Saturday, October 30, 2010

Rindu lagi.

"Sayang, jumaat ni kite gi menembak, tak boleh bawak handphone kot".
"Hmm berapa hari?".
"Tiga hari". 
"Alaaaa.....".

Tak kisah dia nak pergi mana pun, tapi tang tak boleh bawak phone tu memang tak best. Tak best sangat-sangat. Penah satu hari tu i bising kat dia;

"Eee korang ni tak buleh ke duk diam-diam kat kem? sikit-sikit ada aktiviti luar." kata i dengan nada geram.

"Sabar lah sayang. dah nak habis training ni, memang busy." Jawab beliau.

Ok, i faham and i dah boleh accept yang i bercinta dengan tentera. Cuma i tak boleh terima bila dia ngadu dia kena 'dera' teruk-teruk (ngadu manje je senanyeeee). Pastu ayat biasa i setiap kali dia ngadu;

"Ala...sayang kan kuat". Padahal dalam hati menyumpah-nyumpah instructor dia.

Ok lah i dah rindu dia. Nak tengok gambar dia lama-lamaaaaaaaaaaaaa.


Buat terakhir kali.

Semalam, was my last day kat ofis sebagai seorang budak prektikal. Perasaan? Of cos sedey, sayu dan terharu (poyo). Sebab, semua kenangan di sini, manis-manis. Sebelum kembali semula pada keluarga, nak lepak dulu seminggu kat Tanjong Malim ni. Barang-barang malas lagi nak packing (i'm sure masa nak packing nanti, mesti nangis) Haha.

Lepas semalam punya makan tengahari, masa tengah busy buat kerja, bos i masuk ofis dengan sebijik kek secret recipe kat tangan kanan, dua pizza large kat tangan kiri dia. Pastu dia senyum-senyum kat i sambil berkata 'satgi kita makan kenyang-kenyang ye, untuk awak ni'. Aku pun melonjak keriangan sambil berkata wahh terharunyeeeeeee'. Tapi dalam hatilah.


 Bos i with chocolate mud cake kegemarannya

Terima kacehh Puan Faridah.

Masa tengah makan-makan tu, bos i cakap, 'gud luck to fyra'. Hehe..i pon jawab dengan malu-malu, 'terima kasih puannnn'. Sumpah rasa sangat terharu bcoz sepanjang intern kat marketing and sales office, she was very kind to me. Banyak benda i belajar dari dia. Banyak sangat-sangat.

Bub bye Proton City Development Corporation Sdn Bhd.
i'm gonna miss anda semua.

Wednesday, October 27, 2010

Gunting, gam dan kertas.

Buat tatapan kekanda yang jauh di mata (ewahh) :





Camni laa kalau boyfriend jauhh, kalau jarang-jarang dapat jumpe.
Kita kasi posmen buat kerja dia.

Tuesday, October 26, 2010

Hello convocation!

Horayyyy.
Dah submit report practical. So there's nothing left.
Rasa lega, rasa bebas dan rasa merdeka.

Tak sabar tunggu lagi 6 bulan (April next year, i'Allah), for convocation. Sebab boyfriend dah janji nak datang konvo i bawak bunga besor (bunga Rafflesia katanya).

Bub bye buku. Bub bye classroom. Bub bye assignment.
Ada jodoh, kita jumpa lagi.


i'm gonna miss you girls!!

Saturday, October 23, 2010

Kalau dia dekat.

70 bijik twinkle twinkle little star

 
Serius, i rindu boyfriend i sekarang ni. Tapi dia tak dapat dihubungi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. Lagi lah membuak-buak rindu i pada dia. Dah seminggu i batuk-batuk. Tekak luka. Suara pun dah jadi tak sedap. Semalam sampai semalam punya semalam, i ngadu kat dia pasal batuk i. Sebab i suka bila dia concern. Kalau dekat ni, dah lama mintak dia suapkan ubat.

Tadi office i ada event. So banyak fresh flower i curik, er maksudnya ambik bawak balik. Cantik-cantik! Kalau boyfriend i dekat, i dah wrap lawa-lawa bunga tu kasi pada dia.

Report prektikal 30% lagi tak siap. Tak semangat langsung nak buat. i nak tunggu sampai dia tanya "report sayang dah berapa page?". Kalau dia dekat, kan best. Biar dia je siapkan report i. Pastu i belanja lah teh tarik secawan dua. Hehe (pembully)

Hari tu i beli kertas kaler-kaler untuk i buat bintang. Dah 70 bintang i buat. Dalam every bintang, i tulis kata-kata cinta i untuk dia. Bintang-bintang yang comel tu i taruk dalam balang kaca yang juga comel. Dalam fikiran, nak pos pada dia. Tapi check-check dalam purse, tak cukup pulak duit nak pos laju dijamin sampai besok (elaun pulak lambat masuk). Kalau dia dekat, kan senang. Kasi by hand je (sambil hadiahkan sekuntum senyuman yang paaaaaaling manis).

Hurm, rindu...
Sangat.

Saturday, October 16, 2010

Hello twenty-four!

Serius i terlupa besday i sampailah boyfriend i ingatkan. Macam biasalah. No cake, no celebration, no present (boyfriend pulak jauhh). Tapi dapat sms berbunyik begini:

"Faheerah, Selamat Hari Lahir cayang.
Kite doakan cayang panjang umur,  murah
rezeki and cepat-cepat kawen ngan kite ye.
Kite akan bahagiakan cayang dengan seluruhnye.
Cinta cayang sangat-sangat.
Sorry,  i'm not be with you right now...."

..ponnn dah cukup untuk mengukir senyuman sampai ke telinga. Tetiba teringat kat arwah Tok Ayah. Kalau masa dia ada, dia tak pernah lupa birthday cucu dia yang sorang ni. Masa sekolah dulu (masa dia masih sehat dan kuat), mesti dia akan pos kad hari jadi. Dan dalam kad tu ada duit RM50. For me..ONLY. Dia tak pernah lupa tarikh 16 Oktober. Pernah (masa sekolah rendah), dia hadiahkan buku kisah nabi-nabi. Kalau time birthday tu ada kat Penang time tu, dia beli asam, jeruk bagai then dia balut (he know what type of asam yang i suka), pastu masa nak balik KL, dia kasi. Setiap kali nak balik jugak, dia akan kiss kat dahi. Mana nak dapat atuk yang penyayang macam tu? Oh God, he is the best person in the world! Rasa lucky sangat dapat jadi cucu dia.

Tapi sekarang, dia dah takde...

p/s: rindu nak dengar suara dia, bila dia panggil "faheerahhhhhh".
pastu aku akan jawab, "ye tok ayahhhhh".

Wednesday, October 13, 2010

Dear Hussairi,

"i finally understood what true love meant.
Love meant  that you care about another person's
happiness more than your own,
no matter how painful the choices you face
might be."
                                            -John Tyree


Bila rindu buah hati jer, pun berulang-ulang kali lah layan cerita Dear John ni. Sebab konon-konon macam ada kena-mengena lah ngan kisah kita berdua. Pastu i pun perasan, Savannah tu i and John tu boyfriend i. Hey hey ada tau kena-mengena sikit-sikit. Moral of the story, i memang jatuh cinta! Sebab dialog dia, jalan cerita dia. And the best scene yang i suka ulang-ulang tengok ialah (walaupun banyak lagi babak romantik yang i sukeeeee) :

 

To light the night
To help us grow
To help us grow
To help us grow

I love this place
But it's haunted without you
My tired heart
Is beating so slow

It is not said
I always know
I always know
I always know


p/s : i'll see you soon then.

Monday, October 11, 2010

Tanda soal.

Tertanya-tanya jugak, apa akan jadi pada aku selepas ni? Lepas habis internship plus extend sebulan di Tanjong Malim ni, officially aku bakal bergelar penganggur terhormat. Ingat nak relax-relax dulu sebulan dua. Tak mau lah terburu-buru cari kerja. Nak persiapkan diri dari segi mental dan fizikal dulu. Sebab semuanya aku akan mulakan dari zero. Aku akan rotate semula apa yang aku pelajari enam tahun lepas, and aplikasikan di alam pekerjaan nanti.

Tak tahulah. Buntu! Mujur ada terikat kontrak ngan JPA, mudah-mudahan aku segera dipanggil untuk berkhidmat (chewahh). Zaman sekarang ni, semua berebut-rebut nak kerja ngan government. Alhamdulillah aku dibuka sedikit peluang ke arah itu. Aku kira, itu tanda Tuhan sayangkan aku walaupun aku kerap lupa dan alpa padaNya. (*sigh)

Dalam fikiran sekarang, nak kerja dan kumpul duit untuk bina hidup berdua dengan dia. Sebab dalam jiwa, dah terlalu meronta-ronta.

Saturday, October 9, 2010

Mish dia.

Perasaan bila merindui ni tak tahulah nak gambarkan macam mana. Sebab ia sangat indah. Rasa macam ia menendang-nendang dada kau dan ia akan kembali normal bila orang yang kau rindu tu berdiri depan kau. Dan kau dapat tengok dengan mata, kau boleh sentuh dia (maksudnye bukan ilusi lahh), dan kau boleh cium dia (cium bau perfume yang dia pakai maksud aku).

Dan untuk kali yang ke lapan belas ratus kali lapan, i mish you lah muhd hussairi.

Friday, October 8, 2010

Heh.

Bila kau dah takde modal nak tarik perhatian kekasih kau, benda remeh-temeh
pun buat kau merajuk. Pastu, bila dah kembali okey (lepas doploh lapan kali boyfren kau pujuk)...

"Sayang jangan merajuk tak tentu pasal lagi tau". Kata boyfren kau.

"Alaa...dah lah kita duk jauh-jauh, jumpa sekali-sekali je. Nak merajuk tak tentu pasal pun tak boleh". Balas kau dengan nada suara manja ala-ala merajuk sikit-sikit.

"Okey..okey, boleh..boleh." Balas boyfren kau.

Dan kau tersenyum suka. 

Appreciate every single thing.

Every relationship ada ups and down. Lagi-lagi dengan dugaan yang maha hebat yang boleh berlaku tanpa kau duga. Pulak tu ada je yang busuk hati melihat kebahagiaan kau sebab dia sedang tak sebahagia kau. Kemudian bila all this stupid things berlaku, kau minta perpisahan. Aku tak percaya perpisahan adalah jalan terbaik untuk masalah yang remeh-temeh, unless kau memang childish dalam membuat keputusan. Tapi aku paling benci perpisahan atas sebab orang ketiga. Sebab orang ketiga ni macam parasit.

Sekarang ni, sementara bahagia sedang hadir dalam kehidupan cinta aku, whatever time left yang ada, i wanna use it wisely. Nak appreciate perkara-perkara penting dalam hidup. Terutama for the person i love.

Kerana tanpa dia, dah tak ada lagi cerita untuk membuat aku menulis.

Thursday, October 7, 2010

Untitled.




When a GIRL is quiet,
Milloon of things are running in her mind.

When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply.

When a GIRL looks at you with full of questions,
She is wondering how long you will be around.

When a GIRL answer "i'm fine" after a few second,
She is not at all fine.

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL says i love you,
She means it.

When a GIRL says that she can't live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a GIRL says i miss you,
No one in this world can miss you more than her.

Bila menjauh.

I don't really understand people yang tak boleh bercinta jarak jauh. Memang chances untuk curang ada, sebab kau tak nampak dia depan mata kau dan begitu sebaliknya. Distance tak make you far apart. Ok, mungkin jauh secara fizikal but not mentally. Memang, perasaan manusia ni suka berubah-ubah. Lagi-lagi kalau kau rasa kau lonely, kau pon mula nak curang sikit-sikit. Padahal kau dah ada komitmen dengan pasangan kau.

Sebab tu, being in a relationship adalah berdua punya hard work. Kau dan dia build it up together and make it stronger. He trust you, you trust him. Once kau/dia dah hilangkan rasa kepercayaan dalam perhubungan korang tu, sorry...tak kan ada dah 'kau percaya dia, dia percaya kau' kali kedua. Masing-masing curiga dan potensi untuk curang tu sangat ada.

Bagusnya berada dalam perhubungan ni (tak kisah la jarak jauh ke, dekat ke) sebenarnya dapat lihat kematangan kau terutama cara kau handle situasi. Pastu nya lagi, kau belajar untuk sabar (terutama dalam menghitung hari untuk jumpa kekasih kau). Kepercayaan dia pada kau, kau sehabis baik balas dengan kesetiaan yang tak berbelah bagi (chewahh).

Pastu korang pun sama-samalah jaga perhubungan tu sehinggalah saat korang disatukan sebagai suami isteri (bukan korang, lebih kepada diri aku sebenarnya).

So, just don't take things for granted. Learn to appreciate.

Wednesday, October 6, 2010

Oh ye?


Hahaha..sebab tu perempuan ni SANGAT COMPLICATED berbanding lelaki.

Friday, October 1, 2010

Jiwa aku biru.

Dah 3 hari boyfriend i senyap. Langsung tak contact. Langsung tak sms.
Apatah lagi nak mms. Hidup rasa kosong gila. Handphone pon dah 3 hari
tak penting pada i. Sukati dia lah nak habis bateri ke,nak terlupa bawak ke
office ke, sukahatilah. Dah tak peduli.

Tu maksudnya incik boyfriend sedang berada dalam hutan sekarang neh.
Kenapa? Sebab dia sedang melawan komunis. Ah, sumpah tipu!

Dia training ah dalam hutan. Hutan mana, lupa lak i nak tanya. Yang pasti
bukan hutan simpan FRIM tu. Bukan jugak hutan paya bakau atau
hutan hujan tropika ataupun hutan amazon. Ah nantilah i tanya dia balik.

Rindu, memang ah rindu. Tapi nak wat camne kan.
Kena lah pura-pura cekal dan tabah.

Ah, never mind. My soldier come home soon!