Wednesday, January 9, 2013

Kahwin's matter

Kurang dua bulan lagi i akan menamatkan zaman bujang. Kira setahun lebih sikit la bertunang. Boleh tahan, ada juga la sikit-sikit dugaan yang lastly, tunang i mengalah. Kadang bila i rasa ego, tak nak mengalah, tak mahu mengaku salah, i fikir, hubungan ni lebih penting dari ego i kan, lantas i pohon sorry.  Benda paling susah dalam dunia adalah melawan ego. Seriously.

Jujur, tak mudah untuk i bergerak sendiri tanpa tunang di sisi. Tak boleh nak jumpa hari-hari. Discuss hal kahwin dengan mata bertemu mata susah sekali. Setiap kali expo pengantin, i hanya gigit jari. So, i akan listkan 'things to do' sebelum dia dapat cuti untuk pulang ke sini. Nak pergi mana-mana semuanya berdiri di atas kaki sendiri. *nangis jap aaa

Dan tiap kali nak bincang hal kahwin dalam telefon, tiap kali tu jugak gaduh pastu cool down pastu gaduh balik. Pastu esok dah buat-buat lupa, wish good morning macam biasa. Laa ni bila nak dekat-dekat tarikh kahwin ni, dah boleh rasional (soal masa depan maa). Ayat standart dia, sayang sabar laaa. Lagi satu, bila dalam phone, i tak boleh dengar dia cakap dia lapar. I cakap 'kalau ada kite ni, sayang tak sempat nak lapar tau'. Hari-hari i fikir, apalah agaknya dia makan harini. Minum air kosong cukup lapan gelas sehari tak. Bilik bersapu baju berbasuh tak. Hussairi ni badan je besar gajah tapi manja mengada-ngada. Anak bongsu katanyaaaa (kite gurau jeeeee).

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kita kahwin dengan Hussairi tercinta, dua haribulan tiga.


muka tak mandi pergi kerja



Semoga dipermudahkan segalanya.