I tak tahu kenapa, lately ni i asyik terfikirkan pasal kahwin. Memang i patut rasa macam tu, sebab i dah ada seseorang yang i want to spend the rest of my life with. Dalam fikiran dah terbayang-bayang kehidupan bersama dengan orang yang i sayang itu. Tapi agak stress juga bila family dah mula bersuara.
"Kau bila nak bertunang?". Tu ayat standard abang i setiap kali bila dia terfikir untuk tanya. Abang pulak ada dua. So cuba lah darabkan pertanyaan tu dengan lapan belas kali (ahh tak minat matematik). Alah mentang-mentang dua-dua dah kahwin dah ada baby, belagak. Buekkk! *cemburu.
Kalau nak lebih suspen sikit bila mama dah mula bukak mulut tanya benda yang sama. I terus buat-buat sesak nafas depan mama, konon-konon kaget dengan soalan mama yang cepu cemas itu.
Lepas dah berlakon sesak nafas depan mama, i jawab camni; "Mama, fyra nak kerja dulu".
Pastu mama balas balik; "Tunang jelah dulu, jadi ke tak jadi ni, tahun ni ke, tahun lain?". (Banyak pulak tanya mama kali ni).
Dengan muka konon-konon serius i jawab; "Mama, fyra tak mahu tunang lama-lama. Kalau kata fyra nak tunang tu, maksudnya kitorang dah bersedia, dah tahu bila nak langsung. Tak mahulah ikat, pastu takde target nak buat majlis lagi. Tak mahuuuuuuu".
Mama memang best lah nak majlis simple-simple je. Pulak kena warning hantaran jangan mahal-mahal. Pasal tu i memang setuju dengan mama. Setuju sangat. Yang penting, dapat title isteri dia, dah cukup bermakna buat i. Dapat kasi mama menantu. Pastu kasi mama cucu lagi. Wahh, Mama mesti suka.
Tapi i tak dapat tipulah, bila tengok budak-budak/baby-baby comel, buat i rasa nak berumahtangga.
Haha. Ok, dah tak mahu berangan lagi. Eh silap, nak sambung berangan. Bye.
nbil dh lame kot berangan kot~
ReplyDeletehehehehe..bler2 fyra?
nti jgn lupe jmput naaa..ekeke
hahahahah.
ReplyDeletenabiel aa dulu.
kite muda agi, baru lapan belas kan. :P