Saturday, May 28, 2011

Senyum.

Sepanjang i berbelog, i tak pernah story pasal masalah dalam perhubungan i. Tak habis-habis i cerita pasal indahnya percintaan i dan kerap menggambarkan betapa bertuahnya i menjalinkan hubungan dengan dia. Semua serba indah. I puji pasangan i melambung-lambung.

Tapi bila i tengah sedih, kecewa, sakit hati, jiwa i sebenarnya meronta-ronta nak luahkan pada blog sebab konon hanya dia yang faham jiwa i saat tu. Tapi, baru i nak bina ayat, terus tak jadi. Baru i tersedar, sini bukan medium dia untuk i jaja cerita tak best pasal pasangan i, pasal hubungan kami. Sebab masa perasaan tengah tak best, dalam kepala otak kau semua pun negatif. Semua pun tak rasional.

Dan secara jujurnya, i teringin nak berada di tempat boyfriend i sekarang.  Di mana kekasih dia kerap menceritakan tentang kisah indah cinta mereka tanpa cacat cela.

Macam mana rasanya ya?

Wednesday, May 25, 2011

Kesayangan hamba.





" Happy Anniversary in advance sayang. 
Can i stop the world and melts with you? "






Saturday, May 21, 2011

Finally we did it.

16 May 2011

Pre convocation photo shoot  by KameraMin :





18 May 2011


Rasa lega gila bila dah berjaya naik stage terima scrool degree dengan penuh kembang kempisnya. Tapi i kecewa dengan gambar i atas stage. Senyum macam tak ikhlas. Baru ingat nanti kawen, boleh gantung frame atas stage kat dinding rumah kami suami isteri. Ahaha. Tak kisah la sebab i dah pun tersangat-sangat happy dengan kehadiran insan yang i cintai pada hari bersejarah i (geli je guna bersejarah).


Haa, nasib baik sampai jugak. Kalau tak sampai jugak mesti i dah kurung diri dalam bilik, off handphone, tak mau makan, tak mahu mandi (macam tipu je tang tak mau makan tu).



Dalam dewan, tunggu giliran. Serius bosan. Punggung pun naik kebas. Time ni i rasa nak je duduk bersila sambil makan keropok. Nasib baik kamera merata-rata takut dia zoom pada i sebab bertindak kurang sopan.

Lepas tu kita pergi jalan-jalan pantai..

Sayang tulis.

i tulis.

And, before balik KL, singgah makan sini. Thanks babyyy. 
The food was awesome dan tempat dia sangat romantikkk! 

End of the day. 

Tuesday, May 17, 2011

Sebelum konvo.


Semua muka excited nak konvo. Inilah kelas terbaik paling terbaik pernah i masuk. Love korang! 


And..last but not least, my bestfriend yang paling i sayang sepanjang 3 tahun di Uitm. Yang banyak nasihatkan i bila i nakal, yang sentiasa kasi i dorongan bila i down down down. Yang care pasal i bila i demam. Yang selalu marah i bila i asyik nak ponteng kuliah dan malas buat assignment. Yang selalu warning i bila i asyik shopping tak ingat dunia tiap kali scholarship masuk. Yang hulurkan pertolongan bila poket i sesak. Yang selalu bancuhkan coffee untuk stay up sama-sama bila exam. Yang sudi tumpangkan bilik dia bila i jadi pendatang asing tanpa izin kat kolej melati.

Yang...yangggg...ah banyaklah! sambung tahun depan pulak. I lap you! Semoga berbahagia bersama Rushdan. Serius, i love you.

Saturday, May 14, 2011

Lihatlah dunia.

Terus-terang, i tak arif pasal berblogging. Isu-isu yang menimpa para bloggers pun i tak ambik port. Sebab i cuma minat ambik port pasal resipi-resipi dan sedikit kisah kehidupan kawan-kawan i.

Tapi perasan tak, dengan berblogging pun kau boleh jadi popular, selain rakam gambar kau tengah nyanyi sambil main gitar dan upload dalam youtube. Cuma dalam berblogging kau boleh pilih untuk dedahkan identiti kau atau tak. I prefer lagi kalau kau popular dengan penulisan kau yang super power tanpa perlu mempublisitikan kecantikkan kau semata-mata nak pikat readers. Tapi kau boleh extra-extra popular kalau penulisan kau best dan kau CANTIK. Kau tulis dua tiga patah ayat je, tapi gambar kau, berkeping-keping kau upload (dalam pelbagai posing), yang kalau ada guys tengok, diorang terus rasa nak masuk meminang kau, sekelip mata je dah boleh cecah beribu-riban follower. Kau cerita pasal lupa kasi kucing makan pagi tadi pun, berpuluh-puluh orang komen. Tapi bukan komen pasal kucing, tapi komen "eh cantiklah awak ni", "suka tengok awak" ataupun "indahnya ciptaan Tuhan".

I sendiri pun suka tengok blog orang-orang cantik ni. Bukan sebab blog mereka cantik, tapi tuan punya blog yang cantik. Pastu bila tengok, self-esteem mulalah rendah sebab diorang cantik sangat! Tak tahulah teknik photoshop, atau diorang memang dilahirkan cantik gila (kalau tak cantik, tapi mengedit je lebih rajin lah pulak kan). Lepas tu tengok pulak follower dia, mai aihhh, cecah berpuluh ribu. Kagum kagummm.

Mungkin ada yang tak tahu (i pun baru tahu), di sebalik glamournya mereka di dunia blogging ni, ramai yang dengki dan anonymous (anon) ni akan komen kat posting mereka yang buat mereka sakit hati. Mungkin jugak tru chat box mereka. Contohnya komen berbaur dengki tu lebih kurang macam ni:

"Simpanlah kecantikkan untuk suami kau nanti. Tak payah tayang-tayang kat orang" ataupun, "Kau duk tayang sangat cantik kau ni, kena simbah asid baru tahu" (ayat ni memang tak bole blah)
"Kau ingat kau cantik sangat ke?"

I percaya, anon yang bertindak camni mesti kurang cantik dan cemburu bila ramai orang memuji-muji orang yang dia cemburui itu. Kalau tak, tak kan komen cenggitu kan. Anon ni memang akan target owner blog yang cantik yang banyak taruk gambar cantik dia untuk tontotan umum sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Pastuuu.. Pastuuu kannnn...

yang tuan punye blog yang ada anon dengki pun mula menyinga dan buat entry:

"Hey ni blog aku la, sukahati aku lah nak post apa pun...bla..bla..bla.....sampai lapan belas perenggan (ni kalau yang emo) atau, "Kau duk kutuk-kutuk aku macam ni, takde efek pun. Follower aku ramai jugak. Haha"

Bagi i, ini bahaya. Sebab anon ni jenis manusia psycho. Dia sorok identiti dia, takde orang boleh kesan guna gps ataupun google maps.

Kesimpulan yang i dapat, low profile jugak yang terbaik instead of pergi blog orang lain yang tak kenal,

"Hai. Nice blog. I dah follow you. You follow i balik ye".

Excited gila.


Ohh saya sangat teruja untuk memakai baju baru, kasut baru dan berkonvo di dewan baru!

Dewan Agong Tuanku Canselor,

We're coming!!

Hugs,
All of us.

Thursday, May 12, 2011

Jealousy.

Baru lepas baca belog-belog mereka yang bakal jadi pengantin tak lama lagi. Satu je yang i nak cakap. I cemburuuuu! Walau cemburu tapi i suka. Banyak sangat belog bride to be yang i follow, selain dari belog pasal masakan dan resipi. Bila i baca, i cuba selami perasaan mereka yang menghitung hari menanti hari bahagia mereka. I suka baca dari kisah diorang bertunang, nikah sampailah bakal jadi mummy. Seronok weh! I tumpang bahagia walaupun i tak kenal mereka.

Bukan baca kosong, tapi  i cuba ambil inspirasi walaupun i tak tahu bila i nak start cerita pasal semua tu dalam belog i. I malas nak kongsi angan-angan tu sekarang selagi belum ada tanda-tanda lampu hijau dari boyfriend i.

I ada cerita kat boyfriend yang i cemburu, ada officemate i yang dah bertunang, hari-hari pun tunang dia hantar pergi kerja,  jemput balik kerja. Terus terang i cakap pada dia, i pun nak macam tu. Tapi i tak nak boyfriend atau tunang i yang buat macam tu, i nak husband i yang buat macam tu. I tahu dia faham apa yang i cuba sampaikan.

Pulak sekarang ni, boyfriend i cakap dia tak tahu lagi akan dihantar posting kat mana. Mungkin Kuantan, KL atau Labuan base. Awal-awal i cakap i tak nak dia pergi Labuan tanpa i. Kalau dia dihantar posting kat sana, kena nikah dengan i dan bawak i pergi sana juga. Bila masuk bab kalau nak berjauhan-berjauhan macam ni, i mulalah nak sedih. I tak suka bila dia cakap pasal ni (walaupun dia cakap kat Labuan nanti gaji masyukkkk dan boleh kumpul duit dan cepat-cepat masuk meminang i). I tetap tak nak dengar dari dia lagi pasal ni.

Ohh satu belog yang sangat i sangat suka. Serius cool. Klik sini (saja ubah topik).

Bye.

Friday, May 6, 2011

Woi, nak konvo da woi.

So seronok sebab persiapan untuk konvo dah 90% done. Baju kurung dah beli semalam. Semua bil yang belum settle, dah settle. Segala macam yang patut diprint, sudah diprint (print kat ofis, jimat!). Cuti, bulan lepas lagi dah apply. Cuma kasut je, kasut bertutup so far yang i survey semua tak cun. Pastu tumit dia, tak tinggi macam yang i nak. I nak yang tumit tinggiiiiii. Nanti nak bergambar sebelah boyfriend i, baru lah bagai pinang di belah lapan belas.

Dan sesungguhnya, i sangat mengharapkan kedatangan boyfriend i di hari konvokesyen i nanti. I dah tak kisah. Kalau sebelum ni i paksa dia bawak hadiah banyak-banyak dan besar-besar, sekarang, dia adalah hadiah yang besar dan bermakna bagi i. Ye, betul. Cukup besarrr dan valuable sekali.

So, i akan bercuti panjangggg dari sabtu, ahad, isnin, selasa dan rabu. Khamis masuk kerja balik. Ah bosan!

Sayang, i'll see you on 18th May!! *mood: bunga bunga cinta.

Tuesday, May 3, 2011

Nak kahwin.

I tak tahulah, lately ni jiwa i sering meronta-ronta untuk cepat-cepat mendirikan rumahtangga. And i pun keep on ulang cakap 'sayang jom kahwin, sayang cepatlah masuk meminang'. Mungkin sebab i rasa diri i dah tua walaupun i ni nampak muda dari usia. I tak boleh la, bila dah jumpa pastu duduk jauh-jauh balik. I mulalah cepat emo. Sikit-sikit nak nangis (alamak, kantoi). Bila rindu gila mulalah terbayang-bayang dia kat tubir mata. Pastu tap tap air mata jatuh. Bantal pun basah, jadi peta asia tenggara. Lepas dah jumpa, sehari dua tu memang over sikit rindu i pada dia. Dan bila tengah rindu gila, dapat call dari dia, dengar suara dia, dada mulalah konon-konon sebak. Memang betul-betul punya mahakarya cinta. Terima kasih air mata, sebab selalu jadi peneman setia.

Waktu i cakap 'besnya kalau dapat kahwin ngan sayang', dia jawab 'apa pulak kalau-kalau, memang kena kahwin ngan kite pun'. Tipulah kalau i cakap hati i tak berbunga-bunga! Dan so comel bila dia kata tengah kumpul duit untuk kahwin dalam tabung (walaupun i cakap i akan curi tabung dia untuk i beli blackberry). Tu pun dari botol minuman jadikan tabung. Alahai kesian. Nanti kite berusaha jugak pergi cari tabung Liverpool dan hadiahkan pada awak okey!