Monday, January 31, 2011

Bila rindu je EMO.

Dulu i fikir, bercinta jarak jauh ni karut. I cakap besar konon i tak kan becinta pastu duduk jauh-jauh antara satu sama lain. Yelah, dulu fikir itu karut sebab kekasih kau tak ada depan mata kau. Yang kau nampak cuma perasaan curiga yang melampau konon-konon kekasih kau boleh curang, dan kau tak boleh pantau atas faktor jarak. Distance tak make you far apart. Walhal kalau kau dekat-dekat pun, kalau kau atau dia nak curang, tetap jugak curang. Ni semua pasal trust lah. Kau percaya dia, dia percaya kau, cukup.

Tapi i tak dapat nak tipu kadang-kadang i cemburu dengan mereka yang tak payah bercinta jarak jauh, hari-hari pun boleh jumpa. Dan bila i cemburu, i harapkan sangat boyfriend i ada kat sisi i saat tu. Tapi i cuma mampu taip sms cakap i rindu dia. Dia reply, cakap rindu balik, i terus senyum lega. Dalam hati, hmm jauh-jauh pun tak apa.

Sekarang bila dah masuk 8 bulan bercinta, i rasa dah kuat nak lalui semua. Sekali-sekali dapat jumpa, i cherish moment bersama dia, macam dah tak ada lagi hari esok. I cuba untuk buatkan relationship i jadi sweet. Biar bila dia kembali ke tempat asal, dia akan ingat benda-benda sweet itu. Contoh macam i buatkan makanan kegemaran dia dan kalau yang paling common sangat pun, i buat handmade card yang penuh dengan kata-kata cinta untuk dia. Awww!

Dan apapun yang akan jadi pada relationship kami, i cuma mahu go with the flow. Kalau takde jodoh sekalipun, i tak mahu punca tu adalah daripada i (maksudnya atas kesilapan i, atas kelalaian i). Sebab tu i betul-betul mahu hargai dia dan letakkan dia sebagai perkara terpenting dalam hidup i.

Dan..ohh i sangat rindukan dia. Sayang, bila mahu jumpa?

Wednesday, January 26, 2011

Tiba-tiba teringat lah pulak.

Banyak benda sebenarnya yang membuatkan i teringat pada arwah atuk yang paling-paling i sayang. Apa yang i teringat tu bukan saja pada kasih-sayang dia, tapi boleh jadi macam-macam. Contoh macam i tengah minum milo panas sekarang, i tiba-tiba teringat pada dia.

Sebab masa i kecik dulu, sebelum nak tido dia akan bancuh milo panas. Macam dah jadi rutin sebelum tido. Bakal anak-anak i nanti pun i akan amalkan macam ni. Sebelum tido, minum milo dulu ye. Hehe.

Setiap kali i pergi supermarket, i akan beli vitagen. Vitagen is one of my Tok ayah's favorite. Setiap kali dia balik solat jumaat, dia akan singgah beli untuk cucu dia yang ini. Vitagen yang kaler putih of course. Vitagen buatkan i rindu pada dia. Sob Sobb.

Kalau setiap kali breakfast pulak, dia akan masakkan scramble egg, makan dengan roti Gardenia yang jumbo. Kadang jugak dia masakkan oats. Very the mat saleh punya breakfast. Tok ayah punye style, i admire gila. Pagi-pagi jugak, rutin harian dia akan baca english newspaper (dolu-dolu sekolah omputih) sambil pekena ngan teh o panas.

Lunch and dinner, mesti dia akan bancuh oren sunquick. Sunquick dia pekat dan sangat manis. Tok ayah sangat suka manis (mujur body dia memang perlukan kandungan gula yang banyak). Kalau i bancuh untuk dia, pun i buat pekat-pekat.

Dan sebenarnya, i ada nama panggilan manja pada Tok ayah i iaitu Potato Tok ayah. Sebabnya, masa kecik-kecik juga, tok i suka suap i kentang lenyek. Sampai sekarang pun, ada sedara i kat Penang yang tanya tiap kali jumpa, 'mana satu potato Tok ayah ni?'. I jadi malu tapi dalam hati bangganyeeeee!

Banyak lagi yang best pasal Tok ayah, tapi i tak mampu nak sambung.

Sedihhhh. Sangat sedih. I miss you, Tok ayah.

Monday, January 24, 2011

Hati-hati dengan hati.

Aku sedih bila bukak facebook, baca news feed, ada gadis yang beria-ia luah perasaan sedih sebab relationship dia sedang dilanda masalah. Aku tak tahu pasal apa, tapi aku tahu gadis itu sedang bersedih. Kau tahu lah kan, bila seorang gadis sedang sedih, dia jadi sangat-sangat lemah. Condition hati dia teruk. Pulak bila sekeliling dia takde sesiapa untuk kasi sokongan. Dia mula post kata-kata perangsang yang konon dapat kasi dia kekuatan. Aku tumpang simpati sebab aku bole bayang condition hati dia macam mana saat itu.

Macam aku, bila aku sesuatu yang buat aku sedih, aku akan cari kata-kata yang boleh bangkitkan semula semangat aku. Aku google kata-kata yang boleh bikin hati aku tenang semula.


*tahan air mata






Biar hati aku percaya meskipun untuk sementara.

Tuesday, January 18, 2011

Air mata.

mengapa perlu ditangiskan
sebuah perpisahan
tangisilah jalur pertemuan
yang kau warnakan
kerana tersirat padanya
kematian ikatan persahabatan

mengapa perlu ditangiskan 
sebuah kematian
sudah kau arif
ia takdir yang tersurat
tangislah akan kehidupan
ia meletakkan asas
kehancuran, kecurangan
kedamaian dan kemanusiaan.

-M.Amin Jais (1993)

Monday, January 17, 2011

Ouch!

Tak semua dalam dunia ni yang kau nak, kau akan dapat. Kau cuma boleh berusaha untuk dapatkan. Dan bila tak dapat, redha, dan anggap itu bukan rezeki kau. Sama jugak dalam perhubungan. Kau mahu kekasih kau jadi sebijik macam yang kau dambakan. Kau ingat dapat? Kau tak boleh paksa dia jadi yang bukan diri dia melainkan dia bersedia untuk jadi macam yang kau dambakan itu. Sebab kalau dia tak bersedia, dia cuma pura-pura. Kau pun dapat rasa keikhlasan dia tahap mana. Pastu kau jadi tak happy, kau mula persoalkan tahap cinta dia pada kau. Korang gaduh-gaduh, putus. Menarikkkkkkkk!

"If you can make a girl laugh, you can make her do anything." 


and,

Friday, January 14, 2011

Kenapa dia boyfriend saya.

Sebelum kau terima dia jadi kekasih kau, mesti ada sebab kenapa. Mesti ada sebab yang kuat untuk kau tertarik menjalin cinta dengan dia. Tak kisah sebab apa, sebab itu antara kau dan dia. Aku tak nak tahu kau punya dan kau pun tak payah tahu pasal aku punya. Tapi sebab memandangkan ini fyra punye belog. Dan nama aku fyra, aku nak tulis jugak. Kalau nak baca, dipersilakan but content not suitable for some readers. Tak, tipu.

Kebiasaannya, pasal first move, lelaki yang akan mulakan dulu. Kau gadis cuma tunggu. Dan bila dia suka kau, kau suka dia. Takde yang bertepuk sebelah tangan, ok deal, couple. Pastu korang pun jadi pasangan paling bahagia dalam dunia, macam cinta korang berdualah yang paling hebat tiada tandingannya. Eee geli je aku (padahal cemburu sebab 6 bulan pertama bercinta aku dah berlalu). *Sigh.

Dan boyfriend aku sekarang, bukan calang-calang orang pada pandangan mata aku. Diulangi, pada pandangan mata aku. Dan ada sebab kenapa aku terima dia sebagai paling istimewa. Aku cuba nak bagitahu di sini. Tapi aku rasa geli memuji boyfriend sendiri DI SINI, selain nak elakkan dari dia berada di awang-awangan sebab terlalu kembang akibat dipuji.

Urmm i'll tell him personally.

Thursday, January 13, 2011

Madah untuk sahabat.

Terima kasih 'kawan-kawan'.
Air mata yang gugur ini,
hati yang membengkak dan berdarah...
Aku pasti suatu permulaan menuju KEDEWASAAN.

Monday, January 10, 2011

Salah ke wey kalau hipokrit?

Salah satu sifat buruk i sejak zaman sekolah ialah sangat susah untuk maafkan orang. I can FORGET but i never FORGIVE. Tapi bukanlah kata kau tak forgive tu then kau jaja cerita tentang yang kau takleh forget tu pada orang lain. Bukan. Bukan sama sekali. Paling-paling pun kau sorang tahu sudahlah. Takde point pon kau nak jaja cerita buruk orang. Sebab balik-balik akan kena pada batang hidung kau sendiri.

I know this is not good. Tapi i pedulik hapa. Kalau nak listkan orang yang i benci ada banyak (ehh taklah banyak, kurang dari lima kot). Dan kenapa i benci mereka ialah sebab mereka yang buatkan i benci pada mereka. So, i tak salah! Haha.

Dan kalau i jumpa mereka-mereka yang i benci ni, i akan senyum, borak-borak, laga-laga pipi, mesra-mesra alam macam takda apa-apa berlaku, macam i betul-betul excited jumpa mereka (but please don't get me wrong, kawan-kawan yang i sayang pun i akan buat macam tu jugak hokehh). Sebab tu i akan elakkan diri dari jumpa dengan orang-orang yang i benci itu.

Ohh you're sooooooo hypocrite, fyra.

Friday, January 7, 2011

Belum dewasa.

Baru perasan, umur dah meningkat 25 this year. Dulu masa sekolah konon-konon target, umur 25 mesti dah kahwin. So sekarang dah 25. Ahhhhh! *sorok muka bawah bantal.

Cakap pasal kawen i memang dah ready (soooo berlagak kan). Tak kisahlah dari segi apa pun. Oh dari segi kewangan kot kurang sikit. I belum kerja, i takde kereta, i belum ada aset pun lagi. I tak nak bila kawen, husband i kena tanggung i pulak. I nak duit sendiri dan dalam masa sama, i ringankan beban husband i (sebenarnya nak duit sendiri sebab nak shopping).

Jauh di sudut hati i sebenarnya nak sangat habiskan masa i dengan lelaki yang i cintai. I nak mengabdikan diri pada dia. Senangkan hati dia dan yang paling penting, ada zuriat dengan dia.

"Sayang, kalau kita dah jadi mejar nanti, sayang tak payah kerja pun tak apa".
"Kite lagi suka kalau dah kawen nanti, sayang duduk rumah jer jaga anak kita".
"Kalau gaji kite dah best, sayang tak payah kerjalah ok".

Oh i love to, baby!

Monday, January 3, 2011

2011 dengan cinta.

Kalau sebelum-sebelum ni dapat tengok bunga api kat tv je, 1st Januari 2011 haritu dapat tengok dengan yang tersayang. First time! New year lepas takde boyfriend. New year sebelum-sebelum ni pun duk diam-diam baik-baik depan tv.

Lepas dah habis bunyi bunga api pung pang pung pang (eh macam tu ke bunyinya?), perut i munyik-munyik mintak diisi. Tengahari tu i makan ayam goreng seketul je semata-mata nak tunggu malam, dinner berdua dengan dia (baru berselera). Pukul 12.00 countdown, pukul 1130 baru dia sampai jemput i. Jem teruk katanya. Ok, i faham. Habis tengok bunga api, kita gi makan KFC kat seksyen 2. I tatau kenapa, KFC makin tak sedap sekarang ni. Pulak tu, KFC seksyen 2, service memang out!

"Ayam hot and spicy takde ke?"
"Ada. Tapi kena tunggu 15 minit!"
"Ah, original pon takpe lah", kata i dengan nada kecewa. Mujur sedang dengan boyfriend, makan apa pun berselera.

Pas makan-makan, jeling-jeling manja sikit, i tenung dia, dia tenung i, kitorang decide pergi lepak kat dataran rumput berhampiran Hotel Blue Wave tu. Orang ramai. Ramai sangat. Ramai baru best. Meriah! Bila dah amik port atas rumput yang basah embun tu, i cakap i ada sesuatu untuk dia. Dia pun buat-buat muka suspen ala-ala teruja sikit.

I kasi dia diary 2011. Dalam tu ada terselit kad kecil yang i buat. Dalam kad comel tu i tulis azam i untuk 2011. At least ada bukti untuk tengok tercapai atau tak bila 2012 nanti and yang penting, dia boleh bantu untuk i capai mana-mana yang i susah nak capai tu! Boleh kan sayang? Hehe. Aww i love youuu.

Tujuan i kasi dia diary yang dah ada tarikh siap-siap tu (walaupun macam kelakar), adalah supaya dia boleh manage hari-hari mendatang dia. Supaya dia dapat catit perkara-perkara penting tentang kerja dia. Supaya hari yang dia lalui tak sia-sia. Lagipun i tak boleh berada di samping dia hari-hari, i tak boleh nak remind dia apa-apa yang dia mungkin lupa. I cuma boleh bantu sikit-sikit, tu pun dari jauh.


...been dying missing you over here.