Monday, August 30, 2010

andai lelaki tahu..

Andai lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan.
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh-kesahnya,
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.

Andai lelaki tahu..
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
Marah seorang perempuan perlu didekati.
Sedih seorang perempuan harus didengari.
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi.

Andai lelaki tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut.
Bukan untuk dimanjai,
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh.
Hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terasa wujud
walau di saat jauh.

Kerana andai lelaki tahu..
Hati itu akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan,

'wujudkah cinta itu di hati lelaki bila di saat jauh tanpa perkhabaran??'

(sumber: dari BERNAMA) kehkeh.

Wednesday, August 25, 2010

Kita di fesbuk.


Aku noticed satu benda. Kebanyakkan orang yang bercinta ni aneh. Aneh dari segi gerak laku dia. Aneh dari segi penulisan, even dalam percakapan pon nampak aneh. Kalau dulu masa sekolah, bahasa melayu berterabur. Tapi sekarang, status update kemain lagi. Bersastera, berbunge-bunge dan sangat berfalsampah. Err maksud aku berfalsafah.

Aku heran, kenapa harus pertikaikan pasangan yang 'bermesra-mesra' di fesbuk. Misal kata si guy cakap 'i love u' kat wall si gadis. Then si gadis pun reply pulak 'i rindu u', dan sebagainya yang ada kena mengena dengan kejiwangan dan bla bla bla. Biarkanlah mereka. Kau tumpang bahagia sudahh. (ya, aku akan CUBA elakkan benda-benda camni) Tapi cakap windu sekali sekala tak salah wehhh. Hehe.

Memang sometimes akan nampak geli. But biarkanlah mereka (dah dua kali ni aku ulang) Takde kacau sape-sape malah kau boleh tumpang bahagia bagi pihak kawan kau. Sebab pada aku itu lebih baik daripada sesetengah manusia yang jadikan fesbuk sebagai tempat nak memaki-hamun atau any kind of things yang menunjukkan ketidak'profesional'an diri masing-masing.

Sebabnya, aku suka mengenali seseorang melalui status update. Bialah status lawak bodoh pon, asalkan bukan menunjukkan kebodohan kita. Maksud tunjukkan kebodohan tu ialah dengan memaki hamun tanpa langsung 'berlapik' ataupun jadikan fesbuk sebagai medium untuk bergaduh sesama sendiri (yelah, tak berani nak sound depan-depan, sound dalam fesbuk, pastu balas-balas komen dengan saling maki-memaki)
For me, it is so stupid lahh. (pempuan yang selalu aku jumpa camni. Lelaki tak pernah lah pulok)

Samalah jugak macam kau jaja cerita dalam kelambu. Kau nak ke?
Heh heh heh.

Friday, August 20, 2010

Nak kawen.

Bila kau tengok satu baby tu comel gila, kau mula terpikir macam manalah rupa anak kau nanti. Kau mula berangan nak bubuh nama anak kau apa. Kau pun perasan, agaknya anak kau nanti mesti cantik ataupun hensem macam kau. Kau pergi wedding member kau, kau cemburu walaupun sebenarnya kau tumpang gembira. Yer, kau cemburu sebab teka-teki tentang jodoh dia dah terjawab. tapi jodoh kau? Peluh mula meleleh kat dahi kau, risau kalau-kalau jodoh kau lambat atau kau risau, siapalah akan jadi pasangan kau masa kat pelamin nanti.

Bagi yang unavailable (maksudnya yang dah berboyfriend atau girlfriend), kerisauan kau kurang sebab calon dah ada depan mata. Kau hanya perlu ke step yang seterusnya yang kau sendiri tau dan malas aku nak bagitau.

Bagi gadis yang seangkatan macam aku, mestilah terkial-kial nak perlengkapkan ilmu kat dada sebelum bergelar isteri bagi seorang lelaki. Especially hal-hal berkaitan ekonomi rumahtangga (walhal kau dah belajar masa kat sekolah dulu). Mulalah beli buku resipi, baca blog2 pasal resipi, dsb. Bajet nak curik hati suami dari perutnya lah konon. ahaks!!

Dan aku ada terbaca kata-kata sorang hamba Allah ni, dia kata...

Cara-cara memikat hati lelaki ialah KASIHKAN IBUNYA dan JAGA ZURIATNYA.

Hmm betul-betul tinggalkan kesan kat hati aku. Dan perasaan nak kawen meronta-ronta dalam jiwa. Serius, memang gatal. Tapi tolong lah jangan geli. Hehe.

Ya, masa akan tiba jua satu saat nanti. Tapi,

kalaulah kawen tu semudah ABC...

Thursday, August 19, 2010

Hargaiii lah!

Pernah tak sekali dalam hidup kau, kau betul-betul hargai apa yang kau ada?
Cuba bagitau aku apa yang kau appreciate. Karut semuanya.

Tapi sebenarnya.. selagi kau hidup, kau tak pernah hargai apa yang kau ada.
Sebab lumrah manusia, semua mahu lebih. Dapat satu, mahu dua.
Kau takkan sedar bahawa sesuatu tu berharga sampailah kau kehilangan ia. Dan bila kau kehilangan ia, saat tu lah kau berharap untuk kembali ke masa lalu, untuk kau perbaiki kesilapan kau.

Semuanya gara-gara kau yang tidak tahu untuk appreciate. Sebab tu aku nak cakap, hargailah orang yang sedang sayang pada kau sebab kau takkan tahu, sampai satu saat, kau pula akan sayang pada dia. Dan saat tu, dia masih sayang pada kau ke macam suatu saat dulu?

ataupun,

Kau sayang pada dia, dia sayang pada kau. Tapi sayang dia pada kau padam tiba-tiba atas kesilapan kau yang tidak tahu atau sengaja tak mahu appreciate.

Sebab perasaan tu macam magic lah, kau kena berhati-hati. Harini kau boleh suka, besok kau boleh benci. Harini kau benci, sok lusa kau suka.

Dan kau harus yakin, kesabaran kau untuk hargai sesuatu akan ada ganjaran,

..bila sampai masanya.

Friday, August 6, 2010

Dear, John.





Kelmarin, layan satu dvd ni tajuk 'Dear John', lakonan Channing Tatum (sumpah kacak!) and Amanda Seyfried. Tak rancang pon nak beli dvd tu sebab tatau pon cerita pasal apa, just tertarik dengan covernya yang romantik tu je. (Oh i love cerita romantik!!) Ok, layan punya layan, rupa-rupanya...

it is the best romantic couple since 'the notebook'!

Based on best seller novel rupanya. No wonder jalan cerita dia sooooo best.
Nak layan lagi lah untuk kali ke 44!