Tuesday, January 14, 2014

Angan angan mama



I bet semua orang ada impian dan angan angan tersendiri untuk bagaimana membesarkan anak masing masing. Maksud i dalam konsep material, rohani, emotional, fizikal dan persekitaran. I pun tak terkecuali untuk ada angan angan tersendiri.

I suka hidup dalam bersederhana. I nak didik anak i juga hidup bersederhana. Mana rezeki yang ada, asal cukup makan kami bertiga. I mahu besarkan anak i dengan dua tangan i sendiri dan i yakin, suatu hari nanti suami i akan berterima kasih sebab memilih untuk jadi isteri dan ibu sepenuh masa. I nak bentuk syurga rumahtangga dengan kudrat yang ada dan biarlah anak anak i membesar depan mata tanpa campurtangan penjaga ketiga.

Ada perkara yang kadang i rasa tak setuju dengan cara sesetengah ibu bapa besarkan anak mereka lantas menyedari, i siapa? Setiap anak adalah hak mutlak ibu bapa mereka dan mereka berhak tentukan how they raised. Tak kisahlah, sebab i pun soon akan bergelar mama dan i will decide macammana nak besarkan zuriat sendiri. I sendiri pun tak suka kalau orang menyibuk, eh apsal macam tu, patut didik anak macamni bla bla bla etc etc. Tapi sometimes bila i jalan jalan uptown danau kota misalnya, ada parents yang bawa baby kecil (kalau tak baby pun, mungkin anak dalam setahun ke bawah) guna stroller / kendong di bahu, kadang sampai tertidur tidur anak tu berselimutkan embun dan kesejukan malam. Dalam hati, i simpati dan i cakap pada diri, anak aku nanti harus ada limit time pukul berapa untuk bawa keluar dan tak boleh bawa keluar. Mungkin sebab i dah terbiasa dengan persekitaran lepas maghrib, baby sangat tak digalakkan untuk bawa keluar. Apatah lagi nak pergi tempat sesak macam pasar malam / uptown. I tengok mama i buat macamtu kat adik adik waktu diorang budak lagi. Dan kakak i pun dia biasakan anak anak dia tidur awal. I setuju sangat macam ni.


Lagi satu, bab kasi tidur baby. I suka tengok baby yang kepala dia bentuk bulat cantik. Tempurung kepala baby kan soft. So, kadang position kita kasi tidur juga mempengaruhi. I ada terbaca, flat shape syndrome sering terjadi pada bayi bayi. Kesimpulan i sendiri, mungkin disebabkan si ibu yang always always dan always kasi baby dia tidur terlentang. Maksud i takda tidur meniarap atau tidur mengiring kiri kanan. I tak taulah, benda ni i rasa macam harus sangat beri penekanan untuk bakal baby i. I berangan sangat nak tengok baby i practise angkat kepala sendiri, kasi otot leher dia kuat. So, kena beri dia tidur meniarap. Pengalaman i jaga baby, kalau kasi tidur meniarap kan, baby akan tidur lena. Lepas tu kan kalau dia terjaga, dia akan pusing kepala dia dari kiri ke kanan, atau dari kanan ke kiri sendiri pastu sambung tidur semula. Mencari keselesaan kononnya. Baby tidur meniarap ni satu jela, kena awasi sentiasa. Pengalaman i juga, baby yang selalu kasi baring terlentang, otot leher dia tak berapa kuat. So that bila kita dukung, kepala dia macam lembik. Posture badan dia pun nampak lain. Bila kasi dia meniarap, kepala dia macam selalu nak tersembam,  dia nampak uncomfortable sangat juga sebab leher dia tak kuat. Ni kisah benar ok. I cuma ambil pengajaran sebagai persediaan.






Since i memang spesis yang cintakan seni, i excited sangat tunggu anak besar sikit (dalam 3-4 years) supaya i dapat hadiahkan dia bukan kereta control, bukan video game, bukan barbie atau lain lain mainan yang mahal mahal. Tapi crayon dan pensil colour. I nak ajar dia melukis. Lagi satu i nak buatkan dia homemade play doh supaya otak dia aktif berkembang. I nak buatkan rumah kecil dari kotak terpakai. I nak buat flash card sendiri untuk dia kenal ABC dan 123. Sabar fyra, sabar *urut dada*. Ni kes terikut ikut dengan cara kakak i kat Dubai tula beri hiburan pada anak anak dia. Semua nak homemade, semua more to nature, semua pun benda yang meransang sel sel otak. No wonder anak anak dia semua bijaksana macam dia.






Homemade play doh

Kreatif betul

Hanya oreo



Sensory play for babies

(source gambar: Meet: Afzan Maria)


I cuma mahu jadi mama yang kreatif.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.