Saturday, November 5, 2011

Hari jadi ke 15 tambah 10.

Jujur cakap, last birthday adalah yang terbaik bagi i. I bukan jenis yang every year punya birthday pun mesti surprise, sambutan hangat dan ada kek. Tak. Sebab i tak kisah. Sambut birthday kawan-kawan selalu la, tapi birthday sendiri tak pernah berkesempatan. But 16 Oktober lepas bff i buat sambutan hari jadi untuk i. Itupun selepas i paksa beberapa bulan sebelum (kata tak kisah tapi paksa, apa kes?).

Itu sebab boyfriend jauh. Kalau tak, i paksa beliau je sambut hari jadi i. I akan mintak bunga, kek dengan hadiah. Walaupun beliau jauh, dia pos hadiah untuk i. Dia kasi i katak montel yang boleh dipeluk-peluk. Dan dia kata itu hadiah tipu-tipu je. Hadiah betul-betul bila jumpa nanti (dalam hati, besnya dapat dua!). Hadiah yang i terima dari pos laju dijamin sampai besok tu terus i buka dengan rakusnya dan kelihatanlah kad comel yang di sampulnya berbunyi:

Kepada: Fyra
Daripada: Orang jahat. 

(orang jahat? sabar jelahhhh)

Dan malam sebelum pukul 12 sebelum i masuk umur 25, we all ramai-ramai pergi makan kat Satay Station. Best sebab orang belanja walaupun secucuk seringgit. I makan satay paling banyak malam itu.




Hai rindunyeeeee lah kat korang kawan-kawan seUiTM. Tiga tahun yang terindah buat i. Dalam ramai-ramai dekat gambar nombor satu dan dua ni siapa yang akan kawen dulu? 


I harap i dulu. Ok ok i blah. 

Lepas kenyang melantak kat Satay Station, we all pergi Look Out Point kat Bukit Ampang. Ramai betul yang sambut hari jadi sama tarikh dengan i. Diorang ada kek. Dalam hati i, besnya kalau dapat kek. I tengok member-member i semua buat tak tau je, takde keluar kek sorok-sorok dari kereta pun. Ohh malam tu memang i perasan. Alih-alih lepas tu lepak kat Bukit Permai je. I sedar-sedar je diorang dah hidang makanan.  Pizza tiga pan yang large. Junk food sikit, ada air twister. Dalam hati i kembali berbunga-bunga walaupun tadi sedikit hampa sebab takde kek. Heh poyo!

Pastu Fida pun pura-pura tanya, "takpe ke takde kek awak?" i pun dengan muka konon-konon terharu , jawab, "eh tak kisahhh ler, ni pun dah best". (poyo kuasa dua pulak sebab padahal dia nak kek).

Tak lama pastu dari kejauhan i nampak Fida tatang kek dengan dua batang lilin yang menandakan umur i dua tahun. I pun terkejut badak la sekejap sebab ni first time i dapat kek (kasihan kannnn). 

Dan sepanjang malam tu i begitu excited dan sangat berterima kasih kat diorang semua: 






Thanks bff ! 




3 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.