Thursday, January 9, 2014

Kronologi kehamilan (1 - 6 month)

Bulan pertama:

Waktu mula mula tahu pregnant dalam 4-5 weeks, macam eksyen sikit konon takda pun alahan apa apa. Minum susu dumil mama hari hari tak pernah skip. Excited katanya. Terus makan dijaga, pergerakan pun sama. Kandungan waktu ni fragile sangat. Kena extra hati hati contoh macam ibu jari kaki, jangan la kasi tersepak apa apa. Ibu jari ada kaitan dengan peranakkan tau. Nafsu makan waktu ni bertambah sangat, mujur bulan puasa!


Bulan kedua:

Masuk bulan kedua i surrender. I mengalami batuk berkahak yang agak teruk. Tekak rasa perit. I tak amik ubat batuk, tapi i makan fishermans friend untuk legakan tekak ni. Untuk batuk, i minum air kosong yang sangat banyak sampai ulang alik ke toilet dan urine i sentiasa jernih. Seluruh badan i mula lenguh lenguh especially pinggang dan tulang punggung.


Bulan ketiga:

I dah mula ngelat minum susu. Sebab susu masa tu dah tak sedap. Kalau minum pun, akan keluar balik sebijik macam air terjun. Tiap kali makan pulak, ada selera tapi lepas makan, masa nak gosok gigi, confirm keluar balik makanan. Badi betul kalau masuk toilet, nampak mangkuk jamban, loya bukan main. But, lepas i muntah, i dah ok. Takda la kata badan lembik tak bermaya. Kalau bab bau bauan i takda alahan apa apa. Bau tumisan di dapur ke, bau hubby ke, bau perfume ke, semua i ok. Waktu ni jugak pedih ulu hati mula melanda. Pedih ulu hati is tak best ok. Baring tak kena, nak sujud waktu solat tak kena, perut kosong pun tak kena. Makan pedas lagilah tak kena. Trimester pertama betul betul menduga.


Bulan keempat:

Masuk trimester kedua, alahan semakin hilang. Hoorayyy. Selera makan yes sangat bertambah. Waktu ni dah rilex sikit. Tapi kalau lama lama travel duduk dalam kereta, perut i rasa cramp, macam angin yang taknak keluar keluar. Sangat tak selesa. Mungkin sebab duduk lama, posisi tu kan agak menekan baby.


Bulan kelima:

Ha, mula dah i alami perubahan di seluruh badan. Kat pelipat pelipat naik line gelap. Leher dan dada naik tompok gelap juga. Ah tak kisah pun sebab pakai tudung. Perut i naik garisan lurus bermula dari atas perut sampai ke bawah pusat. Itu sebagai persediaan untuk perut meregang bagi menampung baby. Dan bulan ni lah i mula rasa gerakan halus baby i (waktu 20 weeks). Super best!


Bulan keenam:

I tunggu jugak kalau kalau kaki i akan bengkak macam kawan i lain yang preggy tapi so far takda pun. Tangan pun takda menggemuk, muka pun takda kecuali double chin bertambah sikit (ahaks). Kakak i cakap dia preggy dulu kaki tak bengkak, mama i pun. So i buat kesimpulan, ikut keturunan agaknya. Strechmark kat perut pun i takda. Alhamdulillah, banyak i rasa mudah sepanjang preggy ni walaupun sedikit tak selesa di awal kehamilan. Macam biasa, tagline i, mama rela apa sahaja. Ketidakselesaan itu mama anggap sebagai sesuatu yang manis dan indah. Kesimpulannya, segalanya indah. Takda satu pun yang menghampakan. Bulan ni jugaklah baby i sangat aktif menendang. I tak pernah rasa sunyi sekarang ni since ada teman berborak dalam rahim ni.

But, dulu i susah tidur petang. Bulan keenam ni, letak kepala kat bantal je, terus terlena. Memang i nampak macam kuat, sihat. Tapi orang mengandung ni, tubuh otot semua berkerja keras tau. Adakala memang akan rasa letih dan lemah. Jadi apa salahnya kalau terlena seketika. Tak payah la cakap, jangan banyak tidur nanti baby jadi malas, baby jadi besar. Malam malam waktu nak tidur yang kita susah nak lelap sebab baby bermain bola, kaki jadi tak selesa, susah nak bernafas sebab baby menekan, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena, mereka tak tahu.

So far, sampai ke bulan keenam ni, tiap kali check up i akan bernafas lega bila semuanya ok. urine ok, hb ok (hb i maintain cantik dari awal lagi), tekanan darah ok, kedudukan baby ok (tuari nurse check, kepala baby kat bawah, so normal), uri pun ok. Alhamdulillah syukur ya Allah.

Tapi, cuma satu masalah. Haritu minum air gula, bacaan agak tinggi juga walhal i takda pun history keluarga yang kencing manis. Mungkin silap i, siang sebelum i kena puasa tu i banyak makan koko crunch, minum susu coklat, minum air kotak teh bunga, biskut bergula lagi. Akibatnya i kena cucuk ambil darah empat kali untuk BSP (Blood sugar profile). I kata kat hubby, kite rasa kan sayang, kite kena kencing manis ni mesti sebab kite manis sangat kan? kan? Betul ke bohong? Ok bai


Bulan ketujuh:

Ho ho baru nak menginjak ke bulan ketujuh. So, to be continue.

Final trimester begin. Laf you baby!



3 comments:

  1. best baca cita akak tentang pregnant, saya search kat google sebab nak tahu tntang pengalaman org pregnant,ter jumpa blog akak, terus masukkan dlm bloglist sebab nak tahu perkembangan akak..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thank u. preggy juga ya? if yes, congratulations. tapi itulahh simptom orang lain lain, tak sama. tak tau bahagian kita mcm mana :)

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.