Sebab lima belas haribulan wedding kakak dia, so i datang awal dua hari (tunang suruh datang awal, katanya mak suruh). Dalam perjalanan ke sana, i berdebar-debar gila walaupun ini kali kedua i ke sana. Sampai-sampai dalam pukul 1.30 pagi, i nampak kakak dia tengah lap-lap pinggan mangkuk. Nasib baik sampai-sampai, dah boleh nak rajin. Ada juga something i boleh tolong (first impression penting woo). Pastu i tido. Esoknya i bangun awal walaupun i cuti dari solat Subuh haritu (kalau kat rumah sendiri, jangan harap nak bangun awal kalau uzur). I mandi-mandi terus masuk dapur. Sempatlah i ramah mesra dengan mak long, mak ngah, mak su serta jiran tetangga yang tertanya-tanya siapakah i. Nanti mak tunang i yang jawab, Ni lah tunang Hussairi. I senyum je. Senyum. Senyum dan senyum (sampai rahang sakit). Namun i mati kutu bila tunang i kata hari Jumaat petang nak ke malam baru dia dapat balik. Semua adik beradik dia dah tanya-tanya i bila adik diorang sampai. Bayangkan i berada di kalangan keluarga yang masih asing bagi i tanpa tunang i di sisi. Nak ambil hati bakal mertua lagi, bakal ipar duai lagi, bakal anak-anak buah lagi (nak korban tidur lagi). Since tunang i anak bongsu dari sebelas beradik, ramai lah kakak abang beliau serta anak-anak kepada kakak abang beliau. Nak dekat Maghrib, tunang i muncul dengan beg pakaian dia. I lega.
Seriously i happy sangat berada di sana. Diorang welcome kehadiran i. Anak-anak buah dia seramai dua puluh lima orang (agaknya) pun manja dengan i especially yang girls. Ada yang panggil i maksu, auntie fira, kak fira pun ada (mungkin sebab i tua dalam badan muda). I cakap, panggil auntie fira la, lepas dah kahwin dengan paksu nanti baru panggil maksu. Hehe. Gila manja diorang. I duduk je, ada yang letak kepala kat riba i, sandar kepala kat bahu i. Mujur i memang suka budak-budak. I buat mereka ketawa, i usik mereka. Part paling best, pakai inai sama-sama, susun goodies sama-sama. I bangun tidur pulak, tersusun anak buah dia yang perempuan lima orang tidur sebelah i. Mujur bukan paksu yang kat sebelah.
Lepas 4 hari 4 malam kat sana, i balik kl balik dengan tunang i, dia pun dah takda cuti dah, kena balik Pangkalan Udara Gong Kedak balik (tak best). Tapi moment kat sana best la, i jatuh cinta dengan family besar dia. I congrats kat diri i sendiri sebab i berjaya dan i usaha untuk pikat hati mereka (sayang kena belanja, tak kira). Masa nak balik dah salam salam peluk cium semua, kakak tunang i pesan, jangan gaduh-gaduh (cam tau je kitorang suka gaduh gaduh manja gitu). Kalau Hussairi buat hal, report je. Pastu thanks thanks i berkali kali sebab tolong (i tolong senang senang je kot) I pun cakap balik, thanks sudi terima (sambil buat muka comel). Diorang doakan giliran kitorang pula.
Sebab next wedding, will be ours.
Bilaaaaa?
Tunggu jelaaaa. Will announce soon. Bye.








.png)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.