Kenapa eh, aku suka sangat cakap pasal cinta? Ntah, aku pon tatau. Yang pasti aku sangat suka suka dan suka dengan topik ni. Ala, bukan aku je yang suka. Korang pon suka jugak kan? kan? Ha..tengok! Sume orang pon suka. Sebab apa tau, sebab cinta itu indah. Eh, indah ke bila cinta pon bisa wat kita merana? Oh tak tak...tu tak indah namanya. Tu perit...perit kat ulu hati bagai ditikam-tikam ngan pisau sebanyak 44 kali!
Nikmat cinta memang indah tapi azab kesakitan yang ditinggalkan cinta lebih maha hebat. I'm sure setiap orang tau camne rasa putus cinta, ye tak? Sebab tu kadang-kadang aku terpikir, lebih baik tatau camne rasa nikmat cinta kalau akhirnya kita rasa kepahitan dia. Maksud aku lebih baik tak yah bercinta la kalau akhirnya watkan diri kita menangis sampai mata bengkak, sampai tak bersemangat nak hidup, sampai rasa nak terjun banggunan dari tingkat 8, sampai macam-macamlah! Haha.
Aku teringat lagi time aku putus cinta dulu, malam time nak tido je, takde keje lain selain menangis. Pastu bila mata bengkak ke kelas and bila kawan-kawan tanya nape, jawapan standart aku kasi; alah, tak cukup tido, semalam tido lewat! Ala, cerita putus cinta aku tak hebat mana. Dalam seminggu...eh tak, semingu lebih sikit je, pastu aku da okey, da buleh hepi balik. Kira tak berapa nak agung sangat kot kisah cinta aku. Haha! Takdela, compare ngan orang lain punye kisah, mau sebulan lebih hidup bertemankan air mata! Ha...sape yang masuk dalam kategori ni, angkat tangan cepat! Ei jangan tau camni...nanti ganggu study kita, pastu efek dia sampai ke final. Eee jangan jangan.
Korang pernah tak dengar kata-kata yang berbunyi begini:
"True love is when you are willing to change everything about yourself to make that person happy but finding that they don't want you to change at all."
Pernah terbaca tak? Korang percaya ke? Maksud dia kira lebih kurang camni lah, dalam cinta, kita tak perlu ubah apa-apa pada diri kita. Konon-konon biar jadi diri kita yang sebenarlah. Ee sikit pon aku tak percaya pada kata-kata di atas. Sepatutnya bila bercinta, kita beri yang terbaik pada pasangan kita, kita baiki mana-mana kekurangan, kita tampal mana-mana yang koyak! Ni tak, bila pasangan kita tanya, kenapa dah seminggu tak call, tak sms? Jawapan yang dikasi "tu bukan cara i lah nak call, gayut berjam-jam kat talipon and i pon tak berapa suka nak main sms sangat, sorry ya."
Bodoh kan? Bukan lah aku kata kita kena ubah terus diri kita jadi apa yang pasangan kita nak. Tapi ubah sikit demi sikit apa salahnya. Takkan la kalau sebelum kapel, kita selekeh. Then lepas kapel pon kita selekeh gak. Tu pon kategori jadi diri sendiri jugak ke? Aku tak boleh terima lah mana-mana lelaki pon, kalau bercinta guna alasan busy bila dah lama tak call/sms awek dia. Kalau camtu lebih baik tak yah bercinta. Jadi kawan-kawan biasa je! Yela pada pandangan peribadi aku, tak yah bercinta kalau status 'in a relationship' tu setakat pada nama je tapi tak function pon. Woo woo jangan la marah! Tu pandangan peribadi aku je.
Sebab kalau kita tengok orang bercinta yang ada di sekeliling kita, mereka ni bagai hidup di alam mereka sendiri. Lagi-lagi perhubungan yang masih fresh. Kalau tepon diorang berbunyi je, sanggup berlari 100meter ke tepon; punyalah excited dapat mesej si boyfriendnya! Yeah, time hubungan paling best masa awal-awal bercinta. Kalau boleh, diorang nak umumkan kat satu dunia 'i'm in love with him/her!' Dasatkan cinta??
Tu masa awal-awal perhubungan la. Cuba tengok bila sampai klimaks perhubungan. Time tu da mula gaduh-gaduh sikit, dah mula berselisih pendapat, kalau dulu sms sehari berkali-kali, sekarang seminggu sekali. Perasaan sayang sikit-sikit hilang, perasaan jemu sikit-sikit datang. Pastu dah mula ada orang nak ganggu gugat hubungan. Wuuu mencabar gila kan? Itu lah yang dipanggil the game of love! Kalau kita sabar, kita bijak main game tu, kita berjaya. Kalau tak, bermakna kita tewas. Syok oo main game ni. Tak sama tau cam kita main PSP!
Walaumacammanapun, aku paling pantang kalau sesuatu hubungan tu rosak disebabkan pihak ketiga. Maksud aku aku paling benci ngan perampas. Kalau aku tengok cerekarama kat tv3 setiap hari sabtu tu, kalau ada adegan rampas-merampas orang punye, memang rasa cam nak je baling selipar kat kepala si perampas tu. Hehe, emo kn? Betul weh, aku tak suka orang ketiga. Aku rasa orang ketiga ni macam parasit. Nampak je cantik, tapi berbahaya. Kena hapuskan cepat ni.
Hmm, apapon dalam hidup ni kita jangan berhenti mencinta sebab bila mencinta, bercinta, dicintai, akan wujud rasa sayang, rasa kasihan dalam hati kepada orang lain. Perasaan halus ni yang buatkan rasa cinta kita bukan setakat pada manusia, tapi pada makhluk Tuhan yang lain. Sayang pada haiwan, pada tumbuhan, pada alam sekitar dan pada dunia! So, jangan berhenti mencinta k!
ok!
ReplyDelete