Situasi paling best untuk kita saling kena mengena ialah bila dalam kereta, dia pandu while he singing lagu yang sedang keudara di radio.
i: sayang, lagu ni siapa nyanyi? (dah tau dah maroon five nyanyi, tapi saja je)
he: maroon five
i: bialah dia nyanyi. wahahaha
he: ciss.
i: yes! yes! satu kosong.
Kadang dia nak kenakan i balik, dia putar putar soalan masa i tengah feeling nyanyi lagu menadah gerimis.
he: lagu ni hetty sarlene nyanyi kan? (eleh, padahal lagu ziana zian)
i: bukanlah, takkan lah suara ziana zain pun tak kenal.
he: dah tu, biarlah dia nyanyi. (dia wahahaha kan i balik)
Sampai tahap i asyik kalah je, time dia nyanyi dan i tanya lagu tu artis sekian sekian nyanyi, dia tak nak jawab atau jawab main main, i anggukkan kepala dia masa dia tengah drive. Kira i menang la! Tak kira tak kira.
I bersyukur i dapat pasangan yang tak boring dan yang boleh buat i ketawa tiap masa. Kalau nak serius je sepanjang masa, i boleh mati. Nasib baik sayang sporting, sayang best, sayang kacak dan sayang handsome (sayang sila belanja ayam golek seekor).
The funny part, i masih lagi bahasakan diri i dengan dia, sayang - kita, kita - sayang. I tak tahu nak bahasakan diri i apa. Ala, dia pun sama, kita - sayang, kita - sayang juga. Terbiasa dah dari zaman bercinta dulu. Mungkin bila dah berbaby nanti, baru panggil mama - papa, papa - mama. Kot? Tapi, berkita kita, i rasa cute. Case closed.
And the best part, i dapat masak lazat lazat untuk menambahkan lagi lemak tepu di perut hubby i itu. Bila hubby request nak makan tu, nak makan ni, jiwa i melonjak lonjak tak sabar nak masakkan. Masak dengan penuh rasa kasih sayang ni lain tau. Dia pulak terlalu memuja i cakap i lah masak paling sedap sekali dalam dunia. Letih la nak kena bagi seringgit tiap kali dia puji.
come with barbeque sause and coeslow
ayam roasted ala kenny rogers
I tak cerita pasal honeymoon sebab kita tak honeymoon lagi. Lepas kenduri 2 Mac (sabtu) haritu, isnin terus balik Gong Kedak, Terengganu sebab rabu hubby dah kursus kat Kuantan for two month. I ok je tak honeymoon jauh jauh romantik romantik macam pasangan lain yang baru berkahwin. I faham kerja dia yang tak tentu masa. I tak boleh expect lebih lebih dan yang indah indah saja. Dengan adanya dia di sisi i, cukuplah. Itu saja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.