Friday, March 22, 2013

Kehidupan selepas perkahwinan

Wooo wooo seronoknya dah kahwin. Dah boleh berkepit 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Boleh kongsi suka duka, hilai tawa bersama sama, sepanjang masa. So far, kitorang yang masih dalam mood pengantin baru ni (ecewahh) asyik ketawa sepanjang masa bila berdua. Dia usik i, jangan harap la i tak usik dia balik kan.

Situasi paling best untuk kita saling kena mengena ialah bila dalam kereta, dia pandu while he singing lagu yang sedang keudara di radio.

i: sayang, lagu ni siapa nyanyi? (dah tau dah maroon five nyanyi, tapi saja je)
he: maroon five
i: bialah dia nyanyi. wahahaha
he: ciss.
i: yes! yes! satu kosong.

Kadang dia nak kenakan i balik, dia putar putar soalan masa i tengah feeling nyanyi lagu menadah gerimis.

he: lagu ni hetty sarlene nyanyi kan? (eleh, padahal lagu ziana zian)
i: bukanlah, takkan lah suara ziana zain pun tak kenal.
he: dah tu, biarlah dia nyanyi. (dia wahahaha kan i balik)

Sampai tahap i asyik kalah je, time dia nyanyi dan i tanya lagu tu artis sekian sekian nyanyi, dia tak nak jawab atau jawab main main, i anggukkan kepala dia masa dia tengah drive. Kira i menang la! Tak kira tak kira.

I bersyukur i dapat pasangan yang tak boring dan yang boleh buat i ketawa tiap masa. Kalau nak serius je sepanjang masa, i boleh mati. Nasib baik sayang sporting, sayang best, sayang kacak dan sayang handsome (sayang sila belanja ayam golek seekor).

The funny part, i masih lagi bahasakan diri i dengan dia, sayang - kita, kita - sayang. I tak tahu nak bahasakan diri i apa. Ala, dia pun sama, kita - sayang, kita - sayang juga. Terbiasa dah dari zaman bercinta dulu. Mungkin bila dah berbaby nanti, baru panggil mama - papa, papa - mama. Kot? Tapi, berkita kita, i rasa cute. Case closed.

And the best part, i dapat masak lazat lazat untuk menambahkan lagi lemak tepu di perut hubby i itu. Bila hubby request nak makan tu, nak makan ni, jiwa i melonjak lonjak tak sabar nak masakkan. Masak dengan penuh rasa kasih sayang ni lain tau. Dia pulak terlalu memuja i cakap i lah masak paling sedap sekali dalam dunia. Letih la nak kena bagi seringgit tiap kali dia puji.

 come with barbeque sause and coeslow

ayam roasted ala kenny rogers


I tak cerita pasal honeymoon sebab kita tak honeymoon lagi. Lepas kenduri 2 Mac (sabtu) haritu, isnin terus balik Gong Kedak, Terengganu sebab rabu hubby dah kursus kat Kuantan for two month. I ok je tak honeymoon jauh jauh romantik romantik macam pasangan lain yang baru berkahwin. I faham kerja dia yang tak tentu masa. I tak boleh expect lebih lebih dan yang indah indah saja. Dengan adanya dia di sisi i, cukuplah. Itu saja.




Itu saja i pinta



Wednesday, March 6, 2013

Mrs Hussairi

Finally finally finally SYUKUR alhamdulillah, i dah selamat diijabkabulkan dengan lelaki yang sangat i cintai pada first march yang lepas. Sekarang pun i rasa macam mimpi lagi dah jadi isteri dia. Dah lama i tunggu saat ni dan sekarang i dah boleh tengok dia depan mata i hari hari. Dulu sebelum kahwin, dia selalu cakap "tak sabarnya nak kahwin ngan sayang, nak bahagiakan sayang". Now, bahagiaaaaa sangat i rasa. Pergi kedai makan pun, dia suka suap suap i, tak kasi i suap sendiri. How sweet! Mama lah yang paling happy sekali dapat menantu. Suka sangat dapat menantu askar. Dan i kira, doa dan impian masa i kecil kecil dulu nak bersuamikan askar, Tuhan makbulkan. So tiga malam lepas nikah tu, sayang i tidur kat rumah mama sebelum kitorang kena berangkat ke Jerteh, Terengganu sebab komitmen kerja encik sayang. Bestnya dapat pergi jauh jauh tinggalkan semua, mulakan hidup baru dengan dia. Sekali sekala boleh balik lepaskan rindu pada Kuala Lumpur, adik beradik dan kawan kawan. Tengah busy bercinta lah nak tulis entry panjang panjang. Jom layan gambar tak official dulu. Gambar dari official photographer siap lambat lagi.

Gambar di hari pernikahan, 1 Mac


muka ceria lepas dah sah

 i lagi

 my bestfriend. masa dia kahwin, i jadi pengapit 

 oh! my husband



On our reception, 2 Mac

 with member member KUIS

with member member UiTM

 sword barrel

potong cake



 segak segak

with bro ubai's family

thank you thank you thank you. i sukaaa semuaaaa

sedikit gambar dari OP:





Kapt Muhd Hussairi :-
Dia, tanpa aku tahu pada asalnya, adalah segalanya untuk aku.