Monday, September 20, 2010

if only..

Ok. dalam kehidupan cinta kau, kau dah tempuhi macam-macam. Samalah macam negara empat musim tu. Adakala musim kau sedang berbahagia, yang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. Ada jugak waktu musim kau berduka lara. Oh, ada jugak musim kau kesunyian, sorang-sorang sampai waktu tu handphone dah tak penting lagi bagi kau.

Macam mana sekalipun, nak atau tidak, mahu atau tak mahu, kau harus tempuh kesemua musim-musim itu. Sebab, kalau kau tak pernah menghadapi kesakitan, kau takkan menghargai indahnya perhubungan dan manisnya kasih-sayang.

Sekarang, bila kau dah ada seseorang yang kau kira sebagai kekasih, yang mana matlamat hidup kau adalah untuk mengahwini dia,
dengan sepenuh hati, kau cuba untuk jaga perhubungan tu. Kau pupuk cinta kau hari demi hari supaya ianya terus mekar dan harum.

Sebab, sebelum kau terima dia menjadi seseorang yang istimewa di hati kau, maknanya kau dah bersedia. Bersedia untuk bagi a full of commitment dalam perhubungan kau. All his or her bad character kau dah tolak tepi. Kau dah tak peduli. Yang kau tahu, kekasih kau lah yang paling cantik, paling baik, paling kacak dan paling sempurna dalam dunia.

and i already met a great guy..

n i want to spend the rest of my life, dengan dia.
Hanya dia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.