Sunday, June 30, 2013

The best recipe is cooking without a recipe!

Since i suka masak ( i suka makan juga) tiba tiba rasa nak upload gambar makanan yang ada dalam simpanan phone. Normally, kalau i makan kat kedai, i akan tengok dan rasa apa bahan yang dia letak lepas tu i agak agak dia letak ni, letak tu. Dan i try an error sendiri kat rumah. Tak sama 100%, 80% pun jadik lah (tapi i tak guna aji no moto ok). Selalunya, mood memasak i datang bila ada orang kat sekeliling i ketika itu. Especially bila kat rumah mama. Bila tengok mama and adik adik makan, whoaaa the best feeling ever (apatah lagi kalau tengok sayang i yang makan)


 Apple pie


 Kuih ketayap


Bread pudding


 Roti jala


Kebab daging with roti pita

Haa..kuih yang bawah ni is one of my sayang's favourite. Kuih gulung. I tak tahu pun kuih ni sampai la i jejak rumah mertua. Rupa macam kuih ketayap tapi inti dia macam karipap. Masa mula mula i try kat rumah mertua, besar gedabak i gulung sampai mak mertua kata macam kayu balak. Then i practice sampai la dapat bentuk yang sama je semua. Bangga tahu! 

 Sebelum disaluti telur dan digoreng


Selepas digoreng 


 Daging masak lemak


 Telur bungkus


 Ini i masak di kedai abang i. Simple je pun. Itu cendawan goreng btw


 Mee goreng ntahpape. Masa ni i pakai apa yang ada dalam fridge. Stok habis


Gulai udang with buncis


 Pizza. Seminggu sebelum kahwin i buat ni


 Cream puff


 Puding roti marble


 Butter cake versi cute


 Donut gebu


Roti jala with kuah durian. I masak ni sehari sebelum nikah



Nasi goreng je pun. Kah kah


Ada lagi beberapa yang sempat i snap, tapi banyak dah kot ni. 
Ok, bye


Tuesday, June 25, 2013

Cerita di PU Gong Kedak

Since kita dah ada rumah berdua sendiri di Kuantan, i dengan hubby plan nak bawa balik barang barang kat bilik hubby di Pangkalan Udara Gong Kedak ke rumah sewa kami. Sampai sampai bilik bujang hubby, i terus beristighfar. Macam kapal karam wa cakap luuu (silap tak snap gambar). By the time dah pukul 1 pagi lebih, i pun tak larat nak terus kemas (walau dalam hati meronta ronta nak kemas), hubby pun suruh tidur dulu kemas esok je.

Bangun pagi, tanpa mandi terlebih dulu i start kemas. Mula mula kepala jammed kot nak kemas mana dulu. Meja, almari baju, toilet lagi, lantai dah sah sah berselerak. Pagi tu juga hubby dah kena keluar kerja sebab dia Duty Officer on that day (pergi handover tugas je pastu boleh balik semula)

Masa hubby ada, satu satu i tanya dia baju mana yang nak bawa balik, mana yang nak tinggal, mana yang nak bawa pergi Sabah, mana yang nak buang. Dan masa kemas kemas tu i jumpa satu box. I buka.

I jumpa balik surat surat dan kad kad yang i beri pada dia since mula mula bercinta dulu. Masa dia di Kolej Tentera Udara lagi. Masa tu beliau di Kedah, i di KL, so semua ni i pos (since pertengahan 2009). Semua ni pun i bawa balik, i nak simpan baik baik.



Masa tu i sweet sangat. I bagi satu balang kaca, i taruk 70 biji bintang. I suruh dia buka satu bintang sehari. Tapi sekarang bila i tanya balik betul ke masa tu dia buka satu bijik sehari, dia jawab, sehari 3-4 biji (cehhh) Tak menyabor betul. Hehe. Ye, dalam bintang tu i tulis kata kata cinta. Tapi balang tu dah pecah. Dia siap simpan serpihan kaca tu yang tak tahan tu. Time tu jugak kaca kaca tu i buang. Terluka jari kang camne? 





I cuba kemas pantas pantas. Dengan harapan, hubby balik tu bilik dah berseri seri. Terbersin bersin i sebab habuk. Mana yang nak bawa ke Kuantan, i taruk setempat. At last, masa balik Kuantan, bonet dengan seat belakang full house! Lega i tengok bilik hubby dah kemas dan teratur. Malam hubby bawa i makan sate kat Jerteh. Sedap dan murah, lima puluh sen je secucuk.



Ni lah pegawai bertugas tu. Kena pakai benda alah ni kat lengan. Duty officer bertugas 24jam. Boleh keluar keluar tapi takleh la gi jauh jauh. Sekitar bandar je boleh la.




Yang di bawah ni i beri masa birthday dia ke 26 (last year). Pun i pos juga! Alah, tempah kat Central Market je. Benda ni pun i bawa balik Kuantan (risau pecah lagi)



Sampai Kuantan, kita habiskan masa bersama sebelum kena berpisah sementara. part menjauh hurmm tak best. Tak best tak best pun i relakan jua.

Pekena aiskrim Mekdi kat Teluk Cempedak







I dont think i could ever love anyone as much as i love my husband.



Dah seminggu

Genap seminggu hubby di Lahad Datu. Rindu toksah cakap lah. Mujur berada di zaman teknologi serba canggih ni, ada whatsapp, ada facebook, wechat lagi dan yang terbaru kakao talk pulak (menatang apa taktau). I bajet bajet 3 hari sebelum Ramadhan sempatlah hubby pulang. I nak first puasa dengan dia! Harap tak extend lah kerja dia. Harap harap.

 Dalam pesawat tentera 


 Ini lah katil mereka





Last sunday pulak, abang ipar i yang sulung buat birthday party anak dia kat Ampang. Since mak mertua pak mertua i pun ada di KL, bertambah tambahlah meriah. So after zohor tu i drive sorang ke Ampang. Sempat jap carik present kat Ampang Point. I kasi novel untuk icha, puzzle untuk Alia.


 3kg udang galah mertua i bawak dari Kuantan


Birthday Cake, kakak ipar i buat




Time party tu i sedih sangat dalam hati. Sebab i kat situ dikelilingi family hubby tapi tiada hubby. Mujur ramai budak budak comel untuk kasi i happy.

Sungguh, i rindukan hubby.



Thursday, June 20, 2013

Kurang inci

I rendah. Kalau orang lain akan kategorikan i sebagai kecil molek. Kalau zaman belajar kat U dulu, member i suka sakat panggil ayam katik (salah satu sebab i memang peminat tegar ayam pun). Sayang i pulak kadang panggil i ketot (ciss). I okey je, siap gelak gelak lagi. Walaupun i rendah, i suka lelaki tinggi, macam hubby. Dia memang tinggi. Tapi i akan cakap bukan i yang rendah tapi dia yang tinggi sangat. Hahah. I dah pakai high heels kemain tinggi pun still paras bahu dia je (je?). Kalau pakai flat shoe pun i rasa paras bahu dia juga. I pun confuse.

Best woo kalau suami tinggi sebab;

1) Rasa selamat berada di samping dia. Rasa dia gagah dan i sebagai kaum yang lemah (memang sebegitu pun).

2) I boleh sorok di depan, belakang, kiri atau kanan dia bila i nak sorok dari cahaya matahari, macam ni,


3) Kalau i tak sampai nak capai barang, i akan minta tolong hubby. Time ni la nak memanja mengada. Padahal ada je kerusi untuk i panjat. I akan cakap, "sayang, tolongggg, tak sampai". 

4) I rasa comel rasa cute rasa macam baby bila di di samping hubby. Manja pun harus macam baby, of course.

Tengok la tu rendahnya i dengan hubby. eh tu bukan hubby, tu patung. hubby kacak lagi


tinggi sikit dari bahu. sebab i jengket


Dulu sebelum i kahwin, masa zaman remaja, abang i suka pesan kalau kahwin cari lelaki tinggi. Kalau tak nanti anak kau ketot ketot. Hahah. Ye, husband i lagi tinggi dari dia sekarang ni. I cakap balik, anak boy mesti harus wajib tinggi. Anak perempuan tinggi macam i takpa. 

Tapi arwah atuk i rendah lagi dari nenek i, murah rezeki. 



Wednesday, June 19, 2013

Suami ke Lahad Datu

See. Hubby diminta bertugas ke Lahad Datu pulak. Mujur bertugas kejap je, bukan posting. Kalau posting, no matter what i will follow you (nada lagu digi orang kuning tu). Mujur dua minggu saja. Masa mula mula hubby bagitahu, i sedih sangat. Sampai i tak benarkan dia sebut langsung pasal Sabah tu. Dia sebut je, i tutup telinga tak mahu dengar. Bila mula i macam nak merajuk sikit, hubby nasihat i,

"Sayang tak boleh macam ni. Sayang kena bangga dengan suami sayang. Baru gi Sabah je, nanti kalau berperang takkan sayang tak bagi kite pergi?"

Ok la. Pastu baru i cool down, baru i redha. Redha tapi sedih juga. Asyik asyik cakap kat hubby, macammana kite nak lalui hidup kite dua minggu ni tanpa sayang? Ok, mengada.

Sehari sebelum hubby pergi, i saja duga dia. I tanya, apa perasaan sayang nak pergi sana tinggalkan kite seketika? Hubby jawab, emm dah rindu dah, lantas mengucup pipi i. I balas balik, i miss you too, ciuman lagi lah banyak i balas.

Hari Rabu (19/6) dia akan berlepas dari TUDM Subang. So hari Selasa tu kita tidur rumah mama di Klang. Esoknya, pukul 6 pagi dia mesti ada di sana (bapak awal). I hantar hubby ke sana. Sebelum berpisah, hubby pesan jaga diri baik baik, suruh i tunggu dia balik.

*Rindu

 Packing baju hubby

Sehari sebelum hubby berlepas

Hubby kata naik pesawat tentera tak best pun. Panas dan sesak. Hubby kata, nanti kita pergi Sabah naik MAS ya. Hm teringin sangat i nak pergi Sabah, sayang tahu tak. 

Perjalanan hubby dari Subang - Kuching - Tawau - Kota Kinabalu - Labuan -Lahad Datu. Dia kasi i gambar melalui Whatsapp. 






Masa post ini ditulis, baru first day hubby pergi, tapi i dah rindu gila babeng. I'll see you soon then, soldier. 


Love, your wife


Friday, June 14, 2013

How i met your father

I ingat lagi, masa i kecik kecik yang i berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan tentera. Sekarang Tuhan makbulkan doa dan impian i. Walaupun tu bukan kriteria utama untuk jadi suami i. Masa i kenal husband, dia belum masuk tentera pun. Cakap pasal masa kenal, ramai tak tahu yang i kenal husband i dari mana. Yes, dari laman social tapi bukan Facebook. Bukan Friendster. Apatah lagi Myspace.

Tapi TAGGED.

Walaupun tagged tu laman social yang pelik lagi mengarut yang i rasa bodohnya i boleh ada account tu, tapi situlah bermulanya perkenalan i dengan dia. Time tu pegang kukuh prinsip tak percaya perhubungan bermula dari internet. Konon. Sekarang i ketawakan diri sendiri. Masa tu dalam pertengahan 2009 if i'm not mistaken.

Dalam banyak banyak lelaki yang tegur i kat laman sosial tersebut, i paling tertarik dengan si A yang first impression dia buat i ketawa, bukan buat i feeling annoyed. Selalu kalau lelaki nak kenal pastu buat ayat gatal minta no telefon, mahu i rasa nak lempar kerusi (mujur bukan face to face). Dari tagged, kita beralih pula ke YM. So chatting chatting chatting ketawa ketawa ketawa kita pun jadi kawan. First time, i offer no telefon i kat dia. I offer ok, bukan dia mintak. I offer. I suka kawan dengan dia.

Dah dapat no, apa lagi, bergayut la tetiap malam (dia la call sampai duk topap sokmo, i kedekut). And then first pertemuan ialah masa di Gombak (masa bawa adik sedara i berubat kat pusat perubatan islam kat situ). Sanggup dia datang naik motor, ponteng kerja sekejap.

Eceh, masa jumpa ditemani adik sedara i tu, dia bagi i sebungkus plastik ada lolipop, kinder bueno dan coklat mars (dia tau fav i mars). I terus rasa macam i sekolah darjah 6. Yelah dah dapat coklat. Borak borak sikit dah dapat coklat semua, kita pun babai babai.

Bila dah kahwin ni, i tanya dia, apa first impression syg masa jumpa kita mula mula dulu (serius wa cakap wa comot selekeh kot time tu). Dia kata cute sangat. Oh! tipu nehhh.

Dalam setahun kita kawan, baru kita bercinta. Tapi dalam setahun tu banyak juga dugaan dan cabaran yang dia tempuhi. Tapi dia sabar dan sabar dan alhamdulillah jodoh kita kuat dan dah kahwin pun sekarang. Kesabaran dan kesungguhan dia sangat sangat memikat hati i (ecewahh).

Sekian kisah arnab dan kura kura.

p/s: lepas dah kenal rapat dengan bakal husband (masa tu), terus delete acc tagged. I ajar dia main facebook (time tu facebook baru nak popular)


Tuesday, June 11, 2013

Majlis betandang dan rumah baru

Perkara yang i impikan lepas berkahwin dah tercapai iaitu memiliki rumah dengan suami i (berdua sahaja). Baru privacy. Bahaha. Tapi itulah, duit banyak pulak habis untuk masuk rumah pertamaku ini. Rumah yang i sewa ni kita yang first masuk. So semua serba baru. Gambar bawah ni masa baru lepas cuci. Clean and clear. Lepastu barang pun beli ikut kemampuan, mana yang penting dulu. Barang lain tunggu next gaji.









Dalam masa yang sama, majlis sambut menantu i berlansung di Bukit Sagu, 2 Jun lepas. Genap 3 bulan pernikahan i. Majlis berlangsung sederhana tapi meriah. Alhamdulillah selesai sudah.












Sayang, thank you so much sebab bersusah payah untuk rumah kita. Thank you sebab banyak habiskan tenaga, masa, dan wang demi keselesaan kita. 

THANK YOU and I LOVE YOU.