Saturday, May 14, 2011

Lihatlah dunia.

Terus-terang, i tak arif pasal berblogging. Isu-isu yang menimpa para bloggers pun i tak ambik port. Sebab i cuma minat ambik port pasal resipi-resipi dan sedikit kisah kehidupan kawan-kawan i.

Tapi perasan tak, dengan berblogging pun kau boleh jadi popular, selain rakam gambar kau tengah nyanyi sambil main gitar dan upload dalam youtube. Cuma dalam berblogging kau boleh pilih untuk dedahkan identiti kau atau tak. I prefer lagi kalau kau popular dengan penulisan kau yang super power tanpa perlu mempublisitikan kecantikkan kau semata-mata nak pikat readers. Tapi kau boleh extra-extra popular kalau penulisan kau best dan kau CANTIK. Kau tulis dua tiga patah ayat je, tapi gambar kau, berkeping-keping kau upload (dalam pelbagai posing), yang kalau ada guys tengok, diorang terus rasa nak masuk meminang kau, sekelip mata je dah boleh cecah beribu-riban follower. Kau cerita pasal lupa kasi kucing makan pagi tadi pun, berpuluh-puluh orang komen. Tapi bukan komen pasal kucing, tapi komen "eh cantiklah awak ni", "suka tengok awak" ataupun "indahnya ciptaan Tuhan".

I sendiri pun suka tengok blog orang-orang cantik ni. Bukan sebab blog mereka cantik, tapi tuan punya blog yang cantik. Pastu bila tengok, self-esteem mulalah rendah sebab diorang cantik sangat! Tak tahulah teknik photoshop, atau diorang memang dilahirkan cantik gila (kalau tak cantik, tapi mengedit je lebih rajin lah pulak kan). Lepas tu tengok pulak follower dia, mai aihhh, cecah berpuluh ribu. Kagum kagummm.

Mungkin ada yang tak tahu (i pun baru tahu), di sebalik glamournya mereka di dunia blogging ni, ramai yang dengki dan anonymous (anon) ni akan komen kat posting mereka yang buat mereka sakit hati. Mungkin jugak tru chat box mereka. Contohnya komen berbaur dengki tu lebih kurang macam ni:

"Simpanlah kecantikkan untuk suami kau nanti. Tak payah tayang-tayang kat orang" ataupun, "Kau duk tayang sangat cantik kau ni, kena simbah asid baru tahu" (ayat ni memang tak bole blah)
"Kau ingat kau cantik sangat ke?"

I percaya, anon yang bertindak camni mesti kurang cantik dan cemburu bila ramai orang memuji-muji orang yang dia cemburui itu. Kalau tak, tak kan komen cenggitu kan. Anon ni memang akan target owner blog yang cantik yang banyak taruk gambar cantik dia untuk tontotan umum sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Pastuuu.. Pastuuu kannnn...

yang tuan punye blog yang ada anon dengki pun mula menyinga dan buat entry:

"Hey ni blog aku la, sukahati aku lah nak post apa pun...bla..bla..bla.....sampai lapan belas perenggan (ni kalau yang emo) atau, "Kau duk kutuk-kutuk aku macam ni, takde efek pun. Follower aku ramai jugak. Haha"

Bagi i, ini bahaya. Sebab anon ni jenis manusia psycho. Dia sorok identiti dia, takde orang boleh kesan guna gps ataupun google maps.

Kesimpulan yang i dapat, low profile jugak yang terbaik instead of pergi blog orang lain yang tak kenal,

"Hai. Nice blog. I dah follow you. You follow i balik ye".

2 comments:

  1. low profile jek..
    anon tuh bg msg mcm tuh bkn ape,nshtkan aje~
    kdg2 tuh entry ntah pape2,tpi tepek gmbo sini sana..adehhh..depends kot pda cra owg..
    nk ckp lbh2 kang kcik ati..pkr la sndri~

    ReplyDelete
  2. setuju dengan nabiel! alaaa sebab dorg cun tu yg dorg wat camtu. ce kalu yg x cun wat cmtu??? mst lagi terok kna maki ngn anon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.