Dulu i fikir, bercinta jarak jauh ni karut. I cakap besar konon i tak kan becinta pastu duduk jauh-jauh antara satu sama lain. Yelah, dulu fikir itu karut sebab kekasih kau tak ada depan mata kau. Yang kau nampak cuma perasaan curiga yang melampau konon-konon kekasih kau boleh curang, dan kau tak boleh pantau atas faktor jarak. Distance tak make you far apart. Walhal kalau kau dekat-dekat pun, kalau kau atau dia nak curang, tetap jugak curang. Ni semua pasal trust lah. Kau percaya dia, dia percaya kau, cukup.
Tapi i tak dapat nak tipu kadang-kadang i cemburu dengan mereka yang tak payah bercinta jarak jauh, hari-hari pun boleh jumpa. Dan bila i cemburu, i harapkan sangat boyfriend i ada kat sisi i saat tu. Tapi i cuma mampu taip sms cakap i rindu dia. Dia reply, cakap rindu balik, i terus senyum lega. Dalam hati, hmm jauh-jauh pun tak apa.
Sekarang bila dah masuk 8 bulan bercinta, i rasa dah kuat nak lalui semua. Sekali-sekali dapat jumpa, i cherish moment bersama dia, macam dah tak ada lagi hari esok. I cuba untuk buatkan relationship i jadi sweet. Biar bila dia kembali ke tempat asal, dia akan ingat benda-benda sweet itu. Contoh macam i buatkan makanan kegemaran dia dan kalau yang paling common sangat pun, i buat handmade card yang penuh dengan kata-kata cinta untuk dia. Awww!
Dan apapun yang akan jadi pada relationship kami, i cuma mahu go with the flow. Kalau takde jodoh sekalipun, i tak mahu punca tu adalah daripada i (maksudnya atas kesilapan i, atas kelalaian i). Sebab tu i betul-betul mahu hargai dia dan letakkan dia sebagai perkara terpenting dalam hidup i.
Dan..ohh i sangat rindukan dia. Sayang, bila mahu jumpa?
omg~
ReplyDeleteswetnye fyra!!..biel pn rndu kt dia~
wlpn hari2 jmpe!hahaha=P
ooo biel da de girlfren ekk?
ReplyDeletetatau ponn.
ee syoknye tiap hari jumpaaa.
jelessssssssssss!!!
semuga berbahagia yeee.
bila boleh jumpa?
ReplyDeleterindu buta kita KUAT!
:)