Saturday, February 15, 2014

Persiapan barang baby dan mommy

Dengan kandungan yang almost masuk 8 bulan ni, sepatutnya barang barang baby semuanya dah ready, dah siap dicuci, dah dipacking ke dalam beg masing masing (beg i dan beg baby).  Tapi baju baby i belum basuh lagi memandangkan semuanya ada di rumah mertua di Kuantan walhal i berada di Trengganu. Asyik teringat teringat je pada barang baby, sebab takut juga in case terbersalin awal ke (hopefully tak la), maunya kelam kabut.

Barang baby yang kecil kecil macam set mandian, pampers, minyak telon, ketip kuku, cotton buds dan lain lain pun i tak cari lagi. Hujung bulan ni baru ingat nak cari sampai settle semuanya. Termasuk barang i sekali.

Berikut adalah senarai yang perlu ada semasa proses bersalin nanti, supaya i tak lupa dan sebagai rujukan pada hubby juga,

Ibu:

1) Buku pink
2) Kad pengenalan
3) Handphone
4) Baju / Blouse - 5 helai
5) Stokin - 2 pasang
6) Kain batik / Skirt labuh - 3 helai
7) Pakaian dalam - 5 pasang
8) Tudung - 2 helai
9) Alat mandian
10) Towel
11) Maternity pad - 1 kotak
12) Towel muka
13) Selipar
14) Air selusuh / Air zamzam
15) Minyk angin
16) Makanan & minuman
17) Termos air panas
18) Beg plastik
19) Baju sejuk
20) Sikat
21) Breast pad - 4
22) Nursing bra - 4


Baby:

1) Lampin pakai buang - 5 helai
2) Baju - 3 pasang
3) Minyak telon
4) Baby wipes
5) Towel mandi
6) Mitten & booties - 4 pasang
7) Alat mandian
8) Selimut / bedung
9) Barut - 5 helai
10) Topi


Tak sabar nak packing semua dan menunggu masanya tiba!

P/s: perancangan terbaru, ingat nak bersalin di Hosp Sg Buloh memandangkan dekat dengan rumah parents i dan orang kata situ okayyyyy juga. Tengoklah macammana :-)



2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. Salam perkenalan daripada mak buyong. awak dah bersalin ke? hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum singgah sini and follow :) SubhanAllah . . dah nak dekat dah ya . . kita lagi 4bulan lebih . . huhu . . bestnya baca persiapan-persiapan ibu mengandung ni :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.