4.5kg! Doktor pun cakap wow, membesar dengan gilang gemilang.
Berat Farhad masa lahir 2.04kg je (Farhad lahir awal minggu 35). Masa sebulan, 3.3kg. Agaknya masa kena cucuk dua bulan nanti, berapalah agaknya berat anak mama ni.
Alhamdulillah, semuanya sebab breastfeeding. Happy sangat dapat susukan Farhad sejak dari dia lahir dan insyaAllah akan diteruskan sampai Farhad 6 bulan, dan seterusnya (kalau Farhad tak dapat adik lagi) sampai lah ke 2 tahun.
Cakap pasal brastfeeding, dari mula susu i memang meriah. Sekarang sampai memancut mancut. Kadang sebab susu laju sangat, terbatuk batuk Farhad menelan. Tapi, sebelum Farhad lahir, i risau sangat kalau susu i sikit, tak dapat nak susukan dia sepenuhnya. Pastu i ingat cakap nurse, semua ini adalah mindset kita. Set kan pada diri kita bahawa susu kita pasti akan banyak, mesti boleh susukan baby sepenuhnya tanpa perlukan susu tepung. Pokoknya, harus jangan stress. Stress sangat bahaya sebab boleh ganggu pengurangan susu. Orang kata la.
Masa baru baru dapat Farhad, i pun tak terkecuali didugai dengan bengkak susu kemudian nipple melecet. Dua dua perkara ni sakit especially yang nipple sakit tu. Orang jugak kata kalau nipple sakit, lumurkan balik dengan air susu kita. Berkesan. Yang nipple sakit tu memang betul sakit, kadang sampai menitik air mata tahan sakit bila baby start hisapan dia. Takpe, demi Farhad mama rela.
Sekarang, setiap kali baby kenyang dan dapat tidur lena adalah perkara sangat membahagiakan. Waktu malam, bangun tiap tiap jam untuk susukan dia pun tak apa walau mata mengantuk gila. Kadang sampai tertidur i dibuatnya. Lagi pulak baby boy, lagi kuat menyusu dia.
12 days old: halus je anak mama masa ni
Farhad dahulu bukan Farhad yang sekarang. Terima kasih Allah di atas anugerah susu ibu ini. Semoga Farhad terus membesar dengan susu mama.
alhamdulillah.
ReplyDeletemakin sihat dh farhad.
mata dia cantik.
hensem boy
shark! thank you! mata ikut mama kuttt. kehkehkeh
Deleteseriusly, comel sangat!! geram ja tengok!! hihi, ha' a la, keciknya farhad dulu, skang dah bambam, alhamdulillah, syukur sesangat..akak doakan saya yer...32 weeks already...;-)
ReplyDeletehehe thank you ezyra. haah la kecik sbb lahir awal kan. wahhh dah 32w..mesti x sabar sangat kan nak jumpa baby. semoga urusan ezyra dipermudahkan olehNya, aminn
DeleteAssalamualaikum fyra, alhamdullilah. murah rezeki Farhad. bestnya. Doakan sheila ya, in shaa Allah. dah niatkan nak bf baby heeee. tak sabarnya.. Farhad sihat dan debab sebab susu mama dia. bestnya. tumpang happy ~~~
ReplyDeletewaalaikumsalam sheila. hee kalau dah ada niat camtu, insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah swt. fira doakan yg terbaik buat sheila
ReplyDelete