Wednesday, April 28, 2010

Apa?

Satu paper dah lepas. Tesis da submit (submit je. diterima @ tak, ha itu kita tatau). Sekarang tingal lagi satu je paper on 7Mei ni. Arghhh nak abiskan sumer cepat-cepat. Nak kosongkan minda dari semua benda-benda serabut nih.

Pastu...

Nak tutup mata pada dunia luar. Yang ada, kau dan aku. Sahaja.
Dan sebijik kereta, dan sebuah rumah.
Siapa dan apa, aku tak mau tahu.

Saturday, April 10, 2010

Susah rupanya jadi lelaki

Malam tu, masa kitorang sedang tengok Buletin Utama, kak Sya, housemate aku melahirkan rasa kesalnya terhadap boyfriend dia. Katanya sekarang boyfriend dia da jarang beri perhatian kat dia. Kalau dulu tiap-tiap hari jumpa, sekarang nak kuar dating seminggu sekali pon susah. Asyik busy busy busy.

Ok, normally, kalau couple yang ada dalam situasi camtu, tak lain tak bukan mesti sebab da beralih kasih kn? Aku tau, itu yang korang fikir.

Kak Sya cakap, hati dia pedih sangat, terguris, terhiris cam dihiris ngan pisau yang baru lepas diasah. Dia cakap, dia tau boyfriend dia memang bekerja keras supaya mereka dapat hidup berdua dengan selesa after kawen nanti. Cuma dia yang tak dapat adapt ngan situasi baru yang sedang dia hadapi sekarang sampai dia pernah cakap 'tak nak kawen' setelah kad sume da siap ditempah and persiapan dah hampir 80 per cent!


Ada dua situasi kat sini. Pertama si girlfriend yang mengharapkan pasangannya selalu berada di samping dia and kedua, si boyfriend yang terpaksa letakkan keutamaan pada kerjaya dan meletakkan pasangan ke tangga kedua. Aku faham betapa dilemanya si lelaki dan betapa dia perlu membuat pilihan walaupun dia tahu kesan sampingan yang bakal dia hadapi nanti.

Dan aku jugak faham betapa si gadis nak kan perhatian dari pasangan dia and nak kan keutamaan diberikan padanya melebihi semua perkara. Pastu bila keinginan tak dipenuhi, mereka akan merajuk ataupun mengugut kononnya nak putuskan hubungan semata-mata nak raih perhatian si kekasih hati.

Kalau dapat boyfriend yang sabar, yang sanggup memujuk atau yang sanggup mengaku bersalah padahal dah terang-terang si perempuan yang bersalah ok la. Tapi kalau dapat lelaki yang ego, cepat naik hangin and langsung takde kesabaran camne?

Sebab tu la Tuhan jadikan perempuan dari tulang rusuk lelaki, bahagian yang dekat dengan hati supaya mereka ni dikasihi dan disayangi. Perempuan dan sensitif kan sinonim. So layan lah mereka dengan sebaiknya walaupun kau terpaksa melayan mereka seperti kanak-kanak berumur 12 tahun.

Kalau tak, apa guna 9 akal dan 1 nafsu yang Tuhan dah anugerahkan kat kau tu, kan?

Wednesday, April 7, 2010

Perempuan dan cemburu

Every able mind and body, will experience this. Tak kisah la kau lelaki ke atau kau perempuan, memang normal untuk rasa cemburu. Tapi orang selalu cakap yang cemburu ni, perempuan selalu lebih sket. Ye ke? Oh tidak..tidak...sama je sebenarnya. kau cemburu tu tandanya kau normal. Kadang kita perlu untuk rasa cemburu sebab ia membuktikan bahawa kau sedang sayang pada dia.


Kau cemburu bila kau rasa tergugat pada orang lain yang mungkin berpeluang rampas dia daripada kau. Kau cemburu bila kaseh sayang dia pada kau kurang sket pada orang lain.


Kalau dalam sesuatu hubungan tu, mana-mana hubungan pon, kau perlu untuk rasa cemburu. Kalau kau tak cemburu, maknanye kau memang tak berperasaan.


Ada some girls out there yang sanggup wat macam-macam untuk kasi pasangannya cemburu semata-mata nak uji tahap sayang padanya. Tak pon, bila kau geram, bila kau marah pada pasangan kau, kau akan create something supaya pasangan kau cemburu. Kira kau nak 'padan muka' kan pasangan kau. Pastu bila pasangan kau cemburu, kau akan senyum puas. Kau kira dia sayang pada kau.


Tapi aku...dah lama tak rasa cemburu.


Sebab i'm not in any kind of relationship..yet.

Tuesday, April 6, 2010

Ber in a relationship?

Being in a relationship ni sebenarnya tak mudah, melainkan kau permudahkannya. The main point yang harus ada di dalam sesuatu relationship is komitmen. Kalau takde komitmen, memang dua tiga hari lepas tu dah boleh byebye. Mereka yang dah ber in a relationship sebenarnya adalah mereka yang bersedia untuk beri komitmen terhadap pasangan masing-masing. Dan juga dah bersedia curahkan sepenuh kaseh-sayang buat si dia.


Komitmen ni bukan kerja seorang, tapi berdua. Sebab tu lah relationship is like taking risk. Sama jugak macam kau berjudi. Maksudnya kau mempertaruhkan nasib kau. Ini bukan soal menang atau kalah TAPI kau kena bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan, kesan dan akibat hasil dari relationship tersebut.


Being in a relationship juga, tak bermakna kau akan bahagia sentiasa. Relationship kau tak semestinya indah. Kalau hari ni kau rasa bahagia sangat-sangat, besok lusa mungkin kau akan menangis sampai habis 2-3 kotak tisu. Time tu mungkin kau akan rasa menyesal berada di dalam relationship tu dan akan berada di fikiran kau; "kalau lah aku tau benda ni akan terjadi...."


Ya, kita bukan Tuhan. Kita bukan malaikat. Kita tak mampu nak menolak takdir dan kita juga tak tahu apa yang bakal menanti kita. Bila difikir-fikir balik, baru kau akan sedar, semua tu sebenarnya mengajar kau. Time kau terima dan untuk berada di dalam relationship tu maksudnya kau dah bersedia. Kalau tak, kenapa kau beria-ia to be in dat relationship, kan?


Namun, being in relationship juga adalah untuk melihat kematangan kau. Macam mana kau handle situation, macam mana kau buat keputusan dan juga macam mana kau nak jaga hati orang. Dalam masa yang sama, kau akan belajar untuk lebih sensitif terhadap perasaan orang lain. Juga macam mana kau nak handle kehidupan kau dan kekasih kau.


Bagi aku, kalau kau nak being in a relationship sekadar untuk fill in the blank, baik kau batalkan niat murni kau. Kadang kita tengok ada couple yang dah bercinta 3-4 years, full of love, alih-alih putus camtu je. Tengok, betapa mudahnya perasaan cinta tu boleh beralih pada orang lain dalam sekelip mata. magic kan?


Macam aku, bila hubungan aku dengan guy yang penah aku jalin cinta terputus kat tengah jalan, aku selalu bermonolog ngan diri aku sendiri...


"kenapa jumpa kalau untuk berpisah?"