Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 37 lazimnya dikategorikan sebagai bayi pramatang. Kelahiran pramatang membuatkan bayi kurang masa untuk membesar di dalam rahim ibu sebelum menyesuaikan diri di luar rahim. Bayi pramatang terutamanya bagi mereka yang dilahirkan terlalu awal selalunya mempunyai komplikasi kesihatan bergantung pada berapa awal bayi dilahirkan.
Pramatang: Minggu ke 34 - 37 kehamilan
Sangat pramatang: Kurang dari minggu ke 32 kehamilan
Terlalu awal pramatang: Kurang dari minggu ke 25 kehamilan
Yang i faham, waktu ni sistem imune dan organ organ bayi masih belum matang walaupun sudah sempurna tercipta. Berbalik pada kawan i, dia terpaksa berpisah sementara dengan baby dia sebab baby tu masih perlu berada di bawah pengawasan doktor dan diletakkan dalam inkubator. Kalau i kat tempat mereka, mesti i sedih sangat tak dapat peluk bayi i dan susukan dia.
Pengantin baru 11 bulan
Berbalik pada baby i pulak, wah! sangat aktif itu baby! Kadang kadang i rasa ada part yang baby i mengeras, tapi tak sakit. I cuma usap usap lembut kasi baby i relax semula (cewahh). Kadang waktu i tengah relax, tiba tiba pulak dia kasi tendangan padu, tanjat mama tawww. Bonjol bonjol perut i, entah siku ke lutut ke bahu ke atau montot dia ke. Geli pun ya tapi yang pasti takda rasa sakit langsung. Berbunga bunga lagi ada. I tertanya tanya, apalah yang baby i tengah buat kat dalam rahim ni sebenarnya.
Dan kebahagiaan adalah apabila hubby mengusap lembut perut, cakap cakap dengan baby, baby pun kasi respon, you pandang hubby, hubby pandang you dan both of u laughing together. Rasa macam tak mahu saat tu berlalu. Ini adalah kebahagiaan yang sebenar dan kemuncak kebahagiaan ini bila tangisan pertama bayi you, you dengari.
Dalam usia kandungan menghampiri lapan bulan ni, macam biasa, kencing makin kerap. Cincin kahwin dan tunang dah tak muat. Baju yang dulu longgar tiba tiba jadi sendat. Nak sarung skirt labuh terkandas sampai peha je, takda dah ruang nak sarung sampai atas. I selalu rasa panas. Kaki tak membengkak, perut takda stretchmark. Pedih ulu hati kadang kadang. kaki tangan mudah kebas. Sakit pinggang sakit belakang sikit sikit.
Minggu ke 31
Barang baby ada sikit lagi i nak cari dan paling tak sabar nak basuh baju baby wangi wangi dan lipat dengan penuh kasih sayang susun dalam almari. Tiap kali tengok baju baby i rasa nak gigit baju tu sebab baju tu kecik dan comel sangat.
Hope minggu ke 38-40 baby ready untuk jumpa mama dan papa. Tinggal 60 hari je lagi mama ada teman seerat dan serapat ni.
Ok, mama dah mula emo. Bai
Wahhh..bestnya..;-)..moga semua berjalan dgn lancar...:-)
ReplyDeletethank you nazirah :)
Deletecuaknya dengar ada yang beranak week 32 tuu..esok sy msuk 32 weeks dah. tapi moment baby kick tu best kan. hehe. mesti rindu bila baby dah keluar
ReplyDeleteitulahh awak. kita taktau bila bby nak kua kan..kadang risau tu datang, cuma bole berdoa agar bby kua pada masanya. xdepelaa..jgn risau sgt ye nnt stress pulak. hehehe
Delete