Sunday, June 12, 2011

Konsep bertunang zaman sekarang.



Aku sebenarnya konfius dengan konsep bertunang zaman sekarang. Makin advance kan. Kalau dulu-dulu, majlis bertunang si teruna tak masuk rumah si gadis. Sekarang, si teruna siap datang pakai baju melayu satu set, bersongkok, bersampin lagi. Opss ada yang sedondon pulak tu. Nak maju lagi bila ayah si gadis pun turut sarungkan cincin kat jari si teruna. Benda ni berlegar-legar kat minda aku bila tengok gambar tunang kawan-kawan dalam facebook. Dan sesungguhnya, aku masih mencari konklusi.

Perlu ke macam tu? Tak nampak pelik ke?
Pastu hati kecil pun sibuk bersuara, "dulu lain, sekarang lain".

Kadang aku tengok meriah dia macam majlis nak bernikah. Kalau akad tu, dah sah jadi suami isteri. Haii, jimat kos. Tapi sekarang, kadang sampai boleh kasi orang lain konfius. Ni majlis nikah ke majlis tunang? Siap tempah pelamin bagai, hias bilik tidur macam malam tu malam pertama. Opss, malam pertama? Mak suka nyahh.

Dan bila fikir-fikir balik dengan akal yang rasional, sebenarnya benda ni terpulang. Itu majlis mereka, bukan majlis kau. Nak argue pasal benda ni pun tak guna. So, ikut suka hati, ikut bajet dan ikut penerimaan dan persetujuan kedua-dua belah pihak.  

Tapi jujur, kalau aku yang akan bertunang nanti (tak tahu bila), aku sangat sangat sangat mahu meminimumkan bajet. Bukan kedekut, tapi tak mahu membazir. Kalau bakal tunang aku tu nak datang hari tu, pakai baju melayu bersampin bagai, aku tak kasi dia datang. Aku suruh dia balik tukar pakai kemeja atau t-shirt berkolar aje. Kalau bapak aku pun nak main sarung-sarung cincin gak kat jari tunang aku tu, takpe terima kasih, tak payahhhh.

Bilik-bilik pun tak payah. Pelamin pun tak perlu. Sarung cincin kat ruang tamu je (mungkin masa tu aku duduk bersimpuh atas bantal empat segi besar yang empuk aje. Kang kebas pulak kaki aku duduk atas karpet).  Hias ruang tamu lawa-lawa cukup la. Taruk belon ke, mercun ke. Ok, gurau.

Pastu..pastu aku nak pakai putih je semua. Putih tu suci kan. Aku suka gadis yang pakai semua putih bila dia jadi watak utama dalam majlis-majlis macam tu. Bila lah dapat jadi watak utama ni? Haihh..

Kejap..kejap. Ada sikit lagi nak berangan.

Tetamu pun adik-beradik dan sanak saudara terdekat, jiran belah kiri dan kanan je. Abah aku tu kalau boleh sanak-saudara terjauh pun kalau boleh dia nak jemput. No no no. Yang jauh-jauh tunggu kenduri aje. Boleh abah?

Ok, berangan dah sudah. Sekarang,

Sayang, bila nak melamar kite? *tersipu-sipu malu, tutup muka dengan bantal.

Call me! Bye.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.