Pernah tak sekali dalam hidup kau, kau betul-betul hargai apa yang kau ada?
Cuba bagitau aku apa yang kau appreciate. Karut semuanya.
Tapi sebenarnya.. selagi kau hidup, kau tak pernah hargai apa yang kau ada.
Sebab lumrah manusia, semua mahu lebih. Dapat satu, mahu dua.
Kau takkan sedar bahawa sesuatu tu berharga sampailah kau kehilangan ia. Dan bila kau kehilangan ia, saat tu lah kau berharap untuk kembali ke masa lalu, untuk kau perbaiki kesilapan kau.
Semuanya gara-gara kau yang tidak tahu untuk appreciate. Sebab tu aku nak cakap, hargailah orang yang sedang sayang pada kau sebab kau takkan tahu, sampai satu saat, kau pula akan sayang pada dia. Dan saat tu, dia masih sayang pada kau ke macam suatu saat dulu?
ataupun,
Kau sayang pada dia, dia sayang pada kau. Tapi sayang dia pada kau padam tiba-tiba atas kesilapan kau yang tidak tahu atau sengaja tak mahu appreciate.
Sebab perasaan tu macam magic lah, kau kena berhati-hati. Harini kau boleh suka, besok kau boleh benci. Harini kau benci, sok lusa kau suka.
Dan kau harus yakin, kesabaran kau untuk hargai sesuatu akan ada ganjaran,
..bila sampai masanya.
saya suku post ini!
ReplyDelete