I paling bengang bila i buat call, then voice mail yang akan jawab. Ataupun bila i call, tak ada orang pick up the phone di sebelah sana. Semalam i tunggu encik buah hati balik supaya kita sama-sama boleh bergayut di phone sebelum tidur (sebab i hanya mahu mendengar suaranya sebelum i tidur). I tahu dia tak suka call lama-lama kalau dia tengah kat luar especially bila bersama teman-teman beliau. Dia suka bila dah baring selesa-selesa kat katil baru cakap dengan i. Semalam tu i excited tunggu panggilan dari dia. Battery handphone dah cas penuh-penuh. I sms dia tak reply. I sms lagi, pun dia tak reply. I call, tak berangkat. I call, call, call dan call sampailah terlena sendiri. Lena dalam keadaan tak seronok. Padanlah tak bermimpi indah semalam.
Pagi-pagi i celik mata, dapat sms sorry dari dia (dia kata dia tertidur gara-gara keletihan). Dapat sms je without any missed call. I bengang lagi. I tak puas hati sebab i rasa dia macam tak ada rasa bersalah. Sekurang-kurangnya buat-buat lah missed call lapan belas kali ke, demi untuk kasi i puas hati.
I cakap kat dia i sakit hati. Dia call, i malas angkat sebab tak rajin. Bila dah rajin, i pick up phone terus marah-marah dia. Dan dia marah-marah i balik. I paling benci part ni. Part bila kena marah (i marah tak apa). I tak boleh bila i marah, dia tambah-tambahkan marah i lagi. I cuma berharap bila i marah, dia redakan marah i dengan kasih-sayang supaya marah i berubah menjadi kelembutan.
Finally apa yang i harap, berlaku. Dia minta maaf dengan kelembutan. Masa tu i terus sejuk. Dah boleh cakap lembut-lembut balik. I bersyukur sebab dia bukan panas baran, yang suka-suka hati boleh mencarut pada i bila tengah marah. Fuh!
Jujur, i tak suka bila waktu nak dekat period. Emosi berubah-ubah. Kerap rasa nak marah. Suka nak start bergaduh walaupun benda tu kecik gila. Selalu akan rasa kurang kasih-sayang, kurang perhatian dan semua perkara yang negatif. Sumpah tak best.
Korang laki-laki, korang tak rasa, benda ni macam tindakan refleks iaitu gerak balas terhadap rangsangan yang tidak dipelajari yang berlaku secara automatik dan pantas.
Apa yang i merepek?
Sayang, i mohon sorry sebab marah-marah you tadi.
Saturday, December 3, 2011
Friday, December 2, 2011
Fyra's diary.
Masa kecil-kecil dulu, masa hingus meleleh lagi i suka tulis diary. Dan salah satu part wajib yang i suka update ialah senarai 'kawan baik' dan 'kawan jahat'. Masa tu muda sangat. Tak matang. Cikgu yang i suka dan benci pun i tulis. Masa tu tak reti nak berboyfriend (bf) tak macam sekarang. Kalau masa sekolah dah ada boyfriend, for sure lah dari kulit muka depan sampai kulit belakang penuh dengan cerita-cerita bf. Masa tu comot. Tak cantik, (macamlah sekarang cantik). Sebab tu tak ada bf.
Sebelum ada bf, lepas dah dewasa sikit, i tulis dalam diary i ciri-ciri bf yang i idamkan. Dan bila dah ada bf, list tu dah melayang entah ke mana (dihembus sang bayu barangkali). Mujur ciri-ciri yang i idamkan itu ada pada beliau (tiba-tiba rindulah pulak pada abang beruniform biru, ah demm).
Sekarang, i dah tak boleh lagi tulis diary macam dulu. Sebab lepas i dah tulis panjang-panjang penuh satu muka, i baca balik lantas i akan koyak dan peronyokkan lalu campak ke dalam tong sampah.
I tak akan tulis diary lagi.
Sekarang, i dah tak boleh lagi tulis diary macam dulu. Sebab lepas i dah tulis panjang-panjang penuh satu muka, i baca balik lantas i akan koyak dan peronyokkan lalu campak ke dalam tong sampah.
I tak akan tulis diary lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)