Saturday, October 30, 2010

Rindu lagi.

"Sayang, jumaat ni kite gi menembak, tak boleh bawak handphone kot".
"Hmm berapa hari?".
"Tiga hari". 
"Alaaaa.....".

Tak kisah dia nak pergi mana pun, tapi tang tak boleh bawak phone tu memang tak best. Tak best sangat-sangat. Penah satu hari tu i bising kat dia;

"Eee korang ni tak buleh ke duk diam-diam kat kem? sikit-sikit ada aktiviti luar." kata i dengan nada geram.

"Sabar lah sayang. dah nak habis training ni, memang busy." Jawab beliau.

Ok, i faham and i dah boleh accept yang i bercinta dengan tentera. Cuma i tak boleh terima bila dia ngadu dia kena 'dera' teruk-teruk (ngadu manje je senanyeeee). Pastu ayat biasa i setiap kali dia ngadu;

"Ala...sayang kan kuat". Padahal dalam hati menyumpah-nyumpah instructor dia.

Ok lah i dah rindu dia. Nak tengok gambar dia lama-lamaaaaaaaaaaaaa.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.