Lain la i rasa sekarang lepas raya ni. Lain dowh! Sebelum ni excited menghitung hari untuk berjumpa buah hati. Tapi sekarang i rasa mungkin tahun depan baru i dapat jumpa dia (tahun depan? OMG lamanyaaaa).
Takpela coz i kira itu pengorbanan i buat dia. Dan i selalu sedapkan hati i, biarlah jauh-jauh dulu, kang lepas ni dekat-dekat sangat pulak (dekat-dekat sangat tu bermaksud, i celik-celik mata dia ada sebelah i, nak tidur pun dia ada sebelah i). Ouch!
Since dia dah posting ke Kelantan ni, macam biasa la, dia ada orientasi juga. Tapi i suka lagi bahasakan bahawa mereka kena dera (jahatlah diorang ni, dera sayang i). I sms banyak-banyak pun, dia tak dapat nak reply. Tapi kalau sekali dia reply, seronoknyaaaaaa. I baca sms tu ulang-ulang. Pastu senyum sorang-sorang.
Sekarang ni, i kerap berhujung minggu di rumah. Selalu di rumah sorang-sorang akibat malas mengikuti mama ke mana-mana. Lepak atas katil sambil peluk penyu (yang dia kasi), layan perasaan, dengar muzik jiwang dan pejam mata sambil visualized dia kat fikiran.
Pun dah cukup indah buat i.
Please pulang cepat, kapt Muhd Hussairi coz i miss you a lot. A lot tau. Banyakkkkkk.