Wednesday, June 19, 2013

Suami ke Lahad Datu

See. Hubby diminta bertugas ke Lahad Datu pulak. Mujur bertugas kejap je, bukan posting. Kalau posting, no matter what i will follow you (nada lagu digi orang kuning tu). Mujur dua minggu saja. Masa mula mula hubby bagitahu, i sedih sangat. Sampai i tak benarkan dia sebut langsung pasal Sabah tu. Dia sebut je, i tutup telinga tak mahu dengar. Bila mula i macam nak merajuk sikit, hubby nasihat i,

"Sayang tak boleh macam ni. Sayang kena bangga dengan suami sayang. Baru gi Sabah je, nanti kalau berperang takkan sayang tak bagi kite pergi?"

Ok la. Pastu baru i cool down, baru i redha. Redha tapi sedih juga. Asyik asyik cakap kat hubby, macammana kite nak lalui hidup kite dua minggu ni tanpa sayang? Ok, mengada.

Sehari sebelum hubby pergi, i saja duga dia. I tanya, apa perasaan sayang nak pergi sana tinggalkan kite seketika? Hubby jawab, emm dah rindu dah, lantas mengucup pipi i. I balas balik, i miss you too, ciuman lagi lah banyak i balas.

Hari Rabu (19/6) dia akan berlepas dari TUDM Subang. So hari Selasa tu kita tidur rumah mama di Klang. Esoknya, pukul 6 pagi dia mesti ada di sana (bapak awal). I hantar hubby ke sana. Sebelum berpisah, hubby pesan jaga diri baik baik, suruh i tunggu dia balik.

*Rindu

 Packing baju hubby

Sehari sebelum hubby berlepas

Hubby kata naik pesawat tentera tak best pun. Panas dan sesak. Hubby kata, nanti kita pergi Sabah naik MAS ya. Hm teringin sangat i nak pergi Sabah, sayang tahu tak. 

Perjalanan hubby dari Subang - Kuching - Tawau - Kota Kinabalu - Labuan -Lahad Datu. Dia kasi i gambar melalui Whatsapp. 






Masa post ini ditulis, baru first day hubby pergi, tapi i dah rindu gila babeng. I'll see you soon then, soldier. 


Love, your wife


1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.