Tuesday, August 14, 2012

Idaman Fyra.

I pernah bagitahu tunang i, lepas kahwin nanti i nak memiliki satu benda yang i harap dia akan tunaikan. I nak memiliki Dapur Idaman. I dah terbayang-bayang betapa i berkawan baik dengan dapur i nanti. Kat dapur i nanti, i boleh masak apa saja yang i suka, apa saja yang buah hati i nak makan. Beside i boleh cuba resipi-resipi baru terutama lepas menonton Asian Food Channel ataupun rancangan masakan Chef Wan (yang membuatkan jiwa i meronta-ronta nak try). Kat dapur i nanti i nak gantung frame kecil bertulis Mom's Kitchen (bajet bakal jadi mommy kepada anak-anak lelaki yang handsome). The most important thing, i nak oven besar (senang nak panggang ayam belanda). Fridge pun i nak besar. I nak isikan dengan makanan-makanan berkhasiat. Stok-stok makanan kering indah tersusun di rak kabinet.

I tau, it sounds like kelakar. Tapi tu memang idaman i, lebih dari rasa ingin memiliki kereta idaman mahupun kamar tidur idaman. Dapur idaman i tak perlu terlalu besar, asalkan complete dengan perkakas bagi semua jenis masakan. I suka masak walaupun sebenarnya tahap kehebatan i biasa-biasa saja. Sebab tu, hadiah hari jadi yang diingini adalah buku resipi. I nak ada rak untuk i taruk buku-buku resipi. I berangan pasal ni details sangat. Set susu garfu i nak semua sama. Begitu juga set cawan dan pinggan. Bayangkan sampai ke design pinggan pun i dah berangan. Biar selari dengan jiwa seni i.

Dan dengan adanya dapur idaman i nanti, i idam-idam nak masak best-best untuk i invite keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara i. Perasaan teruja memasak bagi manjamu selera orang adalah sesuatu yang indah pada i.

Untung laa Muhd Hussairi yang kuat makan tuuu. ok ok tak tak, tunang beliau yang kuat makan (nanti dia cancel pula nak beli oven besar untuk i)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.