8 Desember 2008:
Kalau dulu, setiap kali balik raya kat Penang je, sangat seronok. Semua sanak saudara berkumpul ramai-ramai. Yang paling happy sekali mestilah Tok Ayah. Mesti dia akan excited nak wat barbeque, then dia order sate sampai 500 cucuk then kitorang yang cucu-cucu dia ni akan bakar beramai-ramai kat halaman rumah.
Aku kat dapur pulak mulalah pulun potong kobis ngan carrot nak bikin coeslow. Semua sibuk, semua rajin dan semua sangat excited. Tradisi berbarbeque ni macam dah jadi adat tiap kali hari raya.
Tapi since Tok Ayah dah takde since Julai lepas, bahang-bahang tak best tu dah mula terasa. Sedey..sedey..sangat sedey. Rasa kehilangan sangat-sangat.
Dan raya tahun ni lah kali pertama kami akan menziarahi pusara Tok Ayah. Dan tradisi menziarahi pusara Tok Ayah ni akan berterusan sampailah ke aku punya anak cucu.
Hmm sumpah! sangat merindui beliau saat ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.