Monday, February 21, 2011

You are hired.

Tak sangka sangat kan bila tuah datang bergolek-golek ke pangkuan kau. Kau tak pernah rancang pun untuk bertuah dalam masa sesingkat itu. Tapi hakikatnya kau bertuah. Kata orang tu, bagai bulan jatuh ke riba. Dan bila 'bulan jatuh ke riba' kau, tak lain, kau harus bersyukur di atas kesempatan itu.

Semua berlaku dengan pantas.
14 Feb valentine's day (oke takde kena mengena).
15 Feb aku apply kerja (bukan satu, tapi dua).
17 Feb dapat call suruh datang interview. Dua-dua. Satu dari Karangkraf (jawatan Training exec) dan one more Comfori Sdn Bhd (jawatan Marketing & sales exec).
18 Feb pergi interview and terus dapat kerja.

Tapi 22 Feb ada lagi satu interview. Masa tu dah tepuk dahi. Pening. Harus pergi for the interview or tak harus pergi. Bila dah timbang-timbang dengan akal fikiran yang sihat, aku harus tolak yang Karangkraf memandangkan dah 3 tahun bermustautin kat Shah Alam habiskan degree. Why not kita ubah angin pulak ke tempat yang lebih banyak hiburan. Kuang kuang kuang!! (sayang, i promise i'll behave).

So, i'll start working on 28 Feb. Ohh i'm soooo nervous. Sebab takde pengalaman kerja yang rasmi except for internshit. Eh, internship.

Sayang, promise tau kena selalu datang melawat. Sob sobb. *buat buat muka sedih.

Dalam hati: i'll try my best. Mahu kerja rajin-rajin, insyaAllah.
And mama, i need your Doa.

5 comments:

  1. Tuah februari :)
    selamat bekerja yaa :)
    akan merindui saat lepak2 kat umah.hee

    ReplyDelete
  2. Oh i love february (tiba-tiba)!
    tengkiu birthday girl.

    ReplyDelete
  3. congratz fyra...
    nnt leh open table...hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh~
    congrats..dpt keja kt mne?
    gov ke?leh tlg2 kang..=P

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.