dan kalau lah...
dapat bisik sendiri kat telinga dia..

"Sayang, happy birthday..."

Pastu kiss pipi dia,
kiri kanan. Dua-dua.

Sunday, September 26, 2010

Selamat pagi cinta punye puisi.

Setiap kali aku bangun dari tidurku,
aku merasa sungguh bernafas.
Setiap saat dan detik aku,
aku lalui dengan penuh rasa rindu.

Entahlah..tak tahu kenapa..
Cinta aku padanya begitu dalam.
Sehingga tiada satu pun melodi cinta,
yang setanding dengannya
dan akan aku
temui nanti
adalah cerita..
cerita cintaku.

Thursday, September 23, 2010

Hanya dikau.

Jejaka : "Sayang, saya ada something nak tanya.."

Gadis : "Yes, tanyalah..apa dia?"

Jejaka : "Erm..kenapa sayang cintakan saya? Sebab diri saya,
kedudukan saya, harta saya, atau sebab-sebab lain?"

Gadis : ..... (terkesima)

Pernah berhadapan dengan situasi macam ni? Kalau belum pernah, lepas ni cuba tanya pasangan masing-masing.

Semalam, bila incik boyfren kata ada something nak tanya, hati terus berdebar. Jangan bagi soalan cemu-cemas sudah. Tetiba rasa macam kat dewan exam.

" Sayang suka kite sebab kite askar ke?" (dia bahasakan diri dengan 'kite')

" Kenapa sayang tanya macam tu?" Aku tanya dia balik.

" Saja, tiba-tiba terlintas kat fikiran, nak tanya" Jawab dia.

Aku terdiam. Kat kepala cuba nak susun ayat baik-baik supaya dia 'clear' dan tak salah faham.

Memang. Memang impian aku masa kecik-kecik berangan nak kawen dengan tentera. Kalau masa kecik-kecik dulu time nak balik Penang je, bila lalu highway tu, akan ada je trak askar yang plat number dia Z tu lalu sebelah kami. Kadang sampai 4,5,6 trak kat atas highway tu. Ada yang pegang senapang, berbaju hijau. Semua botak-botak dan tough. Aku sangat teruja. Dalam kepala masa tu, 'gagahnyeeeeeee'.

Pastu, masa darjah 6. Makcik aku yang bongsu melangsungkan perkahwinan dia juga dengan seorang tentera. Tentera darat. Fuh, punyalah penuh dengan adat istiadat. Manalah details sangat nak ingat. Cuma ingat time pasangan mempelai berjalan lalu bawah pedang. Suami kepada makcik aku pun, punyalah segak dengan uniform tentera dia. Oh and masa upacara potong kek pun, guna pedang woo. Scary je aku tengok.

Tapi, sebab utama aku cintakan kekasih aku sekarang, bukan sebab dia tentera. Bukan sebab dia penuhi impian aku nak merasai apa yang pernah aku lihat masa kecik dulu. Bukan sama sekali. Aku jatuh cinta dengan dia, sebab dia adalah dia. Dia adalah lelaki yang sama aku kenali sebelum dia bergelar Kapten.

Sebelum dia baru nak masuk tentera, masih lagi takde perasaan istimewa aku pada dia. Maybe sebab masa tu pun kami dah lama tak jumpa bertentang mata. So, tak tau apa perubahan yang ada pada dia. Dan tak lama lepas tu, bila dah berbulan-bulan dia kat kem, dia dapat cuti, dan dia kata dia nak jumpa aku. So we met at Shah Alam (memandangkan masa tu aku masih menyewa kat Shah Alam). So malam tu kami melepak berdua kat Dataran (padang rumput berdekatan masjid tu) sampaiiiiiilah ke subuh.

Satu perubahan yang aku paling ingat, dia botak! Ok, dan kami pun borak-borak, gelak ketawa sama-sama, kongsi cerita dan bla bla bla.

Balik tu, aku bagitau dia, aku suka dia botak and aku nak dia botak sampai bila-bila. Lepas dia hantar aku balik, starting from dat night, aku rasa rindu gila kat dia. Jatuh cinta sebab dia botak tu, mungkin salah satu. Tapi sebab utama jatuh cinta tu memang sebab dia adalah dia. Kalau nak di list kn, banyakkkkk sangat and tak perlu kot dibagitau kat sini. Kesimpulannya, sebab peribadi dia. Dan aku kira, dia tentera, adalah bonus bagi aku.

Yang pasti, i'm looking forward untuk bina hidup dengan dia.
Bila, biar masa yang tentukan.

(p/s: sayang, i'm very proud of you.)

Wednesday, September 22, 2010

OMG!

Cedeynyeee dah nak abis praktikal. Serius ni, sedey!!

Ok, takpe. Jangan sedey. Awal tahun depan dah nak konvo.
So da tamat unibersiti, dengan ada Degree.
Da boleh kerja betul-betul,
dapat gaji, kumpol duit, beli kereta, beli rumah
and boley kawen.

lepas tu bina family sendiri,
dengan lelaki yang dicintai.

Oh i can't wait for it.

Monday, September 20, 2010

if only..

Ok. dalam kehidupan cinta kau, kau dah tempuhi macam-macam. Samalah macam negara empat musim tu. Adakala musim kau sedang berbahagia, yang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Ada jugak waktu musim kau berduka lara. Oh, ada jugak musim kau kesunyian, sorang-sorang sampai waktu tu handphone dah tak penting lagi bagi kau.

Macam mana sekalipun, nak atau tidak, mahu atau tak mahu, kau harus tempuh kesemua musim-musim itu. Sebab, kalau kau tak pernah menghadapi kesakitan, kau takkan menghargai indahnya perhubungan dan manisnya kasih-sayang.

Sekarang, bila kau dah ada seseorang yang kau kira sebagai kekasih, yang mana matlamat hidup kau adalah untuk mengahwini dia,
dengan sepenuh hati, kau cuba untuk jaga perhubungan tu. Kau pupuk cinta kau hari demi hari supaya ianya terus mekar dan harum.

Sebab, sebelum kau terima dia menjadi seseorang yang istimewa di hati kau, maknanya kau dah bersedia. Bersedia untuk bagi a full of commitment dalam perhubungan kau. All his or her bad character kau dah tolak tepi. Kau dah tak peduli. Yang kau tahu, kekasih kau lah yang paling cantik, paling baik, paling kacak dan paling sempurna dalam dunia.

and i already met a great guy..

n i want to spend the rest of my life, dengan dia.
Hanya dia.

Monday, September 13, 2010

Aku punya raya.

September 2010
Location: Pulau Pinang (umah Tok Ayah)



Sehari sebelum raya:
Masak-masak.




Raya pertama:
Di rumah saje. Takde mood nak ikut pi mana-mana.




Raya kedua:
Berbarbeque dan bersate. Happening!









Raya ketiga:
Piknik at batu feringgi. Seronok!










Tapi, raya without Tok Ayah, sangatlah tak sempurna..

Ah!

Masuk 3 bulan pertama bercinta, perasaan kau jadi makin sensitif.
Kau mula nak memberontak, kau mula curiga, dan kau mula curious.
Kau takut sayang dia pada kau berubah.
Kau takut apa yang kau rancang bersama dia tak jadi,
apa yang kau angan-angankan bersama dia punah.

Tiba-tiba jadi takut.

Tuesday, September 7, 2010

Sebab, dia istimewa.

(Dedicated to: Kapten Muhd Hussairi b. Taib)


Beza...
Beza sangat hidup bila ada someone yang kita sayang hadir dalam hidup.
Beza dengan masa kita single dan takde komitmen dengan sape-sape.
Beza bila sekarang dah ada hati lain yang harus kita jaga sebaiknya.
Beza bila kat kalender dah bertambah hari-hari penting yang juga perlu ditanda.
Beza bila dah tak lagi rasa cemburu tengok ada pasangan berpegangan tangan kat shopping complex.
Beza rasa bila kita disayangi setulus hati
Beza bila handphone dah tak boleh lagi tinggal merata.
Beza bila dalam fikiran hanya ada dia macam projektor.
Beza rasa bila hidup lebih bermakna.

Beza lahhhh!

To sayang,
Thanks for the peBEZAan yang dialami sekarang ni. I realized dat your love is so berBEZA coz u're insan yang sangat berBEZA and my feelings towards you juga berBEZA from others.

You are the BEAUTIFUL part of my life.

Thank you and i ♥ u.

Friday, September 3, 2010

You're not welcome anymore.

Kau perasan tak satu benda? Orang yang pernah kau gila-gila minat suatu waktu dahulu, sekarang perasaan tu dah lain. Dulu kau fikir, he or she is the one. Masa kau kecewa tu kau sedih gila-gila, menangis sampai habis 13 kotak tisu. Tapi sekarang? Mana perasaan tu pergi? Kau dah tak heran pun dengan dia. Sedikit perasaan cemburu pon takde kalau ada sape-sape yang nak ejas dia. Siiiiiikit pon dah takde.

Kalau memang berpisah cara baik takpe, tu lain. Tapi, kalau berpisah dengan cara dia kecewakan kau, dan kau frust tahap gaban, trust me..benda ni akan kena balik kat batang hidung dia. Masa kau dah 'sembuh dari luka' (chewah) dia pulak yang akan terhegeh-hegeh menagih kasih kau. Masa tu kau dah tak heran pon dia. Lagi-lagi kalau time tu kau dah ada kekasih baru. Mesti kau rasa nak je baling selipar kat muka sebab asyik ganggu hidup kau.

Sebab, tu lah hukum karma.

and..

"what goes around comes around"
and when it comes around its gonna Hit
you FUCKEN HARD...
so dont do the ones you love wrong because
KARMA will do your ass twice as WRONG!

Thursday, September 2, 2010

Dah lain, dah tak macam dulu...

8 Desember 2008:







Kalau dulu, setiap kali balik raya kat Penang je, sangat seronok. Semua sanak saudara berkumpul ramai-ramai. Yang paling happy sekali mestilah Tok Ayah. Mesti dia akan excited nak wat barbeque, then dia order sate sampai 500 cucuk then kitorang yang cucu-cucu dia ni akan bakar beramai-ramai kat halaman rumah.

Aku kat dapur pulak mulalah pulun potong kobis ngan carrot nak bikin coeslow. Semua sibuk, semua rajin dan semua sangat excited. Tradisi berbarbeque ni macam dah jadi adat tiap kali hari raya.

Tapi since Tok Ayah dah takde since Julai lepas, bahang-bahang tak best tu dah mula terasa. Sedey..sedey..sangat sedey. Rasa kehilangan sangat-sangat.

Dan raya tahun ni lah kali pertama kami akan menziarahi pusara Tok Ayah. Dan tradisi menziarahi pusara Tok Ayah ni akan berterusan sampailah ke aku punya anak cucu.

Hmm sumpah! sangat merindui beliau saat ini.