Thursday, September 30, 2010

On his birthday.


With lots of love, today and everyday.

Baby memang comel.

28 September 2010.
i dapat anak buah baru and she's a girl.
Anak kakak i. Coming soon anak abang puleee.
So i bakal jadi makcik kepada empat orang si kecik yang comel.

Tadaaaa. Ni dia.....

Krohhhh..krohhhhh..

"Assalamualaikum. Nama saya Yusra Hana bt Riaz Fazral"

p/s: Suka ngan bau baby.

Monday, September 27, 2010

When September ends.


Gigih siapkan besday kad di ofis, walaupun keje berlambak!


Ok, siap untuk di pos ke Kedah. (Isinya..jeng jeng jeng)


30hb September ni besday sayang i yang ke 42.
Eh silap, 24.
Kalau lah dapat surprise kan dia.
Kalau lah dapat baling tepung kat muka dia.
Kalau lah dapat baling dua tiga biji telur kat kepala dia.
Kalau lah dapat nyanyikan lagu selamat hari jadi kat dia.

Dan kalau lah...
dapat bisik sendiri kat telinga dia..

"Sayang, happy birthday..."

Pastu kiss pipi dia,
kiri kanan. Dua-dua.

Sunday, September 26, 2010

Selamat pagi cinta punye puisi.

Setiap kali aku bangun dari tidurku,
aku merasa sungguh bernafas.
Setiap saat dan detik aku,
aku lalui dengan penuh rasa rindu.

Entahlah..tak tahu kenapa..
Cinta aku padanya begitu dalam.
Sehingga tiada satu pun melodi cinta,
yang setanding dengannya
dan akan aku
temui nanti
adalah cerita..
cerita cintaku.

Thursday, September 23, 2010

Hanya dikau.

Jejaka : "Sayang, saya ada something nak tanya.."

Gadis : "Yes, tanyalah..apa dia?"

Jejaka : "Erm..kenapa sayang cintakan saya? Sebab diri saya,
kedudukan saya, harta saya, atau sebab-sebab lain?"

Gadis : ..... (terkesima)

Pernah berhadapan dengan situasi macam ni? Kalau belum pernah, lepas ni cuba tanya pasangan masing-masing.

Semalam, bila incik boyfren kata ada something nak tanya, hati terus berdebar. Jangan bagi soalan cemu-cemas sudah. Tetiba rasa macam kat dewan exam.

" Sayang suka kite sebab kite askar ke?" (dia bahasakan diri dengan 'kite')

" Kenapa sayang tanya macam tu?" Aku tanya dia balik.

" Saja, tiba-tiba terlintas kat fikiran, nak tanya" Jawab dia.

Aku terdiam. Kat kepala cuba nak susun ayat baik-baik supaya dia 'clear' dan tak salah faham.

Memang. Memang impian aku masa kecik-kecik berangan nak kawen dengan tentera. Kalau masa kecik-kecik dulu time nak balik Penang je, bila lalu highway tu, akan ada je trak askar yang plat number dia Z tu lalu sebelah kami. Kadang sampai 4,5,6 trak kat atas highway tu. Ada yang pegang senapang, berbaju hijau. Semua botak-botak dan tough. Aku sangat teruja. Dalam kepala masa tu, 'gagahnyeeeeeee'.

Pastu, masa darjah 6. Makcik aku yang bongsu melangsungkan perkahwinan dia juga dengan seorang tentera. Tentera darat. Fuh, punyalah penuh dengan adat istiadat. Manalah details sangat nak ingat. Cuma ingat time pasangan mempelai berjalan lalu bawah pedang. Suami kepada makcik aku pun, punyalah segak dengan uniform tentera dia. Oh and masa upacara potong kek pun, guna pedang woo. Scary je aku tengok.

Tapi, sebab utama aku cintakan kekasih aku sekarang, bukan sebab dia tentera. Bukan sebab dia penuhi impian aku nak merasai apa yang pernah aku lihat masa kecik dulu. Bukan sama sekali. Aku jatuh cinta dengan dia, sebab dia adalah dia. Dia adalah lelaki yang sama aku kenali sebelum dia bergelar Kapten.

Sebelum dia baru nak masuk tentera, masih lagi takde perasaan istimewa aku pada dia. Maybe sebab masa tu pun kami dah lama tak jumpa bertentang mata. So, tak tau apa perubahan yang ada pada dia. Dan tak lama lepas tu, bila dah berbulan-bulan dia kat kem, dia dapat cuti, dan dia kata dia nak jumpa aku. So we met at Shah Alam (memandangkan masa tu aku masih menyewa kat Shah Alam). So malam tu kami melepak berdua kat Dataran (padang rumput berdekatan masjid tu) sampaiiiiiilah ke subuh.

Satu perubahan yang aku paling ingat, dia botak! Ok, dan kami pun borak-borak, gelak ketawa sama-sama, kongsi cerita dan bla bla bla.

Balik tu, aku bagitau dia, aku suka dia botak and aku nak dia botak sampai bila-bila. Lepas dia hantar aku balik, starting from dat night, aku rasa rindu gila kat dia. Jatuh cinta sebab dia botak tu, mungkin salah satu. Tapi sebab utama jatuh cinta tu memang sebab dia adalah dia. Kalau nak di list kn, banyakkkkk sangat and tak perlu kot dibagitau kat sini. Kesimpulannya, sebab peribadi dia. Dan aku kira, dia tentera, adalah bonus bagi aku.

Yang pasti, i'm looking forward untuk bina hidup dengan dia.
Bila, biar masa yang tentukan.

(p/s: sayang, i'm very proud of you.)

Wednesday, September 22, 2010

OMG!

Cedeynyeee dah nak abis praktikal. Serius ni, sedey!!

Ok, takpe. Jangan sedey. Awal tahun depan dah nak konvo.
So da tamat unibersiti, dengan ada Degree.
Da boleh kerja betul-betul,
dapat gaji, kumpol duit, beli kereta, beli rumah
and boley kawen.

lepas tu bina family sendiri,
dengan lelaki yang dicintai.

Oh i can't wait for it.

Monday, September 20, 2010

if only..

Ok. dalam kehidupan cinta kau, kau dah tempuhi macam-macam. Samalah macam negara empat musim tu. Adakala musim kau sedang berbahagia, yang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Ada jugak waktu musim kau berduka lara. Oh, ada jugak musim kau kesunyian, sorang-sorang sampai waktu tu handphone dah tak penting lagi bagi kau.

Macam mana sekalipun, nak atau tidak, mahu atau tak mahu, kau harus tempuh kesemua musim-musim itu. Sebab, kalau kau tak pernah menghadapi kesakitan, kau takkan menghargai indahnya perhubungan dan manisnya kasih-sayang.

Sekarang, bila kau dah ada seseorang yang kau kira sebagai kekasih, yang mana matlamat hidup kau adalah untuk mengahwini dia,
dengan sepenuh hati, kau cuba untuk jaga perhubungan tu. Kau pupuk cinta kau hari demi hari supaya ianya terus mekar dan harum.

Sebab, sebelum kau terima dia menjadi seseorang yang istimewa di hati kau, maknanya kau dah bersedia. Bersedia untuk bagi a full of commitment dalam perhubungan kau. All his or her bad character kau dah tolak tepi. Kau dah tak peduli. Yang kau tahu, kekasih kau lah yang paling cantik, paling baik, paling kacak dan paling sempurna dalam dunia.

and i already met a great guy..

n i want to spend the rest of my life, dengan dia.
Hanya dia.

Monday, September 13, 2010

Aku punya raya.

September 2010
Location: Pulau Pinang (umah Tok Ayah)



Sehari sebelum raya:
Masak-masak.




Raya pertama:
Di rumah saje. Takde mood nak ikut pi mana-mana.




Raya kedua:
Berbarbeque dan bersate. Happening!









Raya ketiga:
Piknik at batu feringgi. Seronok!










Tapi, raya without Tok Ayah, sangatlah tak sempurna..

Ah!

Masuk 3 bulan pertama bercinta, perasaan kau jadi makin sensitif.
Kau mula nak memberontak, kau mula curiga, dan kau mula curious.
Kau takut sayang dia pada kau berubah.
Kau takut apa yang kau rancang bersama dia tak jadi,
apa yang kau angan-angankan bersama dia punah.

Tiba-tiba jadi takut.

Tuesday, September 7, 2010

Sebab, dia istimewa.

(Dedicated to: Kapten Muhd Hussairi b. Taib)


Beza...
Beza sangat hidup bila ada someone yang kita sayang hadir dalam hidup.
Beza dengan masa kita single dan takde komitmen dengan sape-sape.
Beza bila sekarang dah ada hati lain yang harus kita jaga sebaiknya.
Beza bila kat kalender dah bertambah hari-hari penting yang juga perlu ditanda.
Beza bila dah tak lagi rasa cemburu tengok ada pasangan berpegangan tangan kat shopping complex.
Beza rasa bila kita disayangi setulus hati
Beza bila handphone dah tak boleh lagi tinggal merata.
Beza bila dalam fikiran hanya ada dia macam projektor.
Beza rasa bila hidup lebih bermakna.

Beza lahhhh!

To sayang,
Thanks for the peBEZAan yang dialami sekarang ni. I realized dat your love is so berBEZA coz u're insan yang sangat berBEZA and my feelings towards you juga berBEZA from others.

You are the BEAUTIFUL part of my life.

Thank you and i ♥ u.

Friday, September 3, 2010

You're not welcome anymore.

Kau perasan tak satu benda? Orang yang pernah kau gila-gila minat suatu waktu dahulu, sekarang perasaan tu dah lain. Dulu kau fikir, he or she is the one. Masa kau kecewa tu kau sedih gila-gila, menangis sampai habis 13 kotak tisu. Tapi sekarang? Mana perasaan tu pergi? Kau dah tak heran pun dengan dia. Sedikit perasaan cemburu pon takde kalau ada sape-sape yang nak ejas dia. Siiiiiikit pon dah takde.

Kalau memang berpisah cara baik takpe, tu lain. Tapi, kalau berpisah dengan cara dia kecewakan kau, dan kau frust tahap gaban, trust me..benda ni akan kena balik kat batang hidung dia. Masa kau dah 'sembuh dari luka' (chewah) dia pulak yang akan terhegeh-hegeh menagih kasih kau. Masa tu kau dah tak heran pon dia. Lagi-lagi kalau time tu kau dah ada kekasih baru. Mesti kau rasa nak je baling selipar kat muka sebab asyik ganggu hidup kau.

Sebab, tu lah hukum karma.

and..

"what goes around comes around"
and when it comes around its gonna Hit
you FUCKEN HARD...
so dont do the ones you love wrong because
KARMA will do your ass twice as WRONG!

Thursday, September 2, 2010

Dah lain, dah tak macam dulu...

8 Desember 2008:







Kalau dulu, setiap kali balik raya kat Penang je, sangat seronok. Semua sanak saudara berkumpul ramai-ramai. Yang paling happy sekali mestilah Tok Ayah. Mesti dia akan excited nak wat barbeque, then dia order sate sampai 500 cucuk then kitorang yang cucu-cucu dia ni akan bakar beramai-ramai kat halaman rumah.

Aku kat dapur pulak mulalah pulun potong kobis ngan carrot nak bikin coeslow. Semua sibuk, semua rajin dan semua sangat excited. Tradisi berbarbeque ni macam dah jadi adat tiap kali hari raya.

Tapi since Tok Ayah dah takde since Julai lepas, bahang-bahang tak best tu dah mula terasa. Sedey..sedey..sangat sedey. Rasa kehilangan sangat-sangat.

Dan raya tahun ni lah kali pertama kami akan menziarahi pusara Tok Ayah. Dan tradisi menziarahi pusara Tok Ayah ni akan berterusan sampailah ke aku punya anak cucu.

Hmm sumpah! sangat merindui beliau saat ini.