Wednesday, January 26, 2011

Tiba-tiba teringat lah pulak.

Banyak benda sebenarnya yang membuatkan i teringat pada arwah atuk yang paling-paling i sayang. Apa yang i teringat tu bukan saja pada kasih-sayang dia, tapi boleh jadi macam-macam. Contoh macam i tengah minum milo panas sekarang, i tiba-tiba teringat pada dia.

Sebab masa i kecik dulu, sebelum nak tido dia akan bancuh milo panas. Macam dah jadi rutin sebelum tido. Bakal anak-anak i nanti pun i akan amalkan macam ni. Sebelum tido, minum milo dulu ye. Hehe.

Setiap kali i pergi supermarket, i akan beli vitagen. Vitagen is one of my Tok ayah's favorite. Setiap kali dia balik solat jumaat, dia akan singgah beli untuk cucu dia yang ini. Vitagen yang kaler putih of course. Vitagen buatkan i rindu pada dia. Sob Sobb.

Kalau setiap kali breakfast pulak, dia akan masakkan scramble egg, makan dengan roti Gardenia yang jumbo. Kadang jugak dia masakkan oats. Very the mat saleh punya breakfast. Tok ayah punye style, i admire gila. Pagi-pagi jugak, rutin harian dia akan baca english newspaper (dolu-dolu sekolah omputih) sambil pekena ngan teh o panas.

Lunch and dinner, mesti dia akan bancuh oren sunquick. Sunquick dia pekat dan sangat manis. Tok ayah sangat suka manis (mujur body dia memang perlukan kandungan gula yang banyak). Kalau i bancuh untuk dia, pun i buat pekat-pekat.

Dan sebenarnya, i ada nama panggilan manja pada Tok ayah i iaitu Potato Tok ayah. Sebabnya, masa kecik-kecik juga, tok i suka suap i kentang lenyek. Sampai sekarang pun, ada sedara i kat Penang yang tanya tiap kali jumpa, 'mana satu potato Tok ayah ni?'. I jadi malu tapi dalam hati bangganyeeeee!

Banyak lagi yang best pasal Tok ayah, tapi i tak mampu nak sambung.

Sedihhhh. Sangat sedih. I miss you, Tok ayah.

1 comment:

  1. Bestnya arwah tok ayah fyra.
    mesti tertinggal kesan di hati.
    milo sebelum tidur. wah itu cool!
    kalau bong,susu sebelum tdo(kalau rajin)haha.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.