I nak cerita tentang pengalaman bersalin yang jarang jarang berlaku (tak cukup bulan). I bersalinkan Farhad sewaktu kandungan berusia 35 minggu. Semuanya bermula dengan ketuban i yang leaking secara tiba tiba.
23 Feb 2014 (ahad)
7:45am
Pangkalan Udara Gong Kedak
I tersedar dari tidur apabila i rasa ada cecair keluar dari saluran kencing. Cecair tu keluar laju dan banyak. Dalam hati i waktu tu, confirm ni bukan kencing. Confirm ni ketuban! I kejut husband di sebelah. Lepastu i berlari masuk bilik air, semakin banyak air keluar. Cairan yang jernih dan tidak berbau.
Hospital Besut
First time naik ambulans
Siap siap mandi, husband cepat cepat bawak ke Hospital Besut. Pergi ke kaunter kecemasan, i inform ketuban i leaking (waktu tu minggu ke 34). Staff tu suruh i pergi ke wad bersalin. Sampai wad bersalin, nurse ambil urine dan check denyutan jantung baby. Nurse cakap minggu ke 34 dah boleh bersalin dah ni, terus i dapat suntikan untuk matangkan paru paru baby, kat montot. Sakit sangat wa cakap lu. Tapi mujur sakit dia tak berpanjangan. Doktor seluk bawah check bukaan, baru 1 cm.
Then nurse cakap i akan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Memang confirm i kena tahan kat wad sana. I tak bawak apa apa barang pun kecuali handbag dan buku pink tu saja. Nurse suruh husband i follow dari belakang. Tapi husband balik dulu ambil baju i, charger phone semua dulu.
Dalam ambulans, ada sorang akak yang terbaring sedang mengerang kesakitan nak bersalin. I cuak plus simpati dengan akak tersebut. Haritu first time i naik ambulans dan ianya sangat laju tapi seronok woo sebab bole langgar lampu isyarat dan kenderaan lain kena kasi laluan.
HUSM
First time kena tahan wad
Berkampung kat spital
TQ darling husband for always being there
I dibawa ke wad bersalin. Doktor taruk alat untuk dengar jantung baby dan juga check bukaan. Time ni air ketuban tak henti henti mengalir sampai basah skirt i. I tak tau kenapa ketuban boleh leaking walhal i waktu tu sihat walafiat, takda demam, batuk, seselma semua. Mungkin sebab infection apa apa yang tidak i ketahui.
Haritu jugak i ditahan di wad sehinggalah ke satu tempoh yang i tak tahu. Hari hari doktor tanya ada deman tak, ada sakit contraction tak, air ketuban di pad ada tukar warna tak. I cuma berharap doktor kasi i pulang segera. Tapi malangnya tak. Hari hari jugak kena ambil darah, kena check jantung baby, kena makan antibiotik, kena tukar pad sebab ketuban makin banyak pulak keluar.
Hari hari jugak berdoa semoga bayi i baik baik saja di dalam dengan ketuban yang semakin berkurang.
26 Feb 2014
Beberapa minit sebelum ke labor room
Hari keempat di situ i mula rasa contraction yang sekejap sekejap tu. Ketuban di pad, i mula perasan ada kaler hijau hijau yang bermakna baby sudah berak dalam perut. Doktor kata baby i dah stress dan i harus bersalin segera. Doktor check bukaan, dah 4cm dan i kena siap siap untuk pergi labor room.
Kira kira pukul 10 malam, i ke labor room dengan debaran yang tak terkata. Sampai bilik i terus baring di katil, macam biasa nurse letak alat di perut untuk dengar jantung baby. Sumpah i tak tau rupanya i akan bersalin di bilik tu. I ingatkan nak dengar jantung baby je. Sebab bilik tu tak nampak macam bilik bersalin pun dan tak seperti bilik bersalin yang i bayangkan. Ada nurse masuk dia tulis tulis something kat dokumen. Lepas tu dia masukkan air melalui jarum ke badan i. I ingat air biasa, rupanya ubat air dan i telah diinduce!
Mula mula tak rasa sakit lagi cuma sakit contraction yang lima minit lima minit tu je. Lepas lebih kurang satu jam, i mula rasa sakit yang teramat di mana ubat tu dah mula nak buka rahim i. Tapi sakit hilang sekejap lepas tu datang semula. Ditambah dengan alat yang diletakkan atas perut tu lagi. Berat tau alat tu plus tengah sakit gila. I cuma mampu genggam tangan husband sambil dia baca doa sakit bersalin. Serius sakit gila contraction tu macam period pain tapi super duper berganda. Time tu i rasa nak cabut je jarum kat tangan i dan lari keluar sebab sakit sangat. At that time i rasa macam khayal sebab ubat tu mengantuk, nurse dah kasitau awal awal. Ok la mengantuk, sedar sedar je masa berlalu dengan pantas.
Kemudian i rasa nak terkencing sangat sangat. Nurse tu masuk terus i bagitau hajat i. I ingat nurse akan suruh i gi tandas rupanya tak. Dia siap siapkan alat semua lepastu dia suruh i kencing. I rasa macam puas sangat dapat kencing tapi i hairan apsal lama sangat kencing. Kemudia baru i syak, tu mesti air ketuban.
Lepas settle semua nurse tu keluar balik. Tinggal i ngan husband kat bilik. Sengsara sangat i rasa baring atas katil tu. Mujur husband kat sebelah untuk kasi i kekuatan. Dari bilik tu, i dengar dari bilik lain ada suara orang menjerit 'sakit! sakit!' Stress tak???? Potong stim i nak bersalin betul.
Bila nurse masuk semula, dia tanya ada rasa nak berak tak? I cakap ada! Ye, i nak berak. Check check alat yang kat perut i tu, bunyi jantung baby semakin ke bawah, tanda baby dah masuk laluan. Bila check bawah, dah nampak rambut baby, apa lagi terus la ke sessi yang ditunggu. Masa ni i tak ingat, serius i tak ingat apa nurse tu buat. I cuma ingat bila nurse arahkan untuk i teran.
Teran..teran.....
Maka pada 27 Feb, jam 2.50am lahirlah seorang khalifah di muka bumi ni. Nurse tunjuk anu baby pada i dan minta i sebut kuat jantina baby. I cakap 'boy!' Dan i terus lemah.
Baby di bawa keluar dan datang semula untuk diazankan oleh papa dia. Sejurus lepas kelahiran, i tak dapat pun peluk baby i, i sempat kiss je. Selesai azan, baby terus ke NICU. Esoknya baru i bole tengok baby i. Sedih kan.
Lepas tu sessi menjahit bahagian bawah. Macam terasa rasa lagi jarum mencucuk. Aaaa ngeriiiii walaupun dibius, tetap ngeri.
Ok, jom kita layan gambar!
......................................................................................
Baby i kecik kecik lagi dah pandai buat klako:
Tangan tu
Kaki tu
1 day old Farhad
Mama happy bila dapat bawak farhad pulang
We love you, son
Sedikit kesimpulan dari pengalaman i ni,
- Bersedialah bila kandungan dah masuk 7 bulan. Betullah, anytime je boleh bersalin. Macam i, bersalin sewaktu kandungan 8 bulan, dan betul tak ready. Waktu ni barang baby jauh dan belum dibasuh! I terkilan sangat. Mujur ada sikit barang yang sempat i beli kat sini sebelum bersalin.
- Ready je untuk bersalin di mana mana saja. Macam i, punyalah nak baby jadi warga Selangor, dan husband i nak anak dia jadi warga Pahang. Tup tup baby pilih Kelantan (tempat kerja papa dia, we ols bukan asal sini)
- Syukur sangat husband dapat teman dari awal. Setengah tempat ada yang husband takleh teman. Tak patut betul. Husband lah sumber kekuatan pada si isteri untuk berjuang di labor room tau.
- I rasa i la insan paling sabar gila malam nak bersalin tu. I diam je walau tengah menderita kesakitan yang teramat sangat. Trauma betul.
- Empat hari lepas ketuban pecah, i bersalin.
Semoga dengan bersalin ini, Allah hapuskan dosa dosaku.