Monday, August 30, 2010

andai lelaki tahu..

Andai lelaki tahu..
dalam hati seorang perempuan.
ada naluri untuk disayangi,
ada rasa untuk diberi perhatian,
ada rasa untuk didengari keluh-kesahnya,
ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.

Andai lelaki tahu..
Rajuk seorang perempuan minta dipujuk.
Marah seorang perempuan perlu didekati.
Sedih seorang perempuan harus didengari.
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi.

Andai lelaki tahu..
Disebalik seribu satu rasa itu,
ada sekeping hati nan lembut.
Bukan untuk dimanjai,
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh.
Hanya perlu sedikit perhatian..
agar rasa kasih itu terasa wujud
walau di saat jauh.

Kerana andai lelaki tahu..
Hati itu akan sentiasa bertanya
pada diri seorang perempuan,

'wujudkah cinta itu di hati lelaki bila di saat jauh tanpa perkhabaran??'

(sumber: dari BERNAMA) kehkeh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.