I ingat lagi, masa i kecik kecik yang i berdoa supaya dipertemukan jodoh dengan tentera. Sekarang Tuhan makbulkan doa dan impian i. Walaupun tu bukan kriteria utama untuk jadi suami i. Masa i kenal husband, dia belum masuk tentera pun. Cakap pasal masa kenal, ramai tak tahu yang i kenal husband i dari mana. Yes, dari laman social tapi bukan Facebook. Bukan Friendster. Apatah lagi Myspace.
Tapi TAGGED.
Walaupun tagged tu laman social yang pelik lagi mengarut yang i rasa bodohnya i boleh ada account tu, tapi situlah bermulanya perkenalan i dengan dia. Time tu pegang kukuh prinsip tak percaya perhubungan bermula dari internet. Konon. Sekarang i ketawakan diri sendiri. Masa tu dalam pertengahan 2009 if i'm not mistaken.
Dalam banyak banyak lelaki yang tegur i kat laman sosial tersebut, i paling tertarik dengan si A yang first impression dia buat i ketawa, bukan buat i feeling annoyed. Selalu kalau lelaki nak kenal pastu buat ayat gatal minta no telefon, mahu i rasa nak lempar kerusi (mujur bukan face to face). Dari tagged, kita beralih pula ke YM. So chatting chatting chatting ketawa ketawa ketawa kita pun jadi kawan. First time, i offer no telefon i kat dia. I offer ok, bukan dia mintak. I offer. I suka kawan dengan dia.
Dah dapat no, apa lagi, bergayut la tetiap malam (dia la call sampai duk topap sokmo, i kedekut). And then first pertemuan ialah masa di Gombak (masa bawa adik sedara i berubat kat pusat perubatan islam kat situ). Sanggup dia datang naik motor, ponteng kerja sekejap.
Eceh, masa jumpa ditemani adik sedara i tu, dia bagi i sebungkus plastik ada lolipop, kinder bueno dan coklat mars (dia tau fav i mars). I terus rasa macam i sekolah darjah 6. Yelah dah dapat coklat. Borak borak sikit dah dapat coklat semua, kita pun babai babai.
Bila dah kahwin ni, i tanya dia, apa first impression syg masa jumpa kita mula mula dulu (serius wa cakap wa comot selekeh kot time tu). Dia kata cute sangat. Oh! tipu nehhh.
Dalam setahun kita kawan, baru kita bercinta. Tapi dalam setahun tu banyak juga dugaan dan cabaran yang dia tempuhi. Tapi dia sabar dan sabar dan alhamdulillah jodoh kita kuat dan dah kahwin pun sekarang. Kesabaran dan kesungguhan dia sangat sangat memikat hati i (ecewahh).
Sekian kisah arnab dan kura kura.
p/s: lepas dah kenal rapat dengan bakal husband (masa tu), terus delete acc tagged. I ajar dia main facebook (time tu facebook baru nak popular)
wish both of you happy forever ever after my dear! :)
ReplyDelete